Let the Cabinet make history tomorrow by doing a quartet — declassifying the reports of the CEP, IRC, and the Hishammuddin special committee on management of foreign workers, as well as lifting the ban on the book “The Golden Son of the Kadazan”


(Versi BM)

Let the Cabinet make history tomorrow by doing a quartet by declassifying the reports of Council of Eminent Persons (CEP), the Institutional Reform Committee (IRC), and the Hishammuddin Yunus special committee on management of foreign workers, as well as lifting the ban on Bernard Sta Maria’s book “The Golden Son of the Kadazan”.

I welcome the announcement of the Prime Minister, Anwar Ibrahim, that he will uphold the principle that information should not be kept from the rakyat and he will bring the issue of the declassification of both CEP and IRC reports to the Cabinet for decision.

The lifting of the ban on Bernard’s book “The Golden Son of the Kadazan” will be a welcome recognition of the Malaysian patriotism of a great Kadazan and Malaysian, Peter Mojuntin as the continued ban on the book will be a slur on the good name and great deeds of Peter Mojuntin before his premature and unfortunate death in the “Double-Six” Nomad Crash tragedy 52 days after Peter’s Berjaya succeeded in toppling USNO and Tun Mustapha, and saved Malaysia from a national crisis.

Had the Double-Six Nomad crash disaster not occurred, Peter might have saved Sabah from another tragedy.

There is also no reason to continue to classify the report of the independent special committee on the management of foreign workers chaired by former Court of Appeal judge, Hishammuddin Yunus and the publication of Hishamuddin report will contribute to the resolution of a complicated and long-vexed issue.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 18th April 2023)


Kabinet patut mencipta sejarah esok dengan melaksanakan empat perkara — nyahrahsia laporan CEP, IRC, dan jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing Hishammuddin dan juga membatalkan pengharaman buku “The Golden Son of the Kadazan”

Kabinet patut mencipta sejarah esok dengan melaksanakan empat perkara, nyahrahsia laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC), dan laporan jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing Hishammuddin Yunus serta membatalkan pengharaman buku Bernard Sta Maria, “The Golden Son of the Kadazan”.

Saya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa dia akan memegang prinsip bahawa maklumat tidak patut disorokkan dari rakyat dan dia akan membawa isu penerbitan laporan CEP dan IRC kepada Kabinet untuk diputuskan.

Pembatalan pengharaman buku Bernard, “The Golden Son of the Kadazan” juga akan satu menjadi pengiktirafan yang dialu-alukan terhadap semangat patriotisme Malaysia seorang anak Malaysia dan Kadazan, Peter Mojuntin. Penerusan pengharaman buku ini hanya akan mencemarkan nama baik dan jasa Peter Mojuntin yang telah terkorban dalam tragedi nahas Double-Six Nomad hanya 52 hari selepas Parti Berjaya yang diterajui Peter menumbangkan USNO dan Tun Mustapha dan menyelamatkan Malaysia dari satu krisis.

Sekiranya tragedi nahas Double-Six Nomad ini tidak terjadi, Peter mungkin berjaya menyelamatkan Sabah dari tragedi yang lain.

Pada masa yang sama juga, tidak ada sebab terus merahsiakan laporan oleh jawatankuasa bebas khas mengenai pengurusan pekerja asing yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hishammuddin Yunus, dan penerbitan laporan oleh jawatankuasa ini akan menyumbang kepada penyelesaian mengenai masalah yang telah berlanjutan selama ini.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 18 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.