I want Anwar Unity Government to succeed which means I want UMNO to be stronger than both PAS and Bersatu


(Versi BM)

I do not believe that former prime minister Najib Abdul Razak’s pardon would be able to rejuvenate Umno after the party’s defeat in the last two elections not because I fear Najib.

I want the Anwar unity government to succeed which means I want UMNO to be stronger than both PAS and Bersatu, and I believe the only way to restore Umno to its former glory is for the party to return to its original nation-building principles and policies as entrenched in the Constitution and the Rukun Negara and accepted the by the first three Prime Ministers of Malaysia — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn — which includes restoring judicial independence and giving top priority to the fight against corruption.

I hope UMNO leaders will ponder this question, for Malaysia has lost its way by deviating from the original nation-building principles and policies of plural Malaysia endorsed by the first three Prime Ministers of Malaysia, who were also the second, third and fourth UMNO Presidents.

The present UMNO President, Zahid Hamidi blamed Tun Dr. Mahathir Mohamad for the hatred the party and some UMNO members held towards DAP.

He said it was Mahathir, during his days in the party, who gave a false impression about DAP.

He said: “But in the end, he is the one who accepted them and involved them in the government.

“Even PAS and Bersatu also accepted them in the past.”

In 2013, Mahathir wanted me dead but I prayed that Mahathir will live to 100 years to see the decline and end of Mahathirism.

Mahathir embarked on his mission in the 13th General Election to campaign in Gelang Patah parliamentary constituency to turn it into my political “burial ground”.

During the 13th general election campaign, Mahathir called on the people of Johore to pool their energy to ensure that the state of Johore will be my “kubur”, which elicited rapturous response from the then Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin who declared that I was “trapped” in Gelang Patah and that I was “finished” politically.

Gelang Patah in the 13GE was my “life-and-death” political battle but for my love of Malaysia, I was prepared to put my head on the chopping block, leaving the safe parliamentary seat of Ipoh Timor which I had won in 2008 with more than 21,000-vote majority to a high-risk Gelang Patah where the MCA/BN had won with 8,851-vote majority in 2008 and a humongous majority of 31,666-vote in 2004.

I survived the test and won with a majority of 14,762 votes and went on in the 14th General Election in 2018 to win Iskandar Puteri parliamentary constituency (following a change of name of the constituency) in 2018 with a majority of 44,864 votes. Liew Chin Tong won the Iskandar Puteri constituency in the 15th General Election in 2022 with a majority of 60,036 votes.

Life is too short to harbour life-long feelings against any person. I am still shocked by Mahathir’s recent change of heart and relapse to Mahathirism and I still hope he can return and embrace Vision 2020 and Bangsa Malaysia.

We must not lead Malaysians comprising diverse ethnicities, religions, and cultures into a cul-de-sac.

Why can’t Malaysia be a model country for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony, or in Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s words, “a beacon of light in difficult and distracted world”?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 17th April 2023)


Saya mahu Kerajaan Perpaduan Anwar untuk berjaya dan perkara ini bermakna saya mahu UMNO untuk menjadi lebih kuat dari PAS dan Bersatu

Saya tidak percaya yang pengampunan bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak, boleh membawa nafas baru kepada UMNO selepas kekalahan parti tersebut dalam dua pilihan raya umum yang lepas bukan kerana saya takutkan Najib.

Saya mahu kerajaan perpaduan Anwar untuk berjaya dan perkara ini bermakna saya mahu UMNO untuk menjadi lebih kuat dari kedua-dua PAS dan Bersatu, dan saya percaya, satu-satunya cara untuk mengembalikan UMNO kepada kegemilangannya seperti dahulu adalah dengan parti tersebut kembali berpegang kepada dasar dan prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, prinsip dan dasar yang disokong oleh tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn — yang merangkumi perkara seperti mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan memberikan keutamaan kepada usaha memerangi rasuah.

Presiden UMNO pada hari ini, Zahid Hamidi, telah menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kebencian parti tersebut dan sesetengah ahli UMNO terhadap DAP.

Dia mengatakan bahawa Mahathir, semasa dalam parti tersebut, memberikan gambaran yang salah mengenai DAP.

Dia berkata: “Tetapi akhirnya, dia juga yang menerima mereka dan melibatkan mereka dalam kerajaan.

“Malah, Pas dan Bersatu juga menerima mereka sebelum ini.”

Pada tahun 2013, Mahathir mahukan saya mati, tetapi saya mendoakan supaya Mahathir hidup sehingga 100 tahun untuk melihat sendiri kemerosotan dan penamat Mahathirisme.

Mahathir memulakan misinya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 untuk berkempen di kerusi parlimen Gelang Patah untuk menjadi tempat ini “kubur” politik saya.

Semasa kempen pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengumpulkan tenaga mereka untuk memastikan negeri Johor menjadi “kubur” saya, dan seruan ini mendapat respons gemuruh dari Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengisytiharkan bahawa saya “terperangkap” di Gelang Patah dan bahawa saya sudah “tamat” dari segi politik.

Gelang Patah semasa PRU13 merupakan saat “hidup mati” politik saya, tetapi demi cinta saya terhadap Malaysia, saya bersedia untuk dikorbankan dengan meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timor yang saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi ke kerusi risiko tinggi di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang dengan majoriti 8,851 undi pada tahun 2008 dan majoriti gergasi 31,666 undi pada tahun 2004.

Saya berjaya melepasi ujian ini dan menang dengan majoriti 14,762 undi dan seterusnya memenangi kerusi parlimen Iskandar Puteri (selepas pertukaran nama kawasan parlimen) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 dengan majoriti sebesar 44,864 undi. Liew Chin Tong telah memenangi kerusi Iskandar Puteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022 dengan majoriti sebesar 60,036 undi.

Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan perasaan seumur hidup terhadap mana-mana orang. Saya masih terkejut melihat perubahan Mahathir baru-baru ini apabila dia kembali ke arah Mahathirisme dan masih berharap yang dia dapat kembali mendakap idea Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia.

Kita tidak boleh memimpin rakyat Malaysia, yang dibentuk dari pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya ke jalan mati.

Mengapakah Malaysia tidak boleh menjadi negara contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia, atau “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman?

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 17 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.