All Malaysians, regardless of race, religion or region, should be concerned about the future of Malaysia — is it to be a model state for the world as a successful plural nation or to be a divided, failed, and kleptocratic state.
At a time when an ethnic Indian has become the Prime Minister of United Kingdom and leader of the British Conservative Party and an ethnic Pakistani has become the First Minister of Scotland and leader of the Scottish Nationalist Party, we will be regressing if we continue to think of ourselves as Malay, Chinese, Indian, Dayak, or Kadazan, and not as Malaysians, where we regard ourselves as Malaysian First, and not Malay first, Chinese first, Indian first, Dayak first, or Kadazan first.
We are not asking Malaysians to surrender their ethnic, religious, and cultural identities, but to be Malaysian First, and Malay, Chinese, Indian, Dayak, or Kadazan second.
All Malaysians must ask two questions:
- Whether it is possible save Malaysia from becoming a kleptocracy, kakistocracy, a divided, rogue, and failed state?
- Can Malaysia achieve a reset of our nation-building principles and policies as set out in the Malaysian Constitution and Rukun Negara namely constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, public integrity and minimal corruption, meritocracy, respect for human rights, and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity where there are no first-class and second-class citizens whether based on race, religion, or region.
I do not expect to see a non-Malay to come the nation’s Prime Minister during my life time or that of my children, but if Malaysia had been formed with the clear stipulation in the Malaysian Constitution that a non-Malay, whether a Chinese, Indian, Dayak, or Kadazan is constitutionally barred from becoming a Prime Minister, there would be no Malaysia and Malaysia would not be formed on 16th September 1963.
In the early years of nationhood, Malaysia nearly became a Tiger economy. Since then, we have been losing out to one nation after another — whether Taiwan, South Korea, Singapore, Hong Kong, or Vietnam.
From all indications, we are slated to lose out to more countries in the fight against corruption. China is set to overtake Malaysia in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) before the end of this decade, and unless we quickly buck up and declare an unremitting war against corruption, Malaysia is also likely to lose out to India and Indonesia in future TI CPIs.
In the early years of the DAP, we rejected the cultural policy of assimilation and fought for an integration policy as our diversity of races, languages, religions, and cultures should be a strength rather than a weakness.
UMNO lost Malay and non-Malay support in the 14th General Election in 2018 and saw Malay support for UMNO collapsed in the 15th General Election in 2022 — trailing behind Perikatan Nasional (PN) parties of PAS and Bersatu.
There are those who believe that the way for UMNO to regain its former electoral support is for Najib Razak to be pardoned.
I do not agree, as otherwise, the UMNO lessons of the 14th and 15th General Elections would not have happened.
I believe that the only way to restore UMNO as a leading political party is to play a leading role in the reset and return of Malaysia to the original nation-building principles and policies for a plural nation, which had the support of the first four UMNO President — Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn.
This includes leading the fight against corruption in Malaysia and restoring judicial independence.
History will tell whether UMNO, after two devastating results in the 14th and 15th General Elections, can play this role and whether the future of Malaysia is to be model state for the world as a successful plural nation or to be a divided, failed, and kleptocratic state.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Kuching on Sunday, 16h April 2023)
Masa hadapan Malaysia — untuk menjadi contoh kejayaan negara majmuk kepada dunia atau menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik
Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, perlu berfikir mengenai masa hadapan Malaysia — sama ada kita akan menjadi contoh kejayaan sebagai sebuah negara majmuk atau menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.
Pada masa di mana seorang beretnik India telah menjadi Perdana Menteri United Kingdom dan pemimpin Parti Konservatif dan seorang yang beretnik Pakistan telah menjadi Menteri Pertama di Scotland dan pemimpin Parti Nasionalis Scotland, kita masih berada di belakang dengan melihat diri kita sebagai orang Melayu, Cina, India, Dayak, atau Kadazan dan bukannya sebagai rakyat Malaysia, di mana kita sepatutnya melihat diri kita pertamanya sebagai rakyat Malaysia dahulu, dan bukannya meletakkan identiti kita sebagai seorang Melayu, Cina, India, Dayak, atau Kadazan di hadapan.
Kita tidak meminta rakyat Malaysia untuk melupakan identiti etnik, agama, atau budaya mereka, sebaliknya untuk pertamanya menjadi seorang rakyat Malaysia dahulu sebelum identiti mereka sebagai seorang Melayu, Cina, India, Dayak, atau Kadazan.
Semua rakyat Malaysia perlu bertanyakan dua soalan:
- Sama ada mungkin untuk kita selamatkan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, sebuah negara yang berpecah belah, dan gagal?
- Sama ada boleh untuk kita tetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara kepada dasar dan prinsip yang ada dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam dan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara dari masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak ada perbezaan di antara rakyat kelas pertama atau kelas kedua atas dasar kaum, agama, atau kawasan.
Saya tidak jangka untuk lihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara kita dalam jangka hayat saya atau anak-anak saya. Tetapi sekiranya Malaysia dibentuk dengan niat yang jelas dalam Perlembagaan Malaysia bahawa seorang bukan Melayu, sama ada Cina, India, Dayak, atau Kadazan, dihalang dari menjadi seorang Perdana Menteri, Malaysia tidak akan dibentuk pada 16 September 1963.
Dalam tahun-tahun awal negara kita, Malaysia hampir menjadi harimau ekonomi. Sejak dari tahun-tahun ini, kita telah ditinggalkan di belakang satu demi satu negara — baik Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, atau Vietnam.
Dari semua tanda yang ada, kita kelihatan seperti bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara dalam usaha memerangi rasuah. China dijangka akan mengatasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) sebelum penghujung dekad ini, dan melainkan kita meningkatkan usaha kita dan mengisytiharkan perang besar-besaran terhadap rasuah, kita juga bakal ditinggalkan di belakang India dan Indonesia dalam carta-carta TI CPI yang akan datang.
Dalam tahun-tahun awal DAP, kami menolak dasar asimilasi kebudayaan dan memperjuangkan dasar integrasi kerana kepelbagaian kaum, bahasa, agama, dan budaya sepatutnya menjadi kekuatan dan bukannya kelemahan.
UMNO telah kehilangan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 dan mereka telah menyaksikan keruntuhan sokongan orang Melayu terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022 — mengekori di belakang parti PAS dan Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional (PN).
Ada mereka yang percaya bahawa cara untuk UMNO mengembalikan sokongannya adalah dengan mendapatkan pengampunan untuk Najib Razak.
Saya tidak bersetuju, jika tidak, pengajaran yang diterima UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 tidak akan berlaku.
Saya percaya yang satu-satunya cara untuk mengembalikan UMNO sebagai parti politik utama adalah untuk mereka memainkan peranan dalam usaha untuk mengembalikan Malaysia kepada prinsip dan dasar asas pembinaan negara majmuk yang disokong oleh empat orang Presiden UMNO yang terawal — Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn.
Perkara ini merangkumi juga usaha memerangi rasuah di Malaysia dan usaha untuk mengembalikan kebebasan badan kehakiman.
Sejarah akan menentukan sama ada UMNO, selepas dua keputusan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15, dapat memainkan peranan ini dan sama ada masa hadapan Malaysia adalah untuk menjadi sebuah contoh kejayaan negara majmuk kepada dunia atau menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Kuching pada hari Ahad, 16 April 2023)