Anwar should be commended for securing RM170 billion worth of investment commitments in his China trip — the most for any Prime Minister’s China visit


(Versi BM)

The Prime Minister, Anwar Ibrahim, should be commended for his China trip for he had secured RM170 billion worth of investment commitments — the most for any Malaysian Prime Minister in a China visit.

These are for a total of 19 memoranda of understanding (MOU), sealed between businesses in Malaysia and China in various fields, especially in green technology and the digital economy.

China is the eighth country Anwar visited since his appointment less than five months ago, and undoubtedly, the most successful in getting investment commitments for Malaysia for the future,

The other seven countries Anwar had visited are Indonesia, Brunei, Singapore, Thailand, Philippines, Turkey, Saudi Arabia, and Cambodia!

But what is of concern is that war-drums are beginning to be heard in the China-United States rivalry on the world stage.

It would be global disaster if the US attempt to prevent China from becoming the sole superpower in the world ended up in war.

Malaysia and other countries in the world must ensure that this does not eventuate, that American public opinion accept the inevitability that China will be No. 1 in the world because of its size and the dynamism of its people.

Nobody wants the China-US competition to end up in war, which will not benefit the rest of the world, China or the United States.

There is a 50-mllion strong Chinese Diaspora and 32-million strong Indian Diaspora in the world.

The Malaysian Government of plural Malaysia should tap these Diasporas to help prevent the China-United States confrontation ending up in a war for everyone will become casualties.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Sunday, 2nd April 2023)


Anwar patut dipuji kerana berjaya meraih RM170 billion pelaburan semasa lawatannya ke China — jumlah terbesar yang pernah direkodkan oleh lawatan ke China oleh mana-mana Perdana Menteri

Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut dipuji untuk lawatannya ke China, di mana dia telah berjaya meraih sejumlah RM170 billion komitmen pelaburan — jumlah terbesar yang pernah dicatatkan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.

Jumlah ini untuk 19 memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai di antara perniagaan-perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang, terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.

China adalah negara yang kelapan yang dilawati Anwar sejak daripada pelantikannya sebagai Perdana Menteri kurang dari lima bulan yang lepas, dan tidak ada ragu-ragu lagi, negara yang paling berjaya dari segi komitmen pelaburan untuk Malaysia.

Tujuh negara lain yang telah dilawati Anwar adalah Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Turki, Arab Saudi, dan Kemboja!

Namun, apa yang membimbangkan adalah semboyan perang telah mula didengari dalam persaingan global di antara China dan Amerika Syarikat.

Akan menjadi satu bencana global sekiranya cubaan AS untuk menyekat China dari menjadi kuasa besar tunggal dunia berakhir dengan sebuah peperangan.

Malaysia dan negara-negara lain di dunia perlu pastikan perkara ini tidak terjadi, bahawa orang awam di AS perlu menerima yang China akan menjadi negara nombor satu di dunia kerana saiz dan dinamisme rakyatnya.

Tidak ada sesiapa pun yang mahu melihat persaingan China-AS berakhir dengan peperangan, kerana perkara ini tidak akan membawa manfaat kepada dunia, China, atau Amerika Syarikat.

Ada Diaspora China dengan seramai 50 juta orang dan Diaspora India dengan seramai 32 juta orang di seluruh dunia.

Kerajaan Malaysia yang mewakili masyarakat majmuk di Malaysia perlu memanfaatkan diaspora-diaspora ini untuk membantu menghalang konfrontasi China-Amerika Syarikat dari menjadi perang yang akan mengorbankan semua orang.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Ahad, 2 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.