Call on Anwar to give an assurance that the high-level committee headed by Deputy Prime Minister will be given a year to resolve the long-standing problem of contract doctors and to ask Mogok Doctor Malaysia activists to come out into the open with the undertaking that none of them will be penalised


(Versi BM)

The Prime Minister, Anwar Ibrahim should give an assurance that the high-level committee headed by the Deputy Prime Minister Zahid Hamidi will be given a year to resolve the long-standing problem of contract doctors.

Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi had urged government contract doctors to give him and the high-level committee set up by the Cabinet last week the chance to solve their woes.

Zahid said: “I have formed a high-level committee that involves not only the Health Ministry but also other agencies including the Public Service Department, the Public Service Commission, and several others.

“Discussions have to be done to finalise a new scheme, which has to be developed so we can help the contract doctors, whom I believe must be defended.

“And this must be done through methods and government service schemes.”

Anwar should give this assurance during the Prime Minister’s Question Time (PMQT) in the Dewan Rakyat later today, as the MP for Tuaran, Madius Tangau has a question on contract doctors, viz, to ask the Prime Minister “menyatakan jumlah keseluruhan Pegawai Perubatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan yang terlibat jika semua Pegawai Perubatan lantikan kontrak diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap”.

The problem of the contract doctors was inherited from a previous government when it was introduced in 2016 — when the country was faced with a deluge of medical graduates in the job market. The government should be sensitive to the voices of healthcare workers and ensure that all the concerns raised are solved, including creating permanent positions, sponsoring the studies of doctors, having time-based promotions, as well as creating the opportunity for promotions to a special grade.

I endorse the stand of the DAPSY leader and MP for Bandar Kuching, Kelvin Yii that the substantial demands put forth by Mogok Doctor Malaysia on behalf of contract doctors should not be ignored but should be given serious consideration.

Anwar should ask the Mogok Doctor Malaysia to come out into the open and give an assurance that none of the activists will be penalised.

The Covid-19 pandemic has shown the need to upgrade the health system in the country and this aspect should be taken into consideration by the high-level Cabinet committee.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, April 4, 2023)


Seruan kepada Anwar untuk memberikan jaminan jawatankuasa peringkat tinggi yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri akan diberikan setahun untuk menyelesaikan masalah doktor kontrak yang berlanjutan dan untuk meminta para aktivis Mogok Doktor Malaysia memperkenalkan diri mereka dengan janji yang mereka tidak akan dikenakan tindakan

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, perlu memberikan jaminan yang jawatankuasa peringkat tinggi yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, akan diberikan setahun untuk menyelesaikan masalah mengenai doktor kontrak yang telah berlanjutan untuk sekian lamanya.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah menggesakan doktor kontrak kerajaan untuk memberikan dia dan jawatankuasa peringkat tinggi yang dibentuk oleh Kabinet pada minggu lepas peluang untuk menyelesaikan masalah mereka.

Zahid mengatakan: “Saya telah bentuk sebuah jawatankuasa peringkat tinggi, yang bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan, tetapi juga agensi-agensi lain termasuklah Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan lain-lain agensi.

“Perbincangan perlu diadakan untuk memuktamadkan skim baharu, yang perlu dibangunkan supaya kita dapat bantu doktor kontrak, yang rasa percaya perlu kita bantu.

“Dan perkara ini perlulah dilakukan melalui tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.”

Anwar perlu berikan jaminan ini semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, memandangkan Ahli Parlimen Tuaran, Madius Tangau, ada bertanya soalan mengenai doktor kontrak yang berbunyi “minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan Pegawai Perubatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan yang terlibat jika semua Pegawai Perubatan lantikan kontrak diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap”.

Masalah doktor kontrak ini diwarisi dari pentadbiran sebelum ini apabila ia mula diperkenalkan pada tahun 2016 — ketika negara kita dibanjiri oleh graduan perubatan dalam pasaran buruh. Kerajaan perlu sensitif terhadap suara petugas kesihatan dan memastikan yang semua kegusaran mereka diselesaikan, termasuklah dengan dengan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap, menaja pengajian doktor, memastikan ada skim naik pangkat mengikut tempoh perkhidmatan, dan juga mengadakan peluang naik pangkat kepada gred khas.

Saya menyokong pendirian ketua DAPSY yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, bahawa sebahagian besar dari tuntutan yang dikemukakan oleh Mogok Doktor Malaysia bagi pihak doktor kontrak tidak patut diabaikan, sebaliknya patut diberikan perhatian serius.

Anwar patut meminta para aktivis ini untuk memperkenalkan diri mereka dan beri jaminan kepada mereka yang mereka tidak akan dikenakan tindakan.

Wabak Covid-19 telah menunjukkan bahawa ada keperluan untuk kita menaik taraf sistem kesihatan negara kita dan perkara ini perlu diambil kira oleh jawatankuasa peringkat tinggi Kabinet ini.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 4 April 2023)

  1. #1 by tmc on Friday, 7 April 2023 - 5:25 pm

    Agreed contract doctors need more attention from Anwar. Why does he keep talking on other issues which are not relevant to the nation’s health and security. Keeping lips sealed is better, loose tongue will get him into trouble like now the looming case with Mahathir.

You must be logged in to post a comment.