PAS leaders and MPs will not be able to respond to calls by the Rulers and the Malaysian public to reduce race and religious temperature in the political arena until the PAS President Hadi Awang stop using lies, falsehoods, and fake news to pursue his political interests


(Versi BM)

The Sultans in various states and the Malaysian general public have asked politicians to reduce race and religious temperatures in political arena but the PAS leaders and Members of Parliament will not be able to respond to these calls by the Rulers and the Malaysian public unless the PAS President, Hadi Awang, stop using lies, falsehoods, and fake news to pursue his political interests.

In a facebook posting last Thursday which targeted me, Hadi spoke about justice and the fight against corruption.

But does Hadi really understand the meaning of justice and corruption when he could use lies, falsehoods, and fake news to pursue his own political interests?

Hadi is the longest-serving PAS President, serving for over 20 years, as compared to past PAS Presidents, Burhanuddin al-Helmy, Asri Muda, and Fadzil Noor who served for 13 years each.

He may the first PAS President to use lies, falsehoods, and fake news to pursue his political interests.

Although it is four months since Hadi made the wild and preposterous allegation that DAP was promoting Islamophobia, he had not been able to present a single piece of evidence to substantiate the allegation and yet he would not withdraw it.

If DAP promoted Islamophobia, I would not have spoken up for PAS in Parliament on 8th November 1978 when the Barisan Nasional Federal Government declared emergency in Kelantan and took over the PAS state government in Kelantan.

Hadi Awang himself said in the Teluk Intan by-election in May 2014 that PAS was working together with DAP as a token of gratitude for standing by their side when the Kelantan government fell in 1978.

Hadi said it was DAP who defended PAS when the Kelantan government fell to Barisan Nasional then, causing chaos within the state.

I do not need Hadi’s “token of gratitude” but only for him to be honest and truthful, not resort to lies, falsehoods, and fake news in the pursuit of his own political interests.

Hadi had made the wild and preposterous allegation after the 15th General Election that the DAP was promoting Islamophobia. He should retract his allegation and I will forgive him.

In the same facebook posting, Hadi referred to ICERD. Hadi now knows that he had defamed the DAP in 2018 as DAP was not the mastermind behind the Pakatan Harapan government efforts in 2018 to ratify the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Would Hadi withdraw and apologise to the DAP for all his allegations against the DAP in 2018?

  1. And would he now answer two questions about ICERD which I had asked him in 2018, namely:
    How ICERD had adversely affected the Muslim cause in the 55 out of 57 Organisation of Islamic Co-operation (OI C) Muslim countries which had ratified ICERD; and
  2. How ICERD had adversely affected 36 out of 38 monarchichal countries which had ratified ICRED?

I fully support the Prime Minister, Anwar Ibrahim’s call to the OIC to take decisive action in dealing with the issue of Islamophobia.

Does Hadi agree?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 27th March 2023)


Para pemimpin dan Ahli Parlimen PAS tidak akan dapat menyahut terhadap seruan Raja-raja dan rakyat Malaysia supaya suhu unsur perkauman dan keagamaan dalam arena politik negara dapat dikurangkan sehingga Presiden PAS, Hadi Awang, berhenti menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk kepentingan politiknya

Para Sultan dari pelbagai negeri, begitu juga dengan rakyat Malaysia secara amnya, telah meminta ahli-ahli politik untuk menurunkan suhu unsur-unsur perkauman dan keagamaan dalam arena politik negara. Tetapi para pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen PAS tidak mampu untuk menyahut seruan ini melainkan Presiden PAS, Hadi Awang, berhenti menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya.

Dalam satu hantaran Facebook pada Khamis lepas yang menyasarkan saya, Hadi bercakap mengenai keadilan dan perjuangan melawan rasuah.

Tetapi, adakah Hadi benar-benar memahami makna sebenar keadilan dan rasuah sedangkan dia sendiri menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya sendiri?

Hadi adalah Presiden PAS yang paling lama berkhidmat, selama lebih dari 20 tahun, berbanding dengan Presiden-presiden PAS sebelum ini, Burhanuddin al-Helmy, Asri Muda, dan Fadzil Noor yang masing-masing berkhidmat selama 13 tahun.

Dia mungkin Presiden PAS yang pertama yang menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya.

Walaupun empat bulan telah berlalu sejak dari tuduhan liar dan tidak berasas dibuat Hadi, mengatakan DAP kononnya mempromosikan Islamofobia, dia masih gagal memberikan sebarang bukti dan pada masa yang sama masih enggan untuk menarik semula tuduhan ini.

Sekiranya DAP mempromosikan Islamofobia, saya tidak akan bangkit membela PAS di Parlimen pada 8 November 1978 apabila kerajaan persekutuan Barisan Nasional ketika itu mengisytiharkan darurat di Kelantan dan mengambil alih kerajaan negeri Kelantan dari PAS.

Hadi Awang sendiri pernah berkata semasa Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014 yang PAS bekerjasama dengan DAP ini adalah tanda penghargaan untuk tindakan DAP yang menyokong PAS apabila kerajaan Kelantan ditumbangkan pada tahun 1978.

Hadi mengatakan bahawa DAP yang mempertahankan PAS apabila kerajaan Kelantan tumbang kepada Barisan Nasional dan menyebabkan huru-hara ketika itu.

Saya tidak perlukan “token penghargaan” Hadi, sebaliknya saya hanya perlukan Hadi untuk bersikap jujur dan berterus terang, bukannya menipu, menabur fitnah, dan menyebar berita palsu untuk mengejar kepentingan politik sendiri.

Hadi telah membuat tuduhan liar dan tidak berasas selepas Pilihan Raya Umum ke-15, kononnya DAP mempromosikan Islamofobia. Dia patut tarik semula tuduhan ini dan saya akan memaafkannya.

Dalam hantaran Facebook yang sama, Hadi merujuk kepada ICERD. Hadi kini tahu yang dia telah memfitnah DAP pada tahun 2018 memandangkan DAP bukanlah di sebalik rancangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD). Adakah Hadi akan menarik semula fitnah ini dan meminta maaf kepada DAP untuk apa yang berlaku pada tahun 2018?

  1. Adakah dia sekarang menjawab dua soalan mengenai ICERD yang saya telah kemukakan kepadanya pada tahun 2018, iaitu:
    Bagaimana ICERD memberikan kesan buruk kepada syiar Islam di 55 dari 57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah meratifikasi ICERD; dan
  2. Bagaimanakah ICERD telah memberikan kesan buruk kepada sistem monarki di 36 dari 38 negara dengan sistem beraja yang telah meratifikasi ICERD?

Saya sokong penuh seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya OIC mengambil tindakan serius untuk menangani isu Islamofobia.

Adakah Hadi bersetuju?

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 27 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.