One lesson from Michelle Yeoh’s winning the Oscar for best actress: Lets unite all the races and religions in the country to compete with the rest of the world instead of competing among ourselves as in the last few decades


(Versi BM)

There is one lesson for Michelle Yeoh’s winning the Oscar for the best actress: Lets unite all the races and religions in the country to compete with the rest of the world instead of competing among ourselves as in the last few decades.

What is worse, there are now political leaders who contend that a race and a religion are under threat and facing extinction, and all efforts must be directed at the survival and hegemony of the threatened race and religion, when there is no basis whatsoever for such falsehoods and fake news.

This is one reason why Malaysia had never been so polarised along race and religious lines, with the divisive and toxic politics of lies, falsehood, fake news, race, and religion holding sway in the political life of the country — and why even attempts to put anti-corruption on the top agenda to ensure good governance and public integrity have been converted into burning race and religious issues.

When the Transparency International (TI) unveiled its annual Corruption Perception Index (CPI) in 1995, we were ranked No.23 out of the 41 countries.

Twenty-eight years later, in the TI CPI 2022, we were ranked No. 61 out of 180 countries.

Malaysia has lost out to five countries in the original TI CPI 1995 list — Taiwan, South Korea, Spain, Italy, and Greece — while other countries notably China, India, and Indonesia had made giant strides in the war against corruption to close their gap with Malaysia.

If Malaysia had kept in step on the anti-corruption front with nations serious about good governance and public integrity, we should be among the top 30 countries in the world in anti-corruption efforts instead of occupying the lowly rank of No. 61 out of 180 countries and in danger of being overtaken by China and India before 2030 and Indonesia before 2040

It is painful to see the second former Prime Minister of Malaysia being arrested and charged for corruption, but if this is the price for Malaysia to be one of the top 30 countries in the world for good governance and public integrity, then the price must be paid and let more VIPs be arrested and charged with corruption and money-laundering.

But there must be no room for selective persecution, and the allegations of selective persecution must be taken seriously by the authorities, as to leave such serious allegations untouched is to undermine the two important concepts of the rule of law and judicial independence in Malaysia.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 14th March 2023)


Satu pengajaran dari kemenangan Anugerah Pelakon Terbaik Oscar Michelle Yeoh: Mari satukan semua kaum dan agama dalam negara untuk bersaing dengan dunia dan bukannya bersengketa di antara satu sama lain seperti yang berlaku dalam beberapa dekad yang lepas

Ada satu pengajaran yang kita dapat hayati dari kemenangan Anugerah Pelakon Terbaik Oscar oleh Michelle Yeoh: Kita perlu satukan semua kaum dan agama dalam negara untuk bersaing dengan dunia dan bukannya bersengketa di antara satu sama lain seperti yang berlaku dalam beberapa dekad yang lepas.

Apa yang lebih buruk lagi, sekarang ada pemimpin politik yang cuba mengatakan yang kaum dan agama tertentu sedang terancam dan bakal pupus, dan semua usaha perlu ditumpukan kepada kelangsungan hidup dan hegemoni kaum dan agama ini, sedangkan tidak ada sebarang asas sama sekali untuk fitnah dan berita palsu ini.

Inilah ada salah satu sebab mengapa negara amat terpolarisasi dari aspek perkauman dan keagamaan, dengan politik toksik penipuan, fitnah, berita palsu, sentimen perkauman dan keagamaan mempengaruhi kehidupan politik dalam negara — yang telah menyebabkan usaha untuk meletakkan usaha anti-rasuah sebagai agenda utama negara untuk menjamin tadbir urus yang baik dan integriti awam sekali pun telah dijadikan isu perkauman dan keagamaan.

Semasa Transparency International (TI) mula menerbitkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 1995, kita berada di tempat ke-23 dari 41 negara yang ditinjau.

Dua puluh lapan tahun kemudian, dalam TI CPI 2022, kita berada di tempat ke-61 dari 180 buah negara yang ditinjau.

Malaysia telah dipintas oleh lima buah negara yang berada di belakang kita dalam TI CPI 1995 — Taiwan, Korea Selatan, Sepanyol Itali, dan Greece — manakala negara-negara lain, terutamanya China, India, dan Indonesia telah menunjukkan lonjakan besar dalam usaha memerangi rasuah untuk merapatkan jarak mereka dengan kedudukan Malaysia.

Sekiranya Malaysia telah mengekalkan usaha anti-rasuah kita dengan mengambil serius perkara-perkara yang berkaitan dengan tadbir urus baik dan integriti awam, kita sepatutnya berada dalam kalangan 30 negara terbaik dunia dan bukannya berada di tempat ke-61 dari 180 negara, yang pada masa yang sama bakal dipintas oleh China dan India sebelum 2030 dan dipintas oleh Indonesia sebelum 2040.

Amat menyedihkan melihat kita ada bekas perdana menteri yang kedua yang ditangkap dan didakwa atas tuduhan rasuah, tetapi sekiranya ini harganya untuk Malaysia menjadi salah satu daripada 30 negara terbaik dunia dari segi tadbir urus baik dan integriti awam, maka harga ini perlulah dibayar dan lebih ramai lagi golongan VIP perlu ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram.

Tetapi, tidak boleh ada ruang untuk pendakwaan terpilih dan tuduhan pendakwaan terpilih ini perlu dipandang berat oleh pihak berkuasa. Sekiranya pertuduhan berat seperti ini diabaikan, ia akan menggugat dua konsep penting negara — kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Selasa, 14 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.