Let all Malaysians regardless of race or religion look up to Michelle Yeoh as a model in the Malaysian Dream for Malaysia to accomplish Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”


(Versi BM)

Michelle Yeoh of Ipoh has done Malaysia proud — not just at the Malaysian level but at the global stage.

Let all Malaysians regardless of race or religion look up to Michelle Yeoh as a model in the Malaysian Dream for Malaysia to accomplish Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Michelle Yeoh’s speech for winning the Oscar for Best Actress in a leading role in the movie “Everything Everywhere All At Once” is worth remembering — Dream Big and Dreams do come true.

A honourable sequel to the fantastic feat achieved by Michelle who became the first Asian to win an Oscar for Best Actress is for Malaysians to dream big for Malaysia to become one of the top best 30 countries in the world instead of ending up as a divided, failed, and kleptocratic state on Malaysia’s Centennial in 2057.

Malaysians have enough of gruesome headlines in the last 100 days like the following: “Hadi predicts imminent collapse of Anwar’s govt”, “Muhyiddin charged with corruption involving over RM232m”, “AGC, MACC deny any interference in Jana Wibawa probes”, “‘I’m having sleepless nights’ — Muhyiddin says over court cases”, “Muhyiddin to face another corruption charge in Shah Alam on Monday”, “The shame of being ‘Malay first’”, “Jana Wibawa: Muhyiddin claims trial to RM5m money laundering charge”, and “Breach of OSA if Hamzah kept Home Ministry files — PKR MP”.

Malaysians want to read more headlines like: “Michelle Yeoh creates history, wins Oscar for best actress” and in future “Malaysia leads to world in promoting inter-racial, inter-religious, and inter-civilisational tolerance and understanding”.

There are political leaders who want Malaysians to believe that the Malays and Islam are under threat — which is a myth and completely groundless.

Malaysia is a plural nation of many races, religions, and cultures, but Malaysians do not want Malaysia to become an arena for a War of Races of War of Religions.

Malaysia is at confluence of four great civilisations — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western.

Let Malaysians show the world that we can leverage on the best virtues and values of these four great civilisations to create a better world.

Let Malaysians unite and achieve an Oscar for the world in promoting inter-racial, inter-religious, and inter-civilisational tolerance, understanding, and peace.

This will be a worthwhile sequel to Michelle Yeoh winning the Oscar for the Best Actress.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 13th March 2023)


Marilah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama untuk menjadikan Michelle Yeoh sebagai tauladan untuk mencapai Impian Malaysia bagi membolehkan Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang diazamkan oleh Tunku Abdul Rahman

Michelle Yeoh dari Ipoh telah membanggakan negara — bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di arena antarabangsa.

Marilah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama untuk menjadikan Michelle Yeoh sebagai tauladan untuk mencapai Impian Malaysia bagi membolehkan Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang diazamkan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Ucapan Michelle Yeoh semasa memenangi anugerah Pelakon Terbaik Oscar untuk peranannya utamanya di dalam filem “Everything Everywhere All At Once” patut diingati — Pasanglah impian besar dan Impian benar-benar boleh terjadi.

Sambungan yang baik untuk pencapaian cemerlang Michelle Yeoh — menjadi orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Oscar untuk kategori pelakon terbaik — adalah untuk rakyat Malaysia bercita-cita untuk menjadikan Malaysia salah satu daripada 30 negara terbaik di dunia dan bukannya menjadi salah satu daripada negara-negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

Rakyat Malaysia sudah muak dengan tajuk-tajuk akhbar yang mengerikan dalam 100 hari yang lepas, seperti “Hadi menjangkakan kejatuhan kerajaan Anwar”, “Muhyiddin didakwa atas kesalahan rasuah melibatkan RM232 juta”, “AGC, SPRM menafikan sebarang campur tangan dalam siasatan Jana Wibawa”, “‘Saya tidak dapat tidur malam’ — Muhyiddin, mengenai kes mahkamahnya”, “Muhyiddin akan berhadapan dengan satu lagi pertuduhan rasuah di Shah Alam pada hari Isnin”, “Malu menjadi pertamanya Melayu”, “Jana Wibawa: Muhyiddin menuntut perbicaraan untuk dakwaan pengubahan wang haram RM5 juta”, dan “Pelanggaran OSA sekiranya Hamzah menyimpan fail Kementerian Dalam Negeri — MP PKR”.

Rakyat Malaysia mahu membaca lebih banyak tajuk akhbar seperti “Michelle Yeoh mencipta sejarah, menang Oscar untuk pelakon terbaik” dan di masa hadapan, tajuk seperti “Malaysia memimpin dunia dalam mempromosikan toleransi dan persefahaman antara kaum, agama, dan tamadun”.

Terdapat pemimpin politik yang mahu rakyat Malaysia untuk percaya yang orang Melayu dan Islam sedang terancam — perkara ini adalah satu mitos dan langsung tidak berasas sama sekali.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum, agama, dan budaya, dan rakyat Malaysia tidak mahu Malaysia untuk menjadi arena pertempuran Perang Kaum atau Perang Agama.

Malaysia merupakan titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

Marilah kita semua sebagai rakyat Malaysia, tunjukkan kepada dunia yang kita mampu untuk gunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat ini untuk mencipta sebuah dunia yang lebih baik.

Rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan “memenangi Oscar” untuk dunia dalam mempromosikan toleransi, persefahaman, dan keamanan antara kaum, agama, dan tamadun.

Perkara ini akan menjadi sambungan yang bernilai kepada kemenangan Anugerah Pelakon Terbaik Oscar yang dimenangi oleh Michelle Yeoh.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Isnin, 13 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.