There is a fourth reason why Muhyiddin is not the Parliamentary Opposition Leader — his dismal record in fighting corruption when he was first “backdoor” Prime Minister


(Versi BM)

I have given three reasons why Muhyiddin Yassin is not the Parliamentary Opposition Leader although he has not given up hope to become prime Minister again.

This is because he does not want to be confronted especially in Parliament as Opposition Leader on three issues, namely:

  • As the first backdoor Prime Minister in Malaysia who dared not test his legitimacy with a vote of confidence in Parliament.
  • His illegitimate, illegal and unconstitutional suspension of Parliament.
  • His abysmal failure to deal with the Covid-19 pandemic causing Malaysia to have the longest Covid-19 wave in the world.

There is a fourth reason — his dismal record in fighting corruption when he was the first “backdoor” Prime Minister.

The first Pakatan Harapan government proved to be a major failure although it may have acquitted itself well in the history books if it had served full five years and not toppled in 22 months in February 2020.

It gave the best Chinese New Year present in January 2020 when it achieved the best Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2019, ranked No. 51 with a score of 53 — a single-year improvement of six points for the TI CPI score and 10 placing in the TI CPI ranking: the best performance in 25 years.

If the Pakatan Harapan government had served full five years till 2023, with Anwar Ibrahim as the Prime Minister in the second half of the five-year term, Malaysia would end up as among the 40 top nations in the world in public integrity, and if the Pakatan Harapan government had ruled until the end of the decade, Malaysia would have been among the top 30 countries in the world in the fight against corruption.

The Pakatan Harapan government would have been the best antidote to the atmosphere of doom and gloom which descended on Malaysia in 2018.

But the ignominious Sheraton Move political conspiracy intervened and toppled the Pakatan Harapan Government in February 2020, and Malaysia continued in the decline in the TI CPIs.

In the TI CPI 2020, Malaysia fell in score from 53 points to 51 points, which resulted in six- point fall in ranking from No. 51 to 57.

The TI CPI 2021 was worse. It was a devastating TI CPI, where Malaysia dropped a further three points in score to 48 out of 100 marks and 5 points in rank in to 62nd place.

The Malaysian Anti-Corruption Commission is dreading the release of the TI CPI, where Malaysia is likely to scrape the bottom of the barrel and have the worst TI CPI ranking and score in country’s 28-year history.

The Anwar unity government cannot do anything to influence the outcome of the TI CPI 2022 which should be released worldwide shortly, but the TI CPI 2023 will be a testament of its anti-corruption commitment to clean up the country of corruption and kleptocracy, provided it can last its first full year in office.

Time is already running for the TI CPI 2023 and the Anwar unity government must perform on the anti-corruption front, as the last thing Malaysians want is a relapse of the TI CPI with Muhyiddin returning to the Prime Minister’s office.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 20th January 2023)


Ada sebab keempat mengapa Muhyiddin tidak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen — rekod buruknya dalam menentang rasuah semasa menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” yang pertama

Saya telah berikan tiga sebab mengapa Muhyiddin Yassin tidak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun dia masih belum berputus asa dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri lagi.

Sebab-sebab ini adalah keengganannya untuk berhadapan dengan tiga isu di Parlimen, iaitu:

  • Dia merupakan Perdana Menteri pintu belakang pertama Malaysia yang tidak berani menguji keabsahannya di Parlimen melalui undi kepercayaan.
  • Penggantungan sidang Parlimen secara haram dan tidak sah yang dibuatnya.
  • Kegagalannya untuk mengendalikan wabak Covid-19 menyebabkan Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan terpanjang di dunia.

Ada sebab keempat, rekod buruknya dalam menentang rasuah semasa menjadi Perdana Menteri “pintu belakang”.

Kerajaan Pakatan Harapan yang pertama terbukti menjadi satu kegagalan walaupun sekiranya diberikan ruang selama lima tahun — dan bukannya ditumbangkan secara tidak sah selepas 22 bulan pada Februari 2020 — kerajaan ini mungkin dapat mencatatkan prestasi yang baik.

Kerajaan PH ini telah memberikan hadiah Tahun Baru Cina yang terbaik pada bulan Januari 2020 apabila Malaysia mencatatkan kedudukan di tempat ke-51 dengan markah 53/100 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International. Mencatatkan peningkatan sepuluh anak tangga dan enam markah: kedudukan terbaik negara dalam sejarah 25 tahun.

Sekiranya Pakatan Harapan terus menjadi kerajaan untuk sepenuh penggal sehingga 2023, dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk setengah penggal kedua, Malaysia akan berada dalam kalangan 40 negara terbaik dunia dari segi integriti awam, dan sekiranya Pakatan Harapan terus mentadbir sehingga ke hujung dekad, Malaysia akan berada dalam kalangan 30 negara terbaik dunia.

Kerajaan Pakatan Harapan terbukti menjadi penawar terbaik atmosfera suram yang menyelubungi Malaysia pada tahun 2018.

Namun, konspirasi politik Langkah Sheraton telah menumbangkan kerajaan PH ini dan meneruskan kemerosotan negara dalam TI CPI. Dalam TI CPI 2020, kita jatuh enam anak tangga, dari tempat ke-57 ke tempat ke-51 dengan 51 markah.

TI CPI 2021 mencatatkan prestasi yang lebih buruk, di mana Malaysia mencatatkan kemerosotan lima anak tangga lagi, jatuh ke tempat ke-62 dengan markah 48/100.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pastinya sedang risau dengan penerbitan TI CPI 2022, di mana kita dijangka berada dalam kedudukan rendah dengan markah dan kedudukan carta paling buruk dalam sejarah 28 penerbitan Indeks ini.

Kerajaan Perpaduan Anwar tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubah TI CPI 2022 — yang bakal diterbitkan tidak lama lagi — tetapi TI CPI 2023 akan menjadi petanda kesungguhan usaha membanteras rasuah kerajaan perpaduan ini untuk membersihkan Malaysia dari rasuah dan kleptokrasi sekiranya kerajaan ini dapat bertahan selama setahun.

Masa sedang berjalan untuk TI CPI 2023 dan kerajaan perpaduan Anwar perlu menunjukkan prestasi yang baik untuk TI CPI 2023, kerana rakyat Malaysia tidak mahu melihat berulangnya episod TI CPI 2020 yang berlaku semasa pentadbiran Muhyiddin.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 20 Januari 2023)

  1. #1 by tmc on Friday, 20 January 2023 - 11:09 pm

    Truly, don’t make us die laughing standing up or sitting down, madani, madani, madani. Foreign names will never catch on with the rakyat.

You must be logged in to post a comment.