Muhyiddin’s most patriotic duty is to abstain from the vote of confidence in Parliament as his opposition to the motion would mean he subordinates the country’s stability and future to his own personal and selfish zeal to become a “backdoor” Prime Minister again


(Versi BM)

Muhyiddin Yassin’s most patriotic duty is to abstain from the vote of confidence in Parliament as his opposition to the motion would mean that he subordinates the country’s stability and future to his own personal and selfish zeal to become a “backdoor” Prime Minister again.

I think I have the qualifications to tell Muhyiddin a thing or two how to be a responsible Opposition Leader having served as the longest Opposition Leader in the country — even in the darkest days of parliamentary democracy in the country.

I remember the first vote of confidence in the history of Malaysian Parliament in 1976, after the second Prime Minster Tun Razak died and Hussein Onn became the third Prime Minister of Malaysia.

The DAP MPs abstained and did not oppose the vote of confidence in Hussein Onn as the third Prime Minister, but in my speech on the motion, I spoke of how Malaysia could be a united, progressive, purposive, and prosperous nation.

I spoke of the growing discontent among the Malay poor that the fruits of development were enjoyed by the owners of privilege, properly, and instruments of production and the growing frustration among non-Malays who were more and more convinced that they did not have a future in Malaysia with large numbers of non-Malay professionals who had left or were preparing to emigrate overseas; the decline in moral authority of the government because of rampant corruption in high political places, whether at the Federal or State government levels, and increasing deception and dishonesty in public life.

I gave four proposals to solve the ills of the nation, namely:

  1. Re-define the class relations in Malaysia, so that the government ceased to protect and promote vested interests or privilege and the possessing class but to abolish and end exploitation and poverty.
  2. To regain the confidence of all races that they and their children had an assured future in this country;
  3. To restore the moral authority of government by stamping out corruption and eliminating dishonesty in public life; and
  4. To reinstate public confidence and trust in the efficacy and meaning of democratic processes and rights.

The vote of confidence in Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minster of Malaysia will be the second vote of confidence in the history of Malaysian Parliament.

Let Muhyiddin stand up in Parliament on the motion of confidence to state what are his proposals to resolve the paramount questions of the country: the unity of Malaysians and how Malaysia could end the decline of the nation from a first-rate world-class nation to a second-rate mediocre country, in danger of becoming a failed, divided, and kleptocratic state on Malaysia’s Centennial?

If Muhyiddin opposes the vote of confidence in Parliament, it will mean that he is not prepared to subordinate his selfish interest to be “backdoor” Prime Minister again and that he will do his utmost to topple Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister through the creation of a Sheraton Move.2 political conspiracy.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 19th December 2022)


Perkara yang paling patriotik yang patut dibuat oleh Muhyiddin adalah untuk dia berkecuali dalam undi kepercayaan di Parlimen kerana sebarang bantahannya terhadap usulnya hanya bermakna dia mengutamakan kepentingan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” berbanding dengan kestabilan dan masa hadapan negara

Perkara yang paling patriotik yang patut dibuat oleh Muhyiddin Yassin adalah untuk dia berkecuali dalam undi kepercayaan di Parlimen kerana sebarang bantahannya terhadap usulnya hanya bermakna dia mengutamakan kepentingan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” berbanding dengan kestabilan dan masa hadapan negara.

Saya percaya yang saya layak untuk memberikan satu dua nasihat kepada Muhyiddin mengenai bagaimana untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang yang bertanggungjawab, memandangkan saya sendiri telah menjadi salah seorang Ketua Pembangkang untuk tempoh yang terlama dalam negara — walaupun dalam hari-hari tergelap untuk demokrasi di negara kita.

Saya masih ingat undi kepercayaan pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia pada tahun 1976 selepas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia dan Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Ahli-ahli Parlimen DAP mengambil pendirian berkecuali dan tidak membantah usul kepercayaan terhadap Hussein Onn sebagai Perdana menteri ketiga, tetapi dalam ucapan saya semasa usul ini dibahaskan, saya bercakap mengenai bagaimana Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang bersatu padu, progresif, berhala tuju, dan makmur.

Saya bercakap mengenai ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu yang miskin mengenai hasil pembangunan negara yang hanya dinikmati oleh mereka yang berkedudukan, yang mempunyai hartanah, dan mereka yang memiliki modal; dan juga mengenai kekecewaan orang bukan Melayu yang semakin merasakan yang mereka tidak mempunyai masa hadapan di Malaysia dengan sejumlah besar golongan profesional bukan Melayu yang telah berpindah keluar negara; mengenai kemerosotan autoriti moral kerajaan yang disebabkan oleh rasuah yang berleluasa dalam jawatan-jawatan tinggi politik, baik di peringkat kerajaan Persekutuan atau Negeri; dan juga mengenai peningkatan penipuan dan ketidakjujuran dalam kehidupan awam.

Saya memberikan empat cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah negara ini, iaitu:

  1. Menakrifkan semula hubungan antara kelas di malaysia, supaya kerajaan berhenti untuk melindungi dan mempromosikan kepentingan pihak tertentu yang berkedudukan dan bermodal, sebaliknya untuk kerajaan menghapuskan dan menamatkan eksploitasi dan kemiskinan.
  2. Untuk mendapatkan semula keyakinan semua kaum bahawa mereka dan anak-anak mereka mempunyai tempat dan masa hadapan yang terjamin di negara ini;
  3. Untuk mengembalikan semula autoriti moral kerajaan dengan menghapuskan rasuah dan ketidakjujuran dalam kehidupan awam; dan
  4. Untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan dan makna proses demokrasi dan hak-hak mereka.

Undi kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 akan menjadi undi kepercayaan kedua dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Muhyiddin perlu bangkit di Parlimen semasa usul ini untuk menyatakan apakah cadangan-cadangannya untuk menyelesaikan masalah utama yang membelenggu negara kita; masalah mengenai perpaduan negara dan bagaimana untuk kita menghentikan kemunduran Malaysia dari sebuah negara hebat bertaraf dunia kepada sebuah negara biasa-biasa sahaja yang kini berada dalam bahaya untuk menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara.

Sekiranya Muhyiddin membantah usul kepercayaan ini di Parlimen, perkara ini menunjukkan yang dia tidak bersedia untuk mengetepikan kepentingan dan cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” sekali lagi dan bahawa dia akan melakukan sedaya upayanya untuk menumbangkan kerajaan Anwar Ibrahim melalui satu konspirasi politik seperti Langkah Sheraton 2.0.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Isnin, 19 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.