Can Zahid give a single instance that Najib’s SRC International case is cited in Commonwealth nations as an unfair trial as it is more than one week since Najib was sent to jail


(Versi BM)

Can the UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi, give a single instance that Najib Razak’s SRC International case is cited in the Commonwealth nations as an unfair trial as it is more than one week since Najib was sent to jail to begin his 12-year imprisonment sentence.

Zahid made this reference in his special address to UMNO delegates last Saturday.

It is surprising that although Najib’s jailing on his failure in his final appeal to the Federal Court was reported worldwide, a decision upheld by nine judges at all three tiers of the judiciary, none of it reported about Najib’s trial was unfair.

The Economist described Najib’s trial as not just about the fate of one man but also about the kind of country Malaysia wants to be.

Zahid, however, has still to respond to my query yesterday, why he was not a witness in Najib’s SRC trial as he had said that he had met the wealthy Arab family who had donated into Najib’s personal account.

I await Zahid’s response to these two questions.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, August 3`1, 2022)


Bolehkah Zahid berikan satu contoh di mana kes SRC International Najib dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana-mana negara Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara?

Bolehkah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, memberikan satu contoh di mana kes SRC International Najib dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana-mana negara Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 tahunnya?

Zahid mengatakan perkara ini dalam taklimat khasnya untuk UMNO pada minggu lepas.

Agak mengejutkan apabila berita Najib dipenjarakan selepas rayuannya ditolak di Mahkamah Persekutuan — keputusan yang dikekalkan oleh sembilan orang hakim di ketiga-ketiga peringkat mahkamah — ini dilaporkan di akhbar di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang melaporkan perbicaraan ini sebagai tidak adil.

Majalah The Economist melaporkan perbicaraan Najib ini bukan sahaja melibatkan nasib seorang individu, tetapi melibatkan hala tuju yang bakal diambil oleh Malaysia sebagai sebuah negara.

Bagaimanapun, Zahid masih belum menjawab persoalan saya semalam mengenai mengapa dia tidak menjadi saksi dalam perbicaraan SRC Najib, memandangkan dia telah mengatakan yang dia telah berjumpa dengan keluarga kaya dari Arab yang dikatakan mendermakan dana ini kepada akaun peribadi Najib.

Saya masih menunggu jawapan Zahid mengenai perkara ini.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 30 Ogos 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.