Zahid’s failure to be a witness in Najib Razak’s SRC International trial to testify that he had met the Arab family who donated cash into Najib’s accounts supports the stand of nine judges that Najib’s Arab donation defence was “untenable” and “unsustainable”


(Versi BM)

UMNO President Zahid Hamidi’s failure to be a witness in former Prime Minister Najib Razak’s SRC International trial to testify that he had met the Arab family who donated cash into Najib’s accounts supports the stand of nine Malaysian judges that Najib’s Arab donation defence was “untenable” and “unsustainable”.

So far, apart from Zahid, nobody has met physically the mysterious Arab donor as even the delegation the then Attorney-General, Apandi Ali sent to Riyadh in 2015 had failed to meet the mysterious and fabled Arab donor.

Zahid owes an explanation to Malaysians, particularly the supporters of the “Malu
Apa BOSSku” movement, why he did not offer himself to be a witness to clear Najib of the charge that the Arab donation defence was untenable and unsustainable?

Apandi’s shocking admission that his delegation to Riyadh in 2015 failed to meet anyone from the “fabled Arab donor” was only known in 2021 (six years after the event) from Apandi’s own testimony in his defamation suit against me, and is to be found in High Court judge, Justice Azimah binti Omar’s 100-page judgment (Paragraph 136/137), viz:

“136. Through the entire breadth of the Plaintiff’s (Apandi) testimony, the Plaintiff has failed to give any cogent reasons behind his perplexing insistence to adopt the donation narrative (while absolving Najib Razak) although he readily admitted that his Riyadh delegation has utterly failed in its mission to verify the truth behind the fabled and fantastical donation. The Plaintiff further failed to afford any sound justification behind his puzzling decision to bend the truth regarding the supposed success of the Riyadh delegation (while in truth and reality, the Riyadh delegation had failed to speak or even meet with the fabled donor).

“137. The Plaintiff also failed to explain his glaring lack of proper knowledge behind the supposed evidences and statements the Riyadh delegation collected, to the extent that the Plaintiff could not even remember the name of the fabled or the famous donor he so intently contended upon.”

Apandi took six years to admit that the Attorney-General’s delegation to Riyadh in 2015 failed in its mission because it failed to speak or even meet with the “fabled” donor.

How long will it take Zahid to admit that what he told the Sri Gading UMNO annual division meeting in August 2015 that he had met representatives of the Arab family who donated into Najib’s accounts was a tall story?

If not a tall story, Zahid should name names now.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 1st September 2022)


Kegagalan Zahid menjadi saksi dalam perbicaraan SRC Najib untuk memberi keterangan bahawa dia telah bertemu dengan keluarga Arab yang menderma wang tunai ke dalam akaun Najib menguatkan pendirian sembilan hakim bahawa pembelaan derma Arab Najib adalah “tidak boleh dipertahankan” dan “tidak mampan”

Kegagalan Presiden, UMNO Zahid Hamidi, untuk menjadi saksi dalam perbicaraan SRC International bekas Perdana Menteri, Najib Razak, untuk memberi keterangan bahawa dia telah bertemu dengan keluarga Arab yang menderma wang tunai ke dalam akaun Najib menguatkan pendirian sembilan hakim Malaysia bahawa pembelaan derma Arab Najib “tidak boleh dipertahankan” dan “tidak mampan”.

Setakat ini, selain Zahid, tiada ada sesiapa yang telah bertemu dengan penderma Arab yang misteri itu secara fizikal, malah delegasi yang dihantar oleh Peguam Negara ketika itu, Apandi Ali, ke Riyadh pada tahun 2015 telah gagal untuk bertemu dengan penderma Arab yang bermisteri dan dongeng itu.

Zahid perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia, terutamanya penyokong kempen “Malu Apa BOSSku”, kenapa dia tidak menawarkan diri untuk menjadi saksi untuk membersihkan Najib daripada tuduhan bahawa alasan pembelaan derma Arab ini tidak boleh dipertahankan dan tidak mampan?

Pengakuan mengejutkan Apandi bahawa delegasinya ke Riyadh pada tahun 2015 gagal menemui sesiapa daripada “penderma Arab dongeng” ini hanya diketahui pada tahun 2021 (enam tahun selepas peristiwa itu) daripada keterangan Apandi sendiri dalam saman fitnahnya terhadap saya, dan boleh didapati dalam penghakiman 100 mukasurat Hakim Mahkamah, Hakim Azimah binti Omar, (Perenggan 136/137), iaitu:

“136. Melalui keseluruhan keterangan Plaintif (Apandi), Plaintif telah gagal memberikan sebarang alasan kukuh di sebalik desakan membingungkan dia untuk menerima pakai naratif derma (semasa membebaskan Najib Razak) walaupun dia dengan mudah mengakui bahawa delegasi Riyadh dia telah gagal dalam misinya. untuk mengesahkan kebenaran di sebalik derma dongeng dan fantasi ini. Plaintif seterusnya gagal untuk memberikan sebarang justifikasi yang kukuh di sebalik keputusannya yang membingungkan untuk mengubah realiti mengenai kejayaan yang dikatakan oleh delegasi Riyadh (sementara dalam kebenaran dan realiti, delegasi Riyadh telah gagal bercakap atau bertemu dengan penderma dongeng).

“137. Plaintif juga gagal menjelaskan kekurangan pengetahuannya yang jelas di sebalik bukti dan kenyataan yang sepatutnya dikumpul oleh delegasi Riyadh, sehinggakan Plaintif tidak dapat mengingati nama penderma yang dongeng atau terkenal yang dia pertikaikan dengan sungguh-sungguh.”

Apandi mengambil masa enam tahun untuk mengakui bahawa delegasi Peguam Negara ke Riyadh pada 2015 gagal dalam misinya kerana gagal bercakap atau bertemu dengan penderma “dongeng” ini.

Berapa lama pulakah masa yang akan diambil Zahid untuk mengakui bahawa apa yang dia katakan dalam mesyuarat tahunan bahagian UMNO Sri Gading pada Ogos 2015 bahawa dia telah bertemu dengan wakil keluarga Arab yang menderma ke dalam akaun Najib adalah cerita dongeng juga?

Sekiranya perkara ini bukanlah satu cerita dongeng, Zahid patut mendedahkan namanya sekarang.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 1 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.