Most regrettable that Cabinet yesterday missed the opportunity to declare July/August meeting of Parliament a “Reform Parliament”


(Versi BM)

It is most regrettable that the Cabinet yesterday missed the opportunity to declare the July/August meeting of Parliament a “Reform Parliament” as evident from the absence of discussion of the issue.

There are four more Wednesdays – when the Cabinet meets – before the start of the Parliamentary meeting on July 18 and Malaysians have to wait whether the Cabinet would dare to take up the challenge to declare the Malaysian Parliament next month a Reform Parliament.

A Reform Parliament should not only initiate a new anti-corruption campaign in the country to ensure that Malaysia does not end up in the coming decades as one of the most corrupt nations in Asia, losing to China and India, as well as to ASEAN countries like Indonesia and the Philippines.

A Reform Parliament should also initiate the transformation of Malaysia through a reset of nation-building policies and principles to ensure that in the coming decades, the Malaysian Dream of a world-class great nation can be achieved before Malaysia’s Centennial.

For over half a century, Malaysia had lost its way, losing out to Taiwan, South Korea, Singapore, Hong Kong and Vietnam and we missed out to become a Tiger economy.

If we do not find way back to fulfill our potential, there will be a second Malaysian Diaspora where bright and brilliant Malaysian talents emigrate all over the world to make other nations great and we will be left further behind in the coming decades – even losing out to Indonesia and the Philippines.

Can we return to the nation-building policies and principles in our Constitution and Rukun Negara – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, good governance, public integrity, respect for human rights, Islam as the religion of the nation and freedom of worship for all other religions and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity where there are no first-class and second-class citizens whether based on race, religion or region.

Recently, veteran economist and a founder of Malaysian Institute of Economic Research (MIER), Tan Sri Kamal Salih called for the abolition of the New Economic Policy (NEP) and to replace it with a needs-based policy to overhaul the economy.

He said the resetting of the economy means doing away with protectionism and changing gears toward high productivity.

Kamal opined that the NEP has “expired” in terms of its benefits, where an over-reliance on the policy would only be detrimental to the country.

He said” “Only 10%, who are the rich, have benefited from the NEP. The rest, such as the M20 and B40, are struggling. The income disparity continues to widen after the pandemic.”

Kamal pointed out that there are an estimated 800,000 unemployed Malaysians, of whom about 30% are graduates who have “nowhere to go”.

He also said about 90% workers in Malaysia have mismatched jobs, with people being in the wrong positions or line of work.

“We need to overcome this. Also too much political interference in the economy. It is counterproductive.”

Nazir Razak, the son of Malaysia’s second prime minister who was the architect of the New Economic Policy (NEP) Abdul Razak Hussein, said many of the principles in the NEP no longer work and have instead led to dysfunctional politics and growing divisions among Malaysia’s communities.

He said the status quo was quickly becoming untenable and asked if the country’s leaders had the initiative to develop and implement new political, economic, and social systems as the NEP was not meant to be a permanent solution.

Parliament must be the venue to start the reset of nation-building policies.

Can the July/August meeting of Parliament start the process to reset nation-building policies and principle to ensure that Malaysia becomes a world-class great nation?

We have just lost an eminent Malaysian educator, Tun Arshad Ayub, the founding director of Institut Teknologi Mara (ITM) from 1966-1975 before it was elevated to university status as Universiti Teknologi Mara (UiTM) but who insisted the English language remained the medium of instruction of ITM.

Arshad Ayub is the best example of a true Malay nationalist but who is Malaysian First who accept that Malaysia is a plural nation which must leverage on the best virtues from the different cultural heritages to be found in Malaysia.

Parliament has just issued notice for the 14-day meeting from July 14 to August 4, 2022.

Can Parliament be a Reform Parliament next month?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 16th June 2022)


Amat mengecewakan apabila Kabinet semalam melepaskan peluang untuk mengisytiharkan mesyuarat Parlimen Julai/Ogos sebagai “Parlimen Pembaharuan”

Menjadi satu perkara yang amat mengecewakan apabila Kabinet semalam melepaskan peluang untuk mengisytiharkan mesyuarat Parlimen Julai/Ogos sebagai “Parlimen Pembaharuan” yang terbukti daripada ketiadaan perbincangan mengenai perkara ini.

Terdapat empat hari Rabu lagi – di mana Kabinet bermesyuarat – sebelum bermulanya sidang Parlimen pada 18 Julai dan rakyat Malaysia perlu menunggu sama ada Kabinet berani menyahut cabaran untuk mengisytiharkan sidang Parlimen Malaysia bulan depan sebagai Parlimen Reformasi.

Parlimen Pembaharuan bukan sahaja seharusnya memulakan kempen anti-rasuah baharu di negara ini untuk memastikan Malaysia tidak berakhir dalam dekad akan datang sebagai salah satu negara paling korup di Asia, kalah kepada China dan India, serta negara ASEAN. seperti Indonesia dan Filipina.

Parlimen Pembaharuan juga harus memulakan transformasi Malaysia melalui penetapan semula dasar dan prinsip pembinaan negara untuk memastikan bahawa dalam dekad akan datang, Impian Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia dapat dicapai sebelum ulang tahun ke-100 Malaysia.

Selama lebih setengah abad, Malaysia telah kehilangan arah, tewas kepada Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Vietnam dan kita terlepas peluang untuk menjadi harimau ekonomi.

Jika kita tidak mencari jalan kembali untuk memenuhi potensi kita, akan ada Diaspora Malaysia kedua di mana bakat-bakat Malaysia yang cemerlang berhijrah ke seluruh dunia untuk menjadikan negara lain hebat dan kita akan semakin ketinggalan dalam beberapa dekad akan datang – malah ditinggalkan di belakang Indonesia dan Filipina.

Bolehkah kita kembali kepada dasar dan prinsip pembinaan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara kita – Malaysia sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara yang terbentuk dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak wujud pembahagian rakyat kelas pertama atau kelas kedua berdasarkan kaum, agama, atau kawasan.

Baru-baru ini, pakar ekonomi veteran dan pengasas Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Kamal Salih menggesa pemansuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menggantikannya dengan dasar berasaskan keperluan untuk membaik pulih ekonomi.

Dia berkata penetapan semula ekonomi bermakna menghapuskan dasar perlindungan dan menukar gear ke arah produktiviti tinggi.

Kamal berpendapat DEB telah “tamat tempoh” dari segi manfaatnya, di mana terlalu bergantung kepada dasar itu hanya akan merugikan negara.

Dia berkata” “Hanya 10%, yang merupakan orang kaya, telah mendapat manfaat daripada DEB. Selebihnya, seperti M20 dan B40, berhadapan kesusahan. Jurang pendapatan terus melebar selepas pandemik.”

Kamal menegaskan bahawa terdapat dianggarkan 800,000 rakyat Malaysia yang menganggur, di mana kira-kira 30% daripadanya adalah graduan yang “tiada tempat untuk ditujui”.

Dia juga berkata kira-kira 90% pekerja di Malaysia mempunyai pekerjaan yang tidak sepadan, dengan orang berada di kedudukan atau bidang kerja yang tidak kena dengan latihan yang diterima mereka.

“Kita perlu mengatasi perkara ini. Juga terlalu banyak campur tangan politik dalam ekonomi. Ia tidak produktif.”

Nazir Razak, anak kepada perdana menteri kedua Malaysia yang merupakan arkitek Dasar Ekonomi Baru (DEB) Abdul Razak Hussein, berkata banyak prinsip dalam DEB tidak lagi berfungsi dan sebaliknya membawa kepada politik yang tempang dan perpecahan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dia berkata status quo sedia ada tidak dapat dipertahankan lagi dan bertanya sama ada pemimpin negara mempunyai inisiatif untuk membangun dan melaksanakan sistem politik, ekonomi, dan sosial baharu kerana DEB tidak dimaksudkan sebagai penyelesaian kekal.

Parlimen mesti menjadi tempat untuk memulakan penetapan semula dasar pembinaan negara.

Bolehkah sidang Parlimen Julai/Ogos memulakan proses untuk menetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara bagi memastikan Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia?

Kita baru sahaja kehilangan seorang pendidik terkemuka Malaysia, Tun Arshad Ayub, pengarah pengasas Institut Teknologi Mara (ITM) dari 1966-1975 – sebelum institusi tersebut dinaikkan taraf ke universiti sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) – yang menegaskan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa pengantar di ITM.

Arshad Ayub adalah contoh terbaik seorang nasionalis Melayu sejati yang mengutamakan identitinya sebagai rakyat Malaysia dan menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang perlu memanfaatkan nilai-nilai terbaik daripada warisan budaya yang berbeza yang bertemu di Malaysia.

Parlimen baru sahaja mengeluarkan notis untuk sidang 14 hari dari 14 Julai hingga 4 Ogos 2022.

Bolehkah Parlimen menjadi Parlimen Reformasi bulan depan?

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 16 Jun 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.