Najib is up to his tricks again, encouraged by Marcos Jr’s presidential electoral success in the Philippines, spreading false allegation against his opponents by his army of cybertroopers


(Versi BM)

Former Prime Minister Najib Razak is up to his tricks again, encouraged by Marcos Junior’s presidential electoral success in the Philippines, spreading false allegation against his opponents by his army of cybertroopers.

He accused me of inciting the Malaysian public by questioning whether Malaysia will suffer the same fate as Sri Lanka, when I asked whether the houses of the Prime Minister and the Ministers of Malaysia will be set on fire by angry protestors as happened in Sri Lanka last week.

Having asked the question, I had immediately said:

“This is not going to happen today, this month or this year, but will it happen before Malaysia marks its Centennial in 2057 or 2063?

“Are we following in the footsteps of Sri Lanka, at one time a ‘jewel’ in terms of development prospects in South Asia?”

A bona fide politician will know that I am not advocating violence – the burning of the houses of the Prime Minister and Ministers – but warning that we should learn from the lessons of Sri Lanka and not allow the political and socio-economic conditions in Malaysia to deteriorate to a failed state as happened in Sri Lanka for over half a century.

I had at first used the heading “Will the houses of the Prime Minister and Ministers of Malaysia be set on fire by an angry protesters as happened in Sri Lanka last week?” for my statement but my political secretary and experienced lawyer, Syahredzan Johan, was of the view that the heading could be accused by some irresponsible people of inciting unrest.

I do not agree with this view but I have no objection to change the heading to “Can Malaysia learn from the lessons of Sri Lanka?”, as my intention was not to incite any unrest as clearly stated in my statement, but to warn of the dangers of allowing the political and socio-economic conditions to deteriorate as happened in Sri Lanka for over half a century as to become a failed state, where Sri Lanka defaulted on its debt for the first time in its 70-year history, and where Sri Lankans suffered soaring inflation of over 30% and severe shortage of medicines, fuel, foods and other essentials.

But I expected political desperados and opportunists, through their propagandists and cybertroopers, to twist and distort the meaning and purpose of my statement as one of incitement, but I had not expected a former Prime Minister to head the charge.

I had asked why Sri Lanka, once South Asia’s most promising nation in the nineteen fifties , had come to such a terrible mess and observed that while Malaysia had not fulfilled her potential in economic development, Sri Lanka had done worse.

In GDP growth, Malaysia grew some 90 times from 1970 to 2020, but South Korea grew by over 180 times, Singapore by over 170 times, China by over 160 times, and Indonesia by some 110 times – while Sri Lanka GDP grew by only 32 times.

In GDP per capita terms, South Korea grew by over 80 times during 1970-2020, Singapore grew by over 50 times, China by over 40 times and Indonesia by some 35 times. Malaysia grew only by some 25 times, but Sri Lanka was worse – by some 12 times.

During Najib’s tenure as Prime Minister from 2009-2018, Sri Lanka grew faster than Malaysia, both in GDP and GDP per capita terms.

In fact, during Najib’s premiership, Malaysia was the slowest economy in ASEAN, whether in GDP and GDP per capita terms.

Will Najib’s cybertroopers paint the nine years of Najib’s premiership as Malaysia “golden era” in economic development and growth?

For Najib’s information, I have retired from competitive politics, but not from politics – and every Malaysian, in fact, every human being, must counter the pandemic of disinformation, fake news and lies in the present infodemic era.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 20th May 2022)


Najib kembali dengan helahnya lagi, kini digalakkan dengan kemenangan Marcos Jr dalam pemilihan presiden di Filipina, menyebarkan pertuduhan palsu terlawan lawan-lawannya melalui tentera sibernya

Bekas Perdana Menteri Najib Razak kembali dengan helahnya lagi, kini digalakkan dengan kemenangan Marcos Jr dalam pemilihan presiden di Filipina, menyebarkan pertuduhan palsu terlawan lawan-lawannya melalui tentera sibernya.

Dia menuduh saya sebagai menghasut rakyat Malaysia apabila saya mempersoalkan sama ada Malaysia akan menghadapi nasib yang sama seperti Sri Lanka, apabila saya bertanya sekiranya rumah-rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri di Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas.

Selepas mengemukakan persoalan ini, saya mengatakan:

“Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?

“Adakah kita sedang mengikuti jejak langkah Sri Lanka, yang pada suatu masa dahulu dikenali sebagai “permata” yang berpotensi tinggi membangun di Asia Selatan?”

Ahli politik yang sebenar akan tahu yang saya bukannya menyeru kepada keganasan – seperti pembakaran rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri – tetapi hanya memberikan amaran yang kita perlu menghayati pengajaran daripada apa yang berlaku di Sri Lanka dan kita tidak boleh membenarkan suasana politik dan sosio-ekonomi negara merosot sehingga menjadi sebuah negara gagal seperti yang terjadi di Sri Lanka dalam setengah abad yang lepas.

Pada mulanya, saya menggunakan tajuk “Adakah rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?” untuk kenyataan saya, tetapi setiausaha politik saya yang juga merupakan seorang peguam yang berpengalaman, Syahredzan Johan, boleh dilihat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai menghasut untuk mengganggu keamanan.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi saya tidak mempunyai sebarang bantahan untuk mengubah tajuk kenyataan ini kepada “Bolehkah Malaysia mendapatkan pengajaran dari Sri Lanka?” kerana niat saya bukanlah untuk mencetuskan apa-apa pergolakan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan saya, sebaliknya hanya untuk memberikan amaran mengenai bahaya apabila suasana politik dan sosio-ekonomi dibiarkan untuk terus merosot sehingga menjadi sebuah negara yang gagal seperti yang berlaku di Sri Lanka, di mana negara tersebut telah gagal memenuhi tanggungjawab hutangnya buat kali pertama dalam sejarah 70 tahun negara tersebut, di mana rakyat Sri Lanka kini berhadapan dengan kadar inflasi yang melonjak tinggi, lebih daripada 30% dan juga berhadapan dengan kekurangan kritikal ubat-ubatan, bahan api, makanan, dan barang-barang penting lain.

Tetapi, saya telah jangka yang ahli politik yang terdesak dan juga oportunis akan mengambil kesempatan ini, melalui pakar propaganda dan tentera siber mereka, untuk memusing dan memutarbelitkan makna dan tujuan asal kenyataan saya sebagai kononnya satu hasutan, apa yang tidak jangka adalah untuk seorang bekas Perdana Menteri sendiri untuk berbuat demikian.

Saya telah tanyakan mengapa Sri Lanka, sebelum ini sebuah negara yang berpotensi membangun di Asia Selatan, kini berada dalam keadaan yang sangat teruk, dan pada masa yang sama, memerhatikan yang walaupun Malaysia juga tidak memenuhi potensi pembangunannya, Sri Lanka jauh ketinggalan di belakang.

Dalam perkembangan KDNK, kita membangun 90 kali ganda di antara tempoh dari tahun 1970 sehingga 2020, tetapi KDNK untuk Korea Selatan mengembang 180 kali ganda, Singapura 170 kali ganda, China lebih dari 160 kali ganda, dan Indonesia 110 kali ganda. KDNK Sri Lanka hanya mengembang 32 kali ganda dalam tempoh 50 tahun di antara 1970 ke 2020.

Dari segi KDNK kapita, angka untuk Korea Selatan mengembang lebih dari 80 kali ganda untuk tempoh 1970 ke 2020, manakala Singapura mengembang sebanyak 50 kali ganda, China 40 kali ganda, dan Indonesia 35 kali ganda. KDNK per kapita Malaysia hanya berkembang 25 kali ganda, tetapi Sri Lanka lebih teruk – hanya kira-kira 12 kali ganda.

Semasa tempoh Najib menjadi Perdana Menteri, dari tahun 2009-2018, Sri Lanka mencatatkan pertumbuhan yang lebih pantas berbanding dengan Malaysia, baik dari segi angka KDNK atau KDNK per kapita.

Malah, semasa tempoh pemerintahan Najib, Malaysia adalah antara ekonomi ASEAN yang paling lambat membangun, sama ada dari segi angka KDNK atau KDNK per kapita.

Adakah tentera siber Najib akan cuba menggambarkan sembilan tahun pemerintahan Najib sebagai “zaman keemasan” pembangunan dan pertumbuhan ekonomi?

Untuk makluman Najib, saya telah bersara dari politik kompetitif, tetapi saya tidak bersara dari politik – dan setiap rakyat Malaysia, malah setiap individu, perlu melawan wabak maklumat dan berita palsu dan penipuan dalam era infodemik semasa ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 20 Mei 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.