What lessons the Philippines Presidential Election tomorrow has for Malaysia with regard to the impending 15GE for the country?


(Versi BM)

What lessons the Philippines Presidential Election tomorrow has for Malaysia with regard to the impending 15th General Election?

I have just read an AFP report that Marcos Jr “appears on the cusp of victory in the presidential polls, with his seemingly unassailable lead fuelled by a decades-long misinformation campaign to revamp the family brand”.

The AFP report said:

“The clan’s comeback from pariahs in exile to the peak of political power has been built on a relentless barrage of fake and misleading posts on social media.

“Pro-Marcos pages have sought to rewrite the family’s history, spreading fallacies about everything from the patriarch’s dictatorship to court rulings about the billions of dollars stolen from state coffers.

“AFP’s Fact Check team has debunked many of the myths swirling around the Marcoses.”

The AFP report cited five instances of disinformation to whitewash the Macos clan:

1. Assassination attempt – An alleged attempt to kill Marcos Jr ignited social media at the beginning of February, days before the presidential election campaign season kicked off, based on a video which was more than six years old which was viewed more than three million times.

2. Ignored by the media – In actual act, on the presidential campaign trail, Marcos Jr has shunned most media interviews and largely ignored journalist questions at rallies.

3. Golden age – Pro-Marcos pages have long sought to portray Ferdinand Marcos’s dictatorship as a “golden age” of peace and prosperity, rather than a violent and corrupt regime that left the country impoverished.

One claim that the Philippines was the second-richest country after Japan during the Marcos regime. AFP fact-checkers consulted experts who said the economic data from the Marcos years told a very different story. Philippine gross domestic product actually went from being fifth in Asia at the start of the dictator’s rule to sixth by 1985, as the country languished in a deep recession.

4. No plunder – The Philippines’ highest court said in 2003 that the legitimate income of Marcos and his flamboyant wife Imelda during their 20 years in power was $304,372.43.

Yet more than $658 million was found in their Swiss bank accounts, which the court ordered to be handed back to the government. It was a fraction of the $10 billion estimated to have been plundered from state coffer during the regime.

5. Abuses downplayed – -A misleading video posted on Facebook during the 2022 election campaign sought to downplay human rights abuses committed during the Marcos years.

Amnesty International estimates Marcos’s security forces either killed, tortured, sexually abused, mutilated or arbitrarily detained about 70,000 opponents.

For democracy’s sake in Malaysia, Malaysians should ponder what lessons the Philippines Presidential Election tomorrow has for Malaysia with regard to the impending 15th General Election for the country!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 8th May 2022)


Apakah pengajaran mengenai PRU15 yang dapat dihayati daripada Pemilihan Presiden Filipina esok untuk Malaysia?

Apakah pengajaran mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 yang dapat dihayati daripada Pemilihan Presiden Filipina esok untuk Malaysia?

Saya baru sahaja membaca laporan AFP yang mengatakan Marcos Jr “kelihatan seperti berada di ambang kemenangan dalam pemilihan presiden, mendahului dengan pasti melalui kempen pengeliruan jangka panjang untuk mengubah semula jenama keluarganya”.

Laporan AFP mengatakan:

“Kedatangan semula keluarga tersebut daripada status pariah dalam buangan kepada kemuncak kuasa politik telah dibina melalui rentetan tanpa henti hantaran palsu dan mengelirukan di media sosial.

“Laman-laman pro-Marcos telah mencuba untuk menulis semula sejarah keluarga tersebut, menyebarkan maklumat salah mengenai pelbagai perkara, daripada maklumat mengenai pemerintahan diktator ketua keluarga tersebut, kepada perintah mahkamah, sehinggalah kepada mengenai berbillion dolar wang yang dirompak dari negara.

“Pasukan Semak Fakta AFP telah membongkarkan banyak mitos yang berlegaran mengenai keluarga Marcos ini.”

AFP memetik lima kejadian kempen maklumat palsu yang digunakan untuk membersihkan nama keluarga Marcos:

1. Cubaan pembunuhan – Satu dakwaan cubaan membunuh Marcos Jr telah memarakkan kempen media sosial pada awal bulan Februari, beberapa hari sebelum kempen pemilihan presiden bermula, berasaskan kepada satu video yang berusia lebih daripada enam tahun yang telah ditonton lebih daripada tiga juta kali.

2. Diabaikan oleh media – Sedangkan sebenarnya, sepanjang proses kempen, Marcos Jr telah menolak kebanyakan wawancara media dan mengabaikan soalan-soalan daripada wartawan semasa perhimpunan.

3. Era keemasan – Laman-laman pro-Marcos telah lama cuba untuk menggambarkan era diktator Ferdinand Marcos sebagai satu “zaman keemasan” yang aman dan makmur dan bukannya sebagai sebuah regim yang ganas dan korup yang menyebabkan negara tersebut menjadi lebih miskin.

Satu dakwaan mengatakan Filipina adalah negara kedua terkaya selepas Jepun semasa di bawah regim Marcos. Penyemak fakta AFP merujuk kepada pakar yang mengatakan data ekonomi daripada era Marcos menunjukkan kisah yang sangat berbeza. Kadar pengeluaran dalam negara kasar jatuh daripada tempat ke-lima di Asia pada permulaan pemerintahan diktator tersebut kepada tempat ke-enam menjelang 1985 apabila negara tersebut terjunam ke dalam kegawatan ekonomi.

4. Tiada rompakan – Mahkamah tertinggi Filipina pada tahun 2003 mengatakan yang pendapatan sah Marcos dan isterinya, Imelda, sepanjang 20 tahun berkuasa adalah $304,372.43.

Namun, lebih daripada $658 juta telah ditemui di dalam akaun bank Swiss mereka, yang mana mahkamah telah mengarahkan supaya dipulangkan semula kepada kerajaan. Jumlah ini hanyalah sebahagian daripada $10 billion yang dianggarkan dirompak daripada kerajaan semasa pemerintahan regim Marcos.

5. Penindasan diringankan – Satu video yang mengelirukan yang dihantar ke Facebook dalam kempen pilihan raya 2022 cuba untuk meringankan keseriusan penindasan hak asasi manusia yang dilakukan dalam era pemerintahan Marcos sebelum ini.

Amnesty International menganggarkan pasukan keselamatan Marcos telah sama ada membunuh, menyeksa, mendera secara seksual, mencacatkan, atau menahan tanpa sebab, kira-kira 70,000 penentangnya.

Demi nasib demokrasi di Malaysia, rakyat Malaysia perlu menghayati dan merenung pengajaran untuk Malaysia dalam PRU-15 daripada Pemilihan Presiden Filipina yang akan berlangsung esok!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 8 Mei 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.