Pledge to fully support the DAP leadership but decline the CEC proposal to be DAP mentor


(Versi BM)

When I announced my political retirement at the DAP congress on March 20, 2022 it was a retirement from party elections and leadership, parliamentary and state assembly elections.

One cannot retire completely from politics unless one retires from life, for politics impinges on every aspect of one’s life.

I thank the new CEC members and the DAP Secretary-General Anthony Loke for the proposal for me to become “DAP mentor”. As a die-hard DAP worker, who had spent 56 years of my life to advance the cause of the DAP for Malaysia to be a world-class great country and seen the DAP metamorphose from a small opposition party in the sixties to become one of the leading political parties in Malaysia half a century later, I will always be available to offer my views and advice on the future of Malaysia and the DAP’s new direction.

There is however no need for any position, and I am therefore declining the CEC proposal to be DAP mentor. I have informed Anthony Loke a few days earlier of my decision – that he can expect my full support for his leadership as the sixth DAP Secretary-General although I have no party position.

When 56 years ago, there was the proposal that I became involved in the formation of the DAP, I had no second thoughts whatsoever.

We were driven by the idealism of wanting Malaysia to become a world-class great nation, as Malaysia has the potential and the capabilities to be a world-class great nation.

The DAP had always been a patriotic Malaysian party driven by the Malaysian Dream to a world-class great nation. We do not have a Malay Dream, Chinese Dream, Indian Dream, Kadazan Dream or Dayak Dream but a Malaysian Dream.

It is worth studying as to how a political movement committed to the welfare of all Malaysians could be demonised after half century into a party which was anti-Malay, anti-Islam and even communistic.

This is the power of negative propaganda, fake news and false allegations, but unless we can find the answer to such demonization, Malaysia will never achieve her potential to be a world-class great nation.

DAP had never been anti any race or religion because this is contrary to our basic beliefs that Malaysia is a plural and diverse multi-racial, multi-lingual , multi-religious and multi-cultural nation.

In my first speech in Parliament 51 years ago on February 23, 1971, I invited the government to produce a single instance from DAP speeches and statements to show that the DAP opposed efforts to raise the economic standard of living of the Malays.

I said: “We want to create a classless community of Malaysians based on fellowship, co-operation and service, where there is no exploitation of man by man, class by class or race by race.

“We support any measure which will help better the lot of the Malay poor. But we are strongly opposed to the use of Malay special rights to enrich the new Malay rich to make them richer, while the mass of peasantry and poor are exploited as ever.”

I decried pernicious and racialist doctrine equating economic disparity and imbalance with the racial division in the country and warned of dire consequences of any attempt to impose racial theories and solutions to basically economic problems by pitting one race against another, as it was a “monstrous falsehood” that “all the haves in Malaysia are non-Malays while the Malays are all the have-nots”.

Half a century later, I am still waiting for that “single instance” to show that the DAP is anti-Malay, anti-Islam – and of all things, the DAP has become “communist”!

In 1973, I even announced that we were preparing to form the Perak State government in the 1974 general election and I announced that Ibrahim Singgeh, then Perak State Assemblyman for Tapah Road, as Mentri Besar-designate.

We have gone through “hell and high water” to survive as a political party and transform from a small opposition party to one of the major political parties of today.

In the first general elections that DAP contested in 1969, we won 13 parliamentary and 31 state assembly seats. But unprecedented measures were taken during that period to fulfil the public prophecy of a top UMNO leader that DAP was “one foot in the grave” through a combination of political blackmail and political corruption. As a result, four of the 13 DAP MPs and 11 of the 31 DAP State Assemblymen of the 1969 batch defected became “political frogs”

That was why on March 21, 1978, I moved a private member’s bill in Parliament to ban party hopping by MPs requiring the vacancy of the seat and causing an by-election to be held, but I did not expect we have to wait for half a century to put it on the statute books.

This has still to be done but it shows the consistency of the DAP to ensure the political integrity of MPs, and I am leaning to the position that this could be done by amending Article 48 of the Constitution on the disqualification of MPs.

For the last three weeks since I announced my retirement from competitive politics, I have been mulling over the following questions:

  1. Is it possible to reverse the national decline of the last half a century, where we have lost out to Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam. Come 2040 or 2050, are we going to lose out to more countries, including Indonesia and the Philippines?
  2. Is it possible to reset the national policies of the last half a century, for instance the New Economic Policy, which was meant to last a span of 20 years but have lasted over half a century creating UMNO-putras while leaving the Malay masses as poor as ever.
  3. Can we convince Malaysians that Malaysia has only a future if we return to the founding principles of Malaysia and the Rukunegara – separation of powers, parliamentary democracy, rule of law, good governance, integrity, human rights, unity and solidarity?
  4. Is the Malaysian Dream for Malaysia to become a world-class great country an impossible dream?
  5. Will there be a second Malaysia Diaspora, with over a million of the best and brightest Malaysians regardless of class splattered all over the world in the first Malaysian Diaspora, to make other nations instead of Malaysia, world-class great nations?

The over-two-year Covid-19 Pandemic has delayed the take-off of the Second Malaysian Diaspora.

There are now signs that the Covid-19 Pandemic is coming to an end, replaced by the endemic phase. Today, the total global Covid-19 cases have just passed the 500 million mark.

For the second day since Feb. 5, 2022 under the Omicron wave, Malaysia reported less than 10,000 cases – 7,739 cases and 19 Covid-19 deaths. Even India, which at one time recorded 414,433 Covid-19 cases a day in May last year, reported three-digit daily cases yesterday.

In the post-Covid-19 pandemic, will the Second Malaysian Diaspora take off, where the best and brightest Malaysians opted to stay overseas instead of being at home to make Malaysia a world-class great nation confirming Malaysia in the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state?

Can we replace the despair and disillusionment with the democratic process starting with the Sheraton Move conspiracy with hope and vision for a New Malaysia as a world-class great nation?

I will leave the questions and challenges to the new CEC and the new generation of Malaysians.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri at the retirement “An Evening with LaoDa – Pursuing The Malaysian Dream” dinner with DAP Central Executive Committee (CEC) members and DAP MPs at Noble House, Kuala Lumpur on Tuesday, 12th April 2020)


Saya memberikan sokongan penuh kepada pimpinan DAP tetapi menolak cadangan CEC untuk menjadi mentor DAP

Semasa saya mengumumkan persaraan politik saya di Kongres DAP pada 20 Mac 2022, ia adalah satu persaraan daripada kepimpinan dan pemilihan dalam parti serta persaraan dari pilihan raya di peringkat parlimen dan juga negeri.

Seseorang itu tidak boleh untuk bersara sepenuhnya daripada politik, melainkan dia bersara sepenuhnya daripada kehidupan, kerana politik memberikan kesan kepada setiap aspek kehidupan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli CEC yang baharu dan juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke atas cadangan untuk menjadikan saya “mentor DAP”. Sebagai pekerja parti yang telah meluangkan 56 tahun hidup saya kepada perjuangan DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan melihat bagaimana DAP telah berubah daripada sebuah parti pembangkang yang kecil pada tahun 60-an kepada menjadi sebuah parti politik utama di Malaysia setengah abad kemudiannya, saya akan sentiasa ada untuk memberikan pandangan dan nasihat saya mengenai masa hadapan Malaysia dan hala tuju baharu DAP.

Tetapi, tidak ada keperluan untuk apa-apa kedudukan dan oleh itu, saya menolak cadangan CEC untuk menjadi mentor DAP. Saya telah memaklumkan Anthony Loke beberapa hari lebih awal mengenai keputusan saya ini – yang mana beliau akan menerima sokongan penuh saya terhadap pimpinannya sebagai Setiausaha Agung DAP yang keenam walaupun saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

56 tahun yang lalu, semasa ada cadangan untuk saya terlibat dalam pembentukan DAP, saya tidak berfikir panjang mengenai cadangan ini.

Kami didorong oleh idealisme yang mahukan Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, memandangkan Malaysia mempunyai potensi dan kebolehan untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

DAP sentiasa merupakan sebuah parti Malaysia yang patriotik, yang digerakkan dengan Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia. Kita tidak mempunyai Impian Melayu, Impian Cina, Impian India, Impian Kadazan, atau Impian Dayak, tetapi hanya satu Impian Malaysia.

Penting untuk dikaji, bagaimana sebuah gerakan politik yang komited terhadap kebajikan semua rakyat Malaysia, boleh dimomokkan selepas setengah abad sebagai sebuah parti yang kononnya anti-Melayu, anti-Islam, malah bersifat komunis.

Inilah kuasa propaganda negatif, berita palsu, dan fitnah, tetapi melainkan kita dapat mencari jawapan kepada tohmahan-tohmahan ini, Malaysia tidak akan mencapai potensinya untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

DAP tidak pernah anti kepada mana-mana kaum atau agama kerana perkara ini bertentangan dengan kepercayaan asas kami bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan kepelbagaian kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen, 51 tahun yang lalu pada 23 Februari 1971, saya telah menjemput kerajaan untuk menunjukkan satu bukti yang menunjukkan mana-mana ucapan atau kenyataan DAP yang menunjukkan DAP menentang usaha untuk meningkat taraf ekonomi kehidupan orang Melayu.

Saya katakan: “Kami mahu mencipta masyarakat Malaysia tanpa kelas yang berasaskan kepada setiakawan, kerjasama, dan khidmat, di mana tidak ada eksploitasi di antara sesama manusia, atau di antara kelas, atau kaum.

“Kami sokong apa-apa langkah yang membantu orang Melayu yang susah. Tetapi kami menentang keras penggunaan hak keistimewaan orang Melayu untuk mengayakan golongan kaya baru Melayu dengan menambah-nambah kekayaan mereka, sedangkan golongan marhaen dan miskin terus dieksploitasi.”

Saya menolak doktrin perkauman yang merosakkan yang telah menyamakan kesenjangan dan ketidakseimbangan ekonomi dengan garis perkauman di dalam negara, memberikan amaran mengenai kesan buruk yang akan timbul akibat cubaan untuk mengguna pakai teori dan penyelesaian masalah yang bersifat perkauman dengan melaga-lagakan satu kaum dengan kaum yang lain, kerana pemahaman yang semua yang senang adalah dalam kalangan bukan Melayu manakala semua yang susah adalah terdiri daripada orang Melayu adalah satu perkara yang amat salah.

Setengah abad kemudian, saya masih menunggu “satu bukti” yang menunjukkan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam – dan paling utama sekali, kononnya DAP ini “komunis”!

Pada tahun 1973, saya telah mengumumkan yang kami sedang bersedia untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak selepas pilihan raya umum 1974 dan saya mengumumkan Ibrahim Singgeh, Ahli Dewan Undangan Negeri Tapah Road sebagai calon Mentri Besar Perak.

Kita telah melalui perjuangan yang amat sukar untuk kekal bertahan sebagai sebuah parti politik dan berubah, daripada sebuah parti pembangkang yang kecil kepada salah satu parti politik utama hari ini.

Dalam pilihan raya umum pertama yang ditandingi DAP pada tahun 1969, kita telah memenangi 13 kerusi parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tetapi, langkah luar biasa telah diambil untuk memenuhi jangkaan seorang pemimpin UMNO yang mengatakan “sebelah kaki DAP kini sudah berada di dalam kubur” dengan kombinasi ugutan dan korupsi politik. Hasilnya, empat daripada 13 orang Ahli Parlimen dan 11 daripada 31 orang ADUN DAP ini telah mengkhianati parti dan menjadi “katak politik”.

Kerana inilah, pada 21 Mac 1978, saya telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk mengharamkan perbuatan melompat parti dengan memerlukan seseorang Ahli Parlimen untuk mengosongkan kerusinya dan memerlukan pilihan raya kecil diadakan, tetapi saya tidak sangkalah kita terpaksa menunggu sehingga setengah abad sebelum perkara ini menjadi undang-undang.

Perkara ini masih perlu dilakukan, tetapi ia menunjukkan kecekalan DAP untuk memastikan integriti politik para ahli parlimen, dan saya cenderung kepada pendirian bahawa perkara ini boleh dilakukan melalui pindaan Artikel 48 Perlembagaan yang menyentuh mengenai kehilangan kelayakan seseorang Ahli Parlimen.

Dalam tiga minggu yang lepas selepas saya mengumumkan persaraan politik saya, saya telah memikirkan mengenai perkara-perkara berikut:

1. Mungkinkah untuk kita memperbetulkan kemunduran yang telah dihadapi negara dalam setengah abad yang lepas, di mana kita ditinggalkan di belakang negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam. Menjelang 2040 atau 2050, adakah kita akan ditinggalkan di belakang lebih banyak negara, termasuklah Indonesia dan Filipina?

2. Bolehkan kita tetapkan semula dasar-dasar negara yang dibuat dalam setengah abad yang lepas, misalnya Dasar Ekonomi Baharu, yang diniatkan untuk berlangsung selama 20 tahun tetapi telah berterusan selama setengah abad langsung mencipta satu kelas UMNO-putra dan pada masa yang sama meninggalkan kebanyakan orang Melayu untuk terus kekal miskin?

3. Bolehkah kita yakinkan rakyat Malaysia bahawa negara kita hanya mempunyai masa hadapan yang cerah sekiranya kita kembali kepada prinsip penubuhan negara dan Rukunegara – pemisahan kuasa, demokrasi berparlimen, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti, hormat terhadap hak asasi manusia, perpaduan, dan solidariti?

4. Adakah Impian Malaysia untuk negara kita menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia ini satu impian yang mustahil untuk dicapai?

5. Adakah akan terjadinya Diaspora Malaysia Kedua, di mana sebelum ini lebih daripada sejuta rakyat Malaysia yang berbakat tanpa mengira kelas, tersepah ke serata dunia membentuk Diaspora Malaysia Pertama, menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia.

Pandemik Covid-19 selama dua tahun ini telah melengahkan fenomena Diaspora Malaysia Kedua ini.

Kini terdapat petanda yang menunjukkan yang pandemik ini semakin hampir kepada penghujungnya, digantikan dengan fasa endemik. Hari ini, jumlah kes terkumpul di seluruh dunia telah melepasi paras 500 juta kes.

Untuk hari kedua selepas 5 Februari 2022 di bawah gelombang penularan Omicron, Malaysia mencatatkan kurang daripada 10,000 kes – 7,739 kes dengan 19 kematian akibat Covid-19. Sedangkan India, yang pada suatu masa mencatatkan 414,433 kes pada bulan Mei tahun lepas, mencatatkan hanya tiga angka kes Covid-19 semalam.

Dalam dunia pasca pandemik Covid-19, adakah kita akan menyaksikan fenomena Diaspora Malaysia Kedua, di mana rakyat Malaysia yang berbakat memilih untuk tinggal di luar negara dan bukannya di Malaysia untuk menjadikan negara kita sebuah negara hebat yang bertaraf dunia, menetapkan negara kita ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara yang gagal?

Bolehkah kita gantikan kekecewaan dan perasaan putus asa terhadap proses demokrasi yang timbul akibat Langkah Sheraton ini dengan harapan dan visi untuk sebuah Malaysia baharu sebagai sebuah negara hebat yang bertaraf dunia?

Saya tinggalkan persoalan dan cabaran ini kepada barisan pimpinan CEC yang baharu dan juga generasi baharu rakyat Malaysia.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di majlis makan malam persaraan “Sepetang bersama LaoDa – Mengejar Impian Malaysia” bersama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) dan Ahli-ahli Parlimen DAP di Noble House, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 12 April 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.