Malaysia needs a new MACC Chief Commissioner who has one important KPI – to ensure that China and Indonesia do not overtake Malaysia in TI CPI whether before 2025 or 2030


(Versi BM)

Another reason why Azam Baki must relinquish his post as MACC Chief Commissioner is that apart from Argentina, Turkey, Mexico and Venezuela, Malaysia has a lower score in Transparency International (TI) Corruption Perception Index ( CPI) 2021 than the 14 countries it had beaten in the original 1995 TI CPI 27 years ago.

In 1995, TI surveyed 41 countries while in 2021, 180 countries were surveyed. From 1995-2011, the maximum score was 10 points but from 2012 onwards, the maximum score was altered to 100 points.

In 1995, Malaysia scored 5.28 points out of 10 and ranked No. 23 out of 41 countries. After 27 years, apart from four countries of Argentina, Turkey, Mexico and Venezuela, it has a lower score in the TI CPI 2021 than the 14 countries it had beaten in the original 1995 CI CPI, with the score and within bracket the ranking for the respective country:

Nation 1995 2021
TI CPI TI CPI
Malaysia 5.28 23 48 62
Argentina 5.24 24 38 96
Taiwan 5.08 25 68 26
Spain 4.35 26 61 35
South Korea 4.29 27 62 32
Hungary 4.12 28 43 74
Turkey 4.10 29 38 101
Greece 4.04 30 49 59
Colombia 3.44 31 39 88
Mexico 3.18 32 31 125
Italy 2.99 33 56 42
Thailand 2.79 34 35 114
India 2.78 35 40 85
Philippines 2.77 36 33 119
Brazil 2.7 37 38 97
Venezuela 2.66 38 14 177
Pakistan 2.25 39 28 142
China 2.16 40 45 66
Indonesia 1.94 41 38 98

In countries where there is integrity and accountability, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner would have handed in his resignation at the atrocious TI CPI 2020/2021 reports where Malaysia fell five points in score and 11 points in ranking in two years.

For nearly one month, Malaysia was convulsed in government and parliamentary paralysis by what is best termed Azam-gate where the country’s chief anti-corruption officer failed to be a prime example of integrity, probity and accountability with his shareholding scandal.

The hope that Malaysia might become one of the world’s top 30 countries in public integrity by 2030 under the Pakatan Harapan government was destroyed by the Sheraton Move conspiracy on Feb. 26, 2020 and we have now the sorry TI CPI 2020/2021 reports.

The country was promised that under the former UMNO-BN regime in the last decade that Malaysia would achieve the target to be in the top 30 countries in the world in public integrity and anti-corruption.

Studying the TI CPI ranking and score for the 24-year series of TI CPI from 1995-2018, there was no ground for anyone to believe that the target of Malaysia being ranked in the top 30 countries of TI CPI 2020 could be achieved.

Countries which had been down on the list of the TI CPI ranking in the first series in 1995, like China, Thailand, India and Indonesia, were fast catching up to Malaysia’s level, which had regressed since 1995.

Fortunately, this trajectory was stopped when the Pakatan Harapan government took over, and in the TI CPI 2019, Malaysia achieved the best TI CPI performance in 25 years with a single-year improvement of six points for TI CPI score and 10 placings for TI CPI ranking – a ranking of No. 51 and score of 53 out of the 100.

Now we are back on the slippery slope of corruption as before the 14th General Election on May 9, 2018 and the worst is yet to come from Azam-gate and worsening of the system of integrity in public life.

From the TI CPI records of the Najib administration from 2010-2018, it is likely that China would have overtaken Malaysia in the TI CPI series before 2030.

This was stopped by the 14th General Election in 20118 as the 22-month Pakatan Harapan government made it quite an impossible task for China to overtake Malaysia in TI CPI reports.

But with the Sheraton Move conspiracy and the two backdoor Muhyiddin and Ismail Sabri governments, China may overtake Malaysia in both TI CPI score and ranking by 2025 as China’s present score is 45 compared to Malaysia’s 48 out of 100.

The same applies to Indonesia.

Transparency International-Malaysia (TI-M) president Muhammad Mohan had warned that Indonesia was “improving slowly” over the past few years and Malaysia should be careful as “one day Indonesia may overtake us”.

In the TI CPI 2021, Indonesia is ranked No. 96 with a score of 38 as compared to Malaysia’s rank of 62 and score of 48.

The sad scenario of Indonesia overtaking Malaysia may come about before 2030 if Malaysia continues to regress in anti-corruption while Indonesia continues to make progress on this front.

If Malaysia does not buck up in the anti-corruption front, it is not inconceivable that Indonesia may even overtake Malaysia in the TI CPI before 2025!

Malaysia needs a new MACC Chief Commissioner who has one important key performance indicator (KPI) – to ensure that China and Indonesia do not overtake Malaysia in TI CPI whether before 2025 or 2030.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 28th January 2022)


Malaysia memerlukan seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang mempunyai satu KPI penting – untuk memastikan China dan Indonesia tidak mengatasi kedudukan negara kita dalam TI CPI sama ada sebelum 2025 atau 2030

Satu lagi sebab mengapa Azam Baki mesti melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah hakikat di mana selain Argentina, Turki, Mexico dan Venezuela, Malaysia mempunyai markah yang lebih rendah dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 berbanding 14 negara yang telah ditewaskannya dalam TI CPI 1995 yang diterbitkan 27 tahun yang lalu.

Pada tahun 1995, TI meninjau 41 negara manakala pada tahun 2021, 180 negara telah ditinjau. Dari 1995-2011, skala markah maksimum adalah 10 mata tetapi dari tahun 2012 dan seterusnya, skala markah ini telah diubah kepada 100 mata.

Pada tahun 1995, Malaysia memperoleh 5.28 per 10 mata dan menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara. Selepas 27 tahun, selain daripada empat negara Argentina, Turki, Mexico dan Venezuela, Malaysia mencatatkan markah yang lebih rendah dalam TI CPI 2021 berbanding 14 negara yang telah dikalahkan dalam indeks asal pada tahun 1995, seperti yang ditunjukkan di bawah, berserta dengan kedudukan dalam indeks di dalam kurungan:

Negara 1995 2021
TI CPI TI CPI
Malaysia 5.28 23 48 62
Argentina 5.24 24 38 96
Taiwan 5.08 25 68 26
Sepanyol 4.35 26 61 35
Korea Selatan 4.29 27 62 32
Hungary 4.12 28 43 74
Turki 4.10 29 38 101
Greece 4.04 30 49 59
Colombia 3.44 31 39 88
Mexico 3.18 32 31 125
Itali 2.99 33 56 42
Thailand 2.79 34 35 114
India 2.78 35 40 85
Filipina 2.77 36 33 119
Brazil 2.7 37 38 97
Venezuela 2.66 38 14 177
Pakistan 2.25 39 28 142
China 2.16 40 45 66
Indonesia 1.94 41 38 98

Di negara yang mempunyai integriti dan akauntabiliti, Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah tentu akan menyerahkan peletakan jawatannya atas laporan TI CPI 2020/2021 yang begitu buruk, di mana kedudukan negara kita jatuh 11 anak tangga dan 5 markah dalam masa dua tahun.

Selama hampir sebulan, Malaysia dilanda kelumpuhan kerajaan dan parlimen akibat skandal Azam apabila ketua pegawai anti-rasuah negara itu gagal menjadi contoh integriti, kejujuran dan akauntabiliti berhubung dakwaan pegangan saham yang dihadapinya.

Harapan bahawa Malaysia boleh menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dunia dalam soal integriti menjelang 2030 di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah dimusnahkan oleh Langkah Sheraton pada 26 Februari 2020 dan kini kita terpaksa pula menerima keputusan corot dalam TI CPI 2021.

Negara telah dijanjikan bahawa di bawah bekas rejim UMNO-BN pada dekad lalu bahawa Malaysia akan mencapai sasaran untuk berada dalam 30 negara teratas dunia dalam soal integriti dan pembanterasan rasuah.

Mengkaji kedudukan dan markah TI CPI untuk siri 24 tahun TI CPI dari 1995-2018, tiada alasan untuk sesiapa percaya bahawa sasaran Malaysia berada dalam kedudukan 30 negara teratas TI CPI 2020 boleh dicapai.

Negara-negara yang telah turun dalam senarai penarafan TI CPI dalam siri pertama pada tahun 1995, seperti China, Thailand, India dan Indonesia, pantas mengejar kedudukan Malaysia, yang telah mengalami kemunduran sejak 1995.

Mujurlah, trajektori ini dihentikan apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, dan dalam TI CPI 2019, Malaysia mencapai prestasi TI CPI terbaik dalam tempoh 25 tahun dengan peningkatan enam mata untuk skor TI CPI dan kenaikkan 10 anak tangga dalam ranking TI CPI – kedudukan ke-51 dan skor 53 daripada 100.

Kini kita kembali terjerumus ke dalam kancah rasuah seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan perkara buruk bakal berlaku akibat daripada skandal Azam dan kemerosotan sistem integriti dalam kehidupan awam.

Daripada rekod TI CPI semasa pentadbiran Najib dari 2010-2018, berkemungkinan China akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI sebelum 2030.

Perkara ini telah dihentikan oleh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 kerana kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan menyukarkan China untuk memintas Malaysia dalam laporan TI CPI.

Tetapi dengan konspirasi Langkah Sheraton dan terbentuknya dua kerajaan pintu belakang yang dipimpin Muhyiddin dan Ismail Sabri, China mungkin akan mengatasi kedudukan Malaysia dalam kedua-dua markah dan kedudukan dalam indeks TI CPI menjelang 2025 kerana sedia ada pun, markah China ada 45 berbanding dengan 48 di Malaysia.

Begitu juga dengan Indonesia.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan telah memberi amaran bahawa Indonesia “bertambah baik secara perlah-lahan” sejak beberapa tahun lalu dan Malaysia harus berhati-hati kerana “suatu hari nanti Indonesia mungkin akan mengatasi kita”.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan No. 96 dengan skor 38 berbanding kedudukan Malaysia 62 dan skor 48.

Senario menyedihkan Indonesia mengatasi Malaysia mungkin berlaku sebelum 2030 jika Malaysia terus mundur dalam pencegahan rasuah manakala Indonesia terus membuat kemajuan dalam bidang ini.

Jika Malaysia tidak bangkit dalam barisan anti-rasuah, tidak dapat dibayangkan bahawa Indonesia mungkin akan mengatasi Malaysia dalam TI CPI sebelum 2025!

Malaysia memerlukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang mempunyai satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang penting – untuk memastikan China dan Indonesia tidak mengatasi Malaysia dalam TI CPI sama ada sebelum 2025 atau 2030.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 28 Januari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.