When can the Prime Minister Ismail Sabri catch up with Malaysians who are now worried about the swirling scandal involving the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Azam Baki while he is still only seemingly concerned about the floods disasters last month.
The one-day Special Parliament on the floods disasters yesterday did not prove that Ismail is really concerned about the floods disasters, because he did not return to Parliament in the winding up of the Special Parliament yesterday.
Can Ismail Sabri tell Malaysians what he was doing that was more important than returning to Parliament in the winding-up of the Special Parliament on the floods disasters?
What was proved yesterday was that Malaysia has a Prime Minister who is very slow to respond to crisis facing the country.
What is Ismail Sabri’s position on the No. 1 crisis in the country – the Azam-gate – which had been the top news in the country for more than three weeks?
Does the Prime Minister really believe Azam Baki – whether he lied or not, whether the Securities Commission has really cleared him or not, whether his case had been referred to the Attorney-General or not or whether he had committed contempt against Parliament or not – is the best example in the public service of integrity, probity and accountability?
If so, something is very rotten with Malaysia!
How did Malaysia come to such a sorry pass in half a century of nationhood and after nine Prime Ministers, beginning life with such promise that Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman dreamt of Malaysia as “a haven of peace, harmony and happiness” and “a beacon of light in a difficult and distracted world”.
In the past half a century, Malaysia has failed to be “a beacon of light”: to Malaysians, how could we be a “beacon of light” to the world?
From nearly becoming a “tiger” economy, we have seen one nation after another overtaking us – Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam.
Are we to continue in this trajectory of national decline in the coming decades with more countries behind us overtaking Malaysia like Indonesia and the Philippines?
What is being done to buck up for Malaysia to take its place as a world-class great nation instead of a being a sick nation punching below its weight and whose ambassadorial appointments are rejected by other countries, something never happened before?
This is why Malaysians are concerned about the Azam-gate crisis, because Malaysians do not want the country to relapse to a kleptocracy and corruption so rampant as to destroy Malaysia’s potential to recover to be a world-class great nation!
Malaysia has a jumbo-sized Cabinet, validating an international study that on average, the more developed a country is, the smaller the cabinet.
We have Ministers with astounding intellectual prowess who could see lions in the Malaysia and spout strange theory that orang-utans in Malaysia would “kill you first” when they encounter human beings, rather than vice versa.
There are others who think that corruption is no offence provided the corrupt is a Muslim.
In the House of Commons this week, a Conservative Member of Parliament crossed the floor of the House of Commons to sit with Keir Starmer’s Labour Party MPs, declaring in a letter to the British Prime Minister Boris Johnson that he was “incapable of offering the leadership and government this country deserves”.
Nobody in UK called him a “frog” who had hopped parties because was prepared to be sold to the highest bidder in the market-place, as would be in the case in Malaysia – accepting his party defection as one based on political principles and not monetary self-interest.
Malaysia has a long way to go to buck up to join the ranks of the world-class great nations instead of the band of mediocre and failed nations forever in decline because of kleptocracy and kakistocracy.
What is Malaysia’s fate on its Centennial in 2063?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 21st January 2022)
Bilakah Perdana Menteri Ismail Sabri yang hanya sekarang kelihatan peduli mengenai bencana banjir bulan lepas akan menyedari yang rakyat kini sedang bimbang mengenai skandal tentang Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki
Bilakah Perdana Menteri Ismail Sabri yang hanya sekarang kelihatan peduli mengenai bencana banjir bulan lepas akan menyedari yang rakyat kini sedang bimbang mengenai skandal tentang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Sidang Parlimen Khas sehari mengenai bencana banjir semalam tidak membuktikan Ismail benar-benar prihatin dengan bencana banjir, kerana beliau tidak datang kembali ke Parlimen untuk penggulungan Sidang Khas semalam.
Bolehkah Ismail Sabri memberitahu rakyat Malaysia apa yang beliau lakukan yang lebih penting berbanding dengan hadir semula ke Parlimen untuk penggulungan Sidang Khas mengenai bencana banjir?
Apa yang dibuktikan semalam ialah Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat lambat bertindak balas terhadap kemelut yang dihadapi negara.
Apakah pendirian Ismail Sabri mengenai krisis No. 1 di negara ini – skandal Azam Baki – yang menjadi berita utama dalam negara selama lebih tiga minggu?
Adakah Perdana Menteri benar-benar percaya kepada Azam Baki – sama ada dia telah berbohong atau tidak, sama ada Suruhanjaya Sekuriti telah benar-benar membersihkan namanya atau tidak, sama ada kesnya telah dirujuk kepada Peguam Negara atau tidak atau sama ada dia telah melakukan penghinaan terhadap Parlimen atau tidak – adakah beliau ini contoh terbaik yang berintegriti, berwibawa dan bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam?
Jika ya, ada suatu perkara yang amat rosak dengan Malaysia!
Bagaimanakah Malaysia kini berada di satu peringkat yang amat menyedihkan selepas setengah abad penubuhan negara, selepas bertukar ganti sembilan orang Perdana Menteri, sebuah negara yang memulakan hidup dengan impian sebagai “tempat selamat penuh keamanan, keharmonian, dan kegembiraan” dan juga sebagai “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dicitakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Dalam setengah abad yang lepas, Malaysia telah gagal menjadi “sinar cahaya” kepada rakyat Malaysia, bagaimanakah kita boleh menjadi “sinar cahaya” kepada seluruh dunia?
Daripada hampir menjadi sebuah “harimau” ekonomi, kita telah melihat satu demi satu negara mengatasi kita – Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.
Adakah kita akan meneruskan trajektori kemerosotan negara ini pada dekad akan datang dengan lebih banyak negara di belakang kita mengatasi Malaysia seperti Indonesia dan Filipina?
Apakah usaha yang sedang dilakukan untuk menyokong usaha Malaysia mengambil tempatnya sebagai negara hebat bertaraf dunia dan bukannya negara sakit yang membongkok di bawah beratnya sendiri, di mana pelantikan dutanya ditolak oleh negara lain, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini?
Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia bimbang tentang krisis Azam ini, kerana rakyat Malaysia tidak mahu negara itu kembali menjadi sebuah kleptokrasi dengan rasuah yang berleluasa sehingga memusnahkan potensi Malaysia untuk pulih menjadi negara hebat bertaraf dunia!
Malaysia mempunyai Kabinet bersaiz gergasi, mengesahkan kajian antarabangsa bahawa secara purata, semakin maju sesebuah negara, semakin kecil kabinetnya.
Kami mempunyai Menteri-menteri dengan kehebatan intelektual yang mengagumkan yang boleh melihat singa di Malaysia dan mengeluarkan teori aneh bahawa orang-utan di Malaysia akan “membunuh anda dahulu” apabila mereka bertemu dengan manusia, dan bukannya sebaliknya.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa rasuah tidak menjadi kesalahan dengan syarat yang melakukan rasuah adalah orang Islam.
Di Dewan Rakyat United Kingdom minggu ini, seorang Ahli Parlimen Konservatif melintas lantai Dewan Rakyat untuk duduk bersama Ahli Parlimen Parti Buruh Keir Starmer, mengisytiharkan dalam surat kepada Perdana Menteri Britain Boris Johnson bahawa dia “tidak layak untuk memimpin dan menjadi kerajaan untuk negara ini”.
Tidak ada sesiapa pun di UK yang memanggilnya “katak” yang melompat parti kerana kepentingan sendiri, berbeza dengan situasi di Malaysia – sebaliknya orang ramai menerima pertukaran partinya sebagai satu tindakan berasaskan prinsip politik dan bukan kepentingan harta benda peribadi.
Malaysia masih mempunyai perjalanan yang panjang sebelum kita dapat menyertai kumpulan negara-negara hebat bertaraf dunia dan bukannya untuk kekal sebagai sebuah negara yang tiada kehebatan yang akan terus gagal akibat kleptokrasi dan kakistokrasi.
Apakah nasib Malaysia menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2063?
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP untuk Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 21 Januari 2022)