The unanimous two-thirds majority in Parliament on Tuesday, 14th December 2021 for the passage of the 2021 Constitution Amendment Bill is historic but it is only the first step to restore to Sabah and Sarawak their rights and status fully agreed by the Malaysia Agreement in 1963
For half-a-century, the people of Sabah and Sarawak were denied their rights to full Malaysian citizenship, such as their rights to equitable financial allocations, true state autonomy especially on education and health, fair apportionment of oil funds and right to development resources were neglected.
Sabah and Sarawak joined in the corruption game and became two of the most corrupt states in the country, but their governments were allowed to abuse their immigration autonomy rights to deny West Malaysians entry for legitimate political activities, and in the process, a few became super-rich while the ordinary Sabahans and Sarawakians became very poor.
This state of affairs had gone on for half-a-century and should be rectified.
The Pakatan Harpaan government tried to rectify it with a constitutional amendment in 2019, but it failed to secure two-thirds parliamentary majority and could not become the law of the land.
The 2021 Constitution Amendment Bill secured two-thirds parliamentary approval last Tuesday, 14th December 2021, and this was why I interrupted my campaigning for the Sarawak general election and flew back to Kuala Lumpur from Sibu to support the passage of the Constitution Amendment Bill 2021 with two-thirds parliamentary majority.
But what happened in Parliament last Tuesday was only the first step in the restoration of the lost rights of the people Sabah and Sarawak in the last half-a-century, and there is much work to be done.
I suggest that the Sabah and Sarawak State Assemblies should set up a Joint Sabah-Sarawak State Assemblies Committee to Restore Sabah-Sarawak rights according to Malaysia Agreement 1963 which should present a list of reparation actions which must be acted on by the Federal Government and to demand compensation from the Federal Government for half-a-century of neglect.
The Sabah leaders who voted in support of the 1976 Constitution Amendment Bill which downgraded Sabah and Sarawak from regions to states included Ganie Gilong and Said Keruak of Sabah and Abdul Rahman Yacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, Patrcik Uren and Luhat Wan from Sarawak.
The only opposition votes came from nine Members of Parliament from the DAP.
History has proven DAP right and the Sabah and Sarawak government leaders in 1976 wrong – but the people and Sabah and Sarawak paid a heavy price in the past half-a-century in their lost rights.
And history has gone on to prove that DAP were in the forefront to champion the rights of the peoples of Sabah, Sarawak and Malaysia in our vision to make Malaysia a world-class great nation.
I became the first Member of Parliament to raise the Keningau Batu Sumpah in Parliament in Marchj 2010 (47 years after Sabah formed Malaysia) and called for Royal Commission of Inquiry (RCI) on Sabah and Sarawak in Malaysia and Batu Sumpah’s Three Pledges, namely:1. Ugama Bebas dalam Sabah; 2. Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah and 3. Adat istiadat anak rakyat Sabah dihormatkan dan dipelihara.
The Oath Stone was erected in front of Keningau District Office here in the 1960s, as a historical monument that served to assure the Sabahans that their rights to religious freedom, land, culture and customs were guaranteed and would continue to be protected by the Federal Government after Sabah became a part of Malaysia.
But this was not done and was neglected for half-a-century.
As a result of the historic 2021 Constitution Amendment Bill last Tuesday, many measures must be taken to restore the lost rights of the people of Sabah and Sarawak in the last half-a-century.
Some writers have asked how to describe Sabah and Sarawak – whether as states, region, territories or entities.
This process must be worked out. For instance, is the Conference of Rulers affected, or whether there will be a new conference involving Malaya, Sabah and Sarawak.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kota Kinabalu on Saturday, 18th December 2021)
Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak perlu menubuhkan Jawatankuasa Bersama Dewan Undangan Negeri Sabah-Sarawak untuk Menuntut Semula Hak Sabah-Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan menuntut pampasan daripada Kerajaan Persekutuan untuk pengabaian selama setengah abad.
Majoriti dua pertiga sebulat suara di Parlimen pada hari Selasa, 14 Disember 2021 untuk meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 adalah bersejarah tetapi ia hanya langkah pertama untuk memulihkan hak dan status Sabah dan Sarawak sepenuhnya kepada yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia pada 1963.
Selama setengah abad, rakyat Sabah dan Sarawak dinafikan hak kerakyatan Malaysia penuh mereka, seperti hak mereka untuk mendapatkan peruntukan kewangan yang saksama, autonomi negeri terutamanya dalam pendidikan dan kesihatan, pembahagian dana minyak yang adil dan hak untuk sumber pembangunantelah diabaikan.
Sabah dan Sarawak ditarik ke dalam kancah rasuah dan menjadi dua negeri paling korup di negara ini, tetapi kerajaan mereka dibenarkan menyalahgunakan hak autonomi imigresen mereka untuk menafikan kemasukan rakyat Malaysia Barat untuk aktiviti politik yang sah, dan dalam proses itu, beberapa orang politik mereka mengumpul kekayaan yang tidak masuk akal sedangkan rakyat Sabah dan Sarawak terus kekal miskin.
Keadaan ini telah berlangsung selama setengah abad dan harus diperbetulkan.
Kerajaan Pakatan Harapan cuba memperbetulkan keadaan ini dengan pindaan perlembagaan pada tahun 2019, tetapi ia gagal memperoleh majoriti dua pertiga di parlimen.
Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 mendapat kelulusan dua pertiga parlimen pada hari Selasa lepas, 14 Disember 2021, dan inilah sebabnya saya hentikan kempen saya untuk pilihan raya umum Sarawak dan terbang pulang ke Kuala Lumpur dari Sibu untuk menyokong dan meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 dengan majoriti dua pertiga parlimen.
Tetapi apa yang berlaku di Parlimen Selasa lalu hanyalah langkah pertama dalam memulihkan hak rakyat Sabah dan Sarawak yang hilang dalam setengah abad yang lalu, dan banyak kerja yang perlu dilakukan.
Saya mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak perlu menubuhkan Jawatankuasa Bersama Dewan Undangan Negeri Sabah-Sarawak untuk Mengembalikan hak Sabah-Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu mengemukakan senarai tuntutan ganti rugi yang mesti diambil tindakan oleh Kerajaan Persekutuan dan untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan Persekutuan kerana pengabaian selama setengah abad.
Pemimpin Sabah yang mengundi menyokong Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1976 yang menurunkan Sabah dan Sarawak dari wilayah ke negeri termasuk Ganie Gilong dan Said Keruak dari Sabah dan Abdul Rahman Yacob, Taib Mahmud, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Edmund Langgu, Patrick Uren dan Luhat Wan dari Sarawak.
Hanya sembilan Ahli Parlimen daripada DAP yang membangkang RUU ini.
Sejarah telah membuktikan DAP betul dan pemimpin kerajaan Sabah dan Sarawak pada 1976 salah – tetapi rakyat dan Sabah dan Sarawak membayar harga yang tinggi dalam setengah abad yang lalu dalam kehilangan hak mereka.
Dan sejarah telah membuktikan bahawa DAP berada di barisan hadapan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah, Sarawak dan Malaysia dalam visi kami untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Saya menjadi Ahli Parlimen pertama yang membangkitkan Batu Sumpah Keningau di Parlimen pada Mac 2010 (47 tahun selepas Sabah membentuk Malaysia) dan menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Tiga Ikrar Batu Sumpah, iaitu: 1. Ugama Bebas dalam Sabah; 2. Tanah dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan Sabah dan 3. Adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara.
Batu Sumpah telah didirikan di hadapan Pejabat Daerah Keningau di sini pada tahun 1960-an, sebagai monumen bersejarah yang memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa hak kebebasan beragama, tanah, budaya dan adat mereka terjamin dan akan terus dilindungi oleh Kerajaan Persekutuan selepas Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Tetapi perkara ini tidak dilakukan dan diabaikan selama setengah abad.
Hasil daripada Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 2021 yang bersejarah pada Selasa lalu, banyak langkah perlu diambil untuk memulihkan hak rakyat Sabah dan Sarawak yang hilang dalam tempoh setengah abad yang lalu.
Beberapa penulis telah bertanya bagaimana untuk menggambarkan Sabah dan Sarawak – sama ada sebagai negeri, wilayah, kawasan atau entiti.
Proses ini mesti diusahakan. Sebagai contoh, adakah Majlis Raja-Raja terjejas, atau adakah akan ada persidangan baharu melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kota Kinabalu pada hari Sabtu 18 Disember 2021)