Call on Sarawakian voters tomorrow to stand up and lead Malaysians in “Battle for New Malaysia 2.0” in the next 40 and 50 years to make Malaysia a world-class great nation


(Versi BM)

The 12th Sarawak general election on Dec. 18, 2021 has turned out to be the most important Sarawak general election in the history of Malaysia although it started off as an ordinary state general election.

Tuesday, Dec. 14, 2021 changed the whole scenario as on that day the Federal Constitution was amended with the unanimous support of Members of Parliament on both sides of the aisle to undo the injustices of the 1976 Constitution Amendment Act which made Sarawakians lose their rights under Malaysia Agreement 1963 for half-a-century in terms of fair financial allocations, meaningful state autonomy especially in education and health, fair apportionment of oil funds and equitable development prospects.

But all these injustices were stopped on Dec. 14, 2021, which saw the Federal Constitution amended to revert to the original position where Sarawak was one of the three entities – together with Sabah and Malaya – which formed Malaysia in 1963 instead of becoming one of the 13 Malaysian states.

But what happened in Parliament on Dec. 14 only the first step in a long journey to restore the rights and interests of Sarawakians as promised in MA63.

DAP had been proved right by history, as the nine DAP MPs were the only Members of Parliament to vote against the 1976 Constitution Amendment Bill, but Sarawak paid heavily in terms of lost rights for close to half-a-century.

One of the challenges of the new Sarawak State Assembly which will be elected tomorrow is to claim fair compensation from the Federal government for the half-a-century of neglect, which caused two to three generations of Sarawakians to lose full citizenship rights with regard to fair financial allocations, meaningful state autonomy especially in education and health, fair apportionment of oil funds and equitable development prospects.

But all these changes would not be possible if not for the 14th General Election where Pakatan Harapan ended UMNO’s political hegemony for nearly half-a-century, where Sarawak government leaders had to kowtow to UMNO’s wishes – and this was the real reason for the 1976 Constitution Amendment Act which reduced Sarawak from one of the three entities which formed Malaysia to one of the 13 Malaysian states.

That was the Battle for a New Malaysia 1.0, where the DAP was involved from our formation in 1966 to 2018.

Now we must be prepared for the Battle for a New Malaysia 2.0 to ensure that in four or five decades’ time, Malaysia can become a world-class great nation.

The unanimous vote in Parliament on 14th December to amend the Federal Constitution to restore Sarawak’s original position should give hope to many that one must not surrender to despair and despondency, that however bleak the prospects appear to be, it is possible to turn things around and to start anew provided we have the stamina, perseverance and grit for a long-term political struggle, lasting decades and not just years.

In the past half-a-century, Malaysia has been losing out to other nations, overtaken first by Taiwan, then South Korea, Singapore and Vietnam and if we do not buck up, we will lose out to other nations in the coming decades – including Indonesia.

We must launch the Battle for a New Malaysia 2.0, which may take three or four decades for Malaysia to achieve the status of a world-class great nation.

This can be done provided Malaysians have the vision and the stamina for such an objective, and I call on the voters of Sarawak tomorrow to provide the leadership in such a commitment when they cast their vote in the Sarawak general election.

GPS leaders are quite confident that they will return as the Sarawak state government, even with two-thirds majority.

I urge the voters of Sarawak not to split their votes and unite behind the DAP go deny GSP two-thirds majority by voting for at least 28 Pakatan Harapan Assemblypersons in the new Sarawak State Assembly tomorrow.

(Media Conference Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at DAP Sarawak Hqrs in Kuching on Friday, 17th December 2021` at 1 pm)


Seruan kepada pengundi di Sarawak esok untuk bangkit dan mengetuai “Perjuangan Malaysia Baharu 2.0” untuk 40 ke 50 tahun akan datang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia

Pilihan raya umum Sarawak ke-12 pada 18 Dis 2021 telah menjadi pilihan raya umum Sarawak yang paling penting dalam sejarah Malaysia walaupun ia bermula sebagai pilihan raya umum negeri biasa.

Selasa, 14 Dis 2021 mengubah keseluruhan senario kerana pada hari itu Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan sokongan sebulat suara Ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak untuk menamatkan ketidakadilan Pindaan Perlembagaan 1976 yang menyebabkan rakyat Sarawak kehilangan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 selama setengah abad dari segi peruntukan kewangan yang adil, autonomi negeri yang bermakna terutamanya dalam pendidikan dan kesihatan, pembahagian hasil minyak yang adil dan prospek pembangunan yang saksama.

Tetapi semua ketidakadilan ini telah dihentikan pada 14 Disember 2021, yang menyaksikan Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk kembali kepada kedudukan asal di mana Sarawak adalah salah satu daripada tiga entiti – bersama Sabah dan Malaya – yang membentuk Malaysia pada 1963 dan bukannya menjadi salah satu daripada 13 negeri Malaysia.

Tetapi apa yang berlaku di Parlimen pada 14 Disember ini hanyalah langkah pertama dalam perjalanan panjang untuk memulihkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak seperti yang dijanjikan dalam MA63.

DAP telah dibuktikan betul dalam sejarah, di mana hanya sembilan orang Ahli Parlimen DAP yang mengundi menentang Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 1976, tetapi Sarawak telah menanggung bebannya dengan kehilangan hak selama hampir setengah abad.

Salah satu cabaran Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu yang akan dipilih esok ialah menuntut pampasan yang adil daripada kerajaan Persekutuan untuk pengabaian selama setengah abad, yang menyebabkan dua ke tiga generasi rakyat Sarawak kehilangan hak kerakyatan penuh berkaitan peruntukan kewangan yang adil, autonomi negeri yang bermakna terutamanya dalam pendidikan dan kesihatan, pembahagian dana minyak yang saksama dan prospek pembangunan yang saksama.

Tetapi semua perubahan ini tidak mungkin berlaku jika tidak kerana Pilihan Raya Umum ke-14 di mana Pakatan Harapan menamatkan hegemoni politik UMNO selama hampir setengah abad, di mana pemimpin kerajaan Sarawak terpaksa akur kepada kehendak UMNO – dan inilah sebab sebenar 1976 Akta Pindaan Perlembagaan yang mengurangkan Sarawak daripada satu daripada tiga entiti yang membentuk Malaysia kepada satu daripada 13 negeri Malaysia.

Itulah Pertempuran untuk Malaysia Baharu 1.0, di mana DAP terlibat dari pembentukan kita pada 1966 hingga 2018.

Kini kita mesti bersedia untuk Pertempuran Malaysia Baharu 2.0 untuk memastikan dalam masa empat atau lima dekad, Malaysia boleh menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Undian sebulat suara di Parlimen pada 14 Disember untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memulihkan kedudukan asal Sarawak seharusnya memberi harapan kepada ramai bahawa seseorang itu tidak boleh menyerah kalah dan berputus asa, bahawa walau bagaimana suram sekalipun masa hadapan kita dilihat, masih ada harapan untuk kita mengubah keadaan dengan permulaan baharu dengan syarat kita mempunyai stamina, ketabahan dan ketabahan untuk perjuangan politik jangka panjang, berpuluh tahun dan bukan hanya bertahun-tahun.

Dalam tempoh setengah abad yang lalu, Malaysia telah kalah kepada negara lain, terlebih dahulu diatasi oleh Taiwan, kemudian Korea Selatan, Singapura dan Vietnam dan jika kita tidak bangkit, kita akan kalah kepada negara lain dalam dekad akan datang – termasuklah Indonesia.

Kita perlu melancarkan Perjuangan Malaysia Baharu 2.0, yang mungkin mengambil masa tiga atau empat dekad untuk Malaysia mencapai status negara hebat bertaraf dunia.

Ini boleh dilakukan dengan syarat rakyat Malaysia mempunyai visi dan stamina untuk objektif sebegitu, dan saya menyeru pengundi Sarawak esok untuk memberikan kepimpinan dalam komitmen sedemikian apabila mereka membuang undi dalam pilihan raya umum Sarawak.

Pemimpin GPS cukup yakin mereka akan kembali sebagai kerajaan negeri Sarawak, mungkin dengan majoriti dua pertiga.

Saya menggesa pengundi Sarawak supaya tidak memecahbelahkan undi dan bersatu di belakang DAP menafikan majoriti dua pertiga untuk GPS dengan mengundi sekurang-kurangnya 28 Adun Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu esok.

(Kenyataan Sidang Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Ibu Pejabat DAP Sarawak, Kuching pada hari Jumaat, 17 Disember 2021 jam 1 tengahari)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.