We can agree or disagree with the modus operandi but Malaysians must be concerned about the need for a reset of national policies and institutions if we are not to end up as a failed state near Malaysia’s Centennial in 2057


(Versi BM)

The proposal by Nazir Razak, the youngest brother of former Prime Minister Najib Razak, and 54 other prominent Malaysians for a reset of national policies and institutions has created a lot of waves, some agreeing while others quite dubious about the initiative.

While we can agree or disagree with the modus operandi of the proposal, Malaysians must be concerned about the need for a reset of national policies and institutions if we are not to end up as a failed state near Malaysia’s Centennial in 2057.

I congratulate Malaysiakini reporter Wong Kah Hui for winning this year’s prestigious Thomson Foundation Young Journalist Award chosen from among 200 entrants from 55 countries.

It is an affirmation that Malaysian talents are second to none in the world and there is no reason why Malaysia cannot be a world-class great nation as we are at the confluence of four great civilisations – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – if are able to leverage on their values and virtues to create a great Malaysian civilization.

But it cannot be denied that in the past half a century, we have lost our way and one nation after another has overtaken us, whether in international competitiveness, good governance or having an effective and efficient government.

The 22-month Covid-19 Pandemic should be a mirror of Malaysia’s fall from the highest international standards to the extent that we are losing out to Indonesia.

In the last ten days, for instance, Malaysia recorded 52,015 Covid-19 cases and 432 Covid-19 deaths while Indonesia recorded 3,407 Covid-19 cases and 95 Covid-19 deaths.

Even the new Health Minister, Khairy Jamaluddin, could not explain the reasons for Malaysia losing out to Indonesia in handling the Covid-19 pandemic.

Nazir and 54 prominent Malaysians have given their reason for Malaysia straggling behind other nations:

“Our prevailing system remains essentially the one designed in the early 1970s, following deliberations by the National Consultative Council (NCC). Reforms such as amendments to the Sedition Act and affirmative action were innovative ways to cater to the needs of the nation at that time.

“But these reforms were not designed to last indefinitely, and, in the case of the New Economic Policy (NEP), a 20-year term limit was set. This national reset took place over 50 years ago, and even though so much has changed for Malaysia and Malaysians, the system remains substantially in place.

“In its early years, the new system was largely successful, bringing much needed political stability, accelerating economic growth, reducing poverty and rebalancing wealth between communities.

“But the system also had negative side effects, namely heightened corruption, the hardening of identity politics and concentration of power, which grew in prominence as the system was prolonged. These negative side effects feed on each other and are at the heart of Malaysia’s systemic dysfunctions today.”

Why have Malaysia’s great plans in the past, including Vision 2020, 1Malaysia and the latest Keluarga Malaysia concept of Prime Minter Ismail Sabri, failed to achieve Malaysia’s objective to be a world-class great nation?

If Malaysia is to regain its lost glory, we must find the reasons for Malaysia’s decline in the past half-a-century so that we can be back on track to become a world-class great nation before Malaysia’s Centennial in 2057.

(Media statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 30th November 2021)


Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju mengenai cara dan bentuknya, tetapi rakyat Malaysia wajar menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara jika kita tidak mahu menjadi sebuah negara yang gagal menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan Malaysia pada 2057

Cadangan Nazir Razak, adik bongsu kepada mantan Perdana Menteri Najib Razak, dan 54 rakyat Malaysia terkemuka lain untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara telah menimbulkan banyak reaksi, ada yang bersetuju manakala yang lain agak meragui tentang inisiatif itu.

Walaupun kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan cara dan bentuk cadangan tersebut, rakyat Malaysia wajar menunjukkan keprihatinan tentang keperluan untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara jika kita tidak mahu berakhir sebagai sebuah negara gagal menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan Malaysia pada 2057.

Saya mengucapkan tahniah kepada wartawan Malaysiakini Wong Kah Hui kerana memenangi Anugerah Wartawan Muda Yayasan Thomson yang berprestij tahun ini yang dipilih daripada 200 peserta dari 55 negara.

Ia adalah satu penegasan bahawa bakat Malaysia tiada tolok tandingannya di dunia dan tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia kerana Malaysia adalah titik pertemuan empat tamadun besar – Melayu/Islam, Cina, India dan Barat – jika mampu memanfaatkan nilai-nilai murni empat tamadun tersebut untuk melahirkan tamadun Malaysia yang hebat.

Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam setengah abad yang lalu, kita telah kehilangan arah dan satu demi satu negara telah mengatasi kita, sama ada dalam daya saing antarabangsa, tadbir urus yang baik atau mempunyai kerajaan yang berkesan dan cekap.

Pandemik Covid-19 yang berpanjangan selama 22 bulan sepatutnya menjadi cerminan kejatuhan Malaysia daripada piawaian tertinggi antarabangsa sehingga kita tewas kepada Indonesia.

Dalam tempoh sepuluh hari terakhir, misalnya, Malaysia merekodkan 52,015 kes Covid-19 dan 432 korban Covid-19 manakala Indonesia mencatatkan 3,407 kes Covid-19 dan 95 korban Covid-19.

Malah Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, tidak dapat menjelaskan punca Malaysia tewas kepada Indonesia dalam menangani wabak Covid-19.

Nazir dan 54 rakyat Malaysia terkemuka telah memberikan alasan mereka mengapa Malaysia ketinggalan berbanding negara lain:

“Sistem lazim kita pada dasarnya kekal yang direka pada awal 1970-an, berikutan perbincangan oleh Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC). Pembaharuan seperti pindaan Akta Hasutan dan tindakan afirmatif adalah cara inovatif untuk memenuhi keperluan negara pada masa itu.

“Tetapi pembaharuan ini tidak direka untuk bertahan selama-lamanya, dan dalam kes Dasar Ekonomi Baru (DEB), had penggal 20 tahun telah ditetapkan. Tetapan semula nasional ini berlaku lebih 50 tahun yang lalu, dan walaupun begitu banyak yang telah berubah untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, sistem itu kekal dengan ketara.

“Pada tahun-tahun awalnya, sistem baharu itu sebahagian besarnya berjaya, membawa kestabilan politik yang amat diperlukan, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan mengimbangi semula kekayaan antara masyarakat.

“Tetapi sistem itu juga mempunyai kesan sampingan yang negatif, iaitu peningkatan rasuah, pengerasan politik identiti dan penumpuan kuasa, yang semakin menonjol apabila sistem itu berpanjangan. Kesan sampingan negatif ini memberi kesan kepada satu sama lain dan merupakan nadi kepada disfungsi sistemik Malaysia hari ini.”

Mengapakah rancangan hebat Malaysia pada masa lalu, termasuk Wawasan 2020, 1Malaysia dan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Ismail Sabri baru-baru ini, gagal mencapai objektif Malaysia untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia?

Jika Malaysia ingin mendapatkan semula kejayaannya yang hilang, kita mesti mencari punca kemerosotan Malaysia dalam tempoh setengah abad yang lalu supaya kita boleh kembali ke landasan untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia sebelum menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan Malaysia pada 2057.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 30 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.