Najib Razak has undoubtedly the largest election war chest in the country and has bought over many operatives to serve his cause to return as 10th Prime Minister of Malaysia in the 15GE


(Versi BM)

What a contrast – one brother asking for a reset of national policies and institutions and another brother dreaming about returning as the 10th Prime Minister of Malaysia.

Undoubtedly, Najib Razak has the largest election war chest in the country and has bought over many operatives to serve his cause to return as the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15th General Election.

In the initiative started by Nazir Razak and 54 others for a reset of national policies and institutions to realize the original aspirations of becoming a nation of Malaysians, there is recognition that there had been “negative side effects” of the nation-building policies in the past half-a-century which has led to “heightened corruption, the hardening of identity politics and concentration of power” which “feed on each other and are at the heart of Malaysia’s systemic dysfunction today”.

The signatories for a “Better Malaysia Assembly” said Malaysia suffered more from Covid-19 pandemic in both healthcare and economic terms than their counterparts in most nations – endemic corruption, political instability, slow economic growth, high talent outflow and persistent inter-communal tensions.

Malaysia must reset its nation-building policies if we are to arrest the process where one country after another is overtaking us, whether in international competitiveness or in establishing good governance in the country especially in the war against corruption.

We have lost out to Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam – and if we do pull ourselves up by the bootstraps, we will be overtaken by Indonesia.

Recently, a political analyst wrote about “The Dark Forces Changing Malaysian Society”, and one of these “dark forces” identified is “Corruption”, where 1MDB scandal is described as “only the tip of the iceberg”.

The return of Najib as the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15th general election will be against all ideas of a reset of national policies and institutions – in fact kill all possibility of the country becoming a world-class great nation by before Malaysia’s Centennial in 2057.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 26th November 2021)


Najib Razak sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan telah mengupah banyak pihak dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada PRU-15

Sungguh berbeza – adik meminta penetapan semula dasar dan institusi negara dan abangnya pula bermimpi untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Tidak dinafikan, Najib Razak sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan telah mengupah ramai orang dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam inisiatif yang dimulakan oleh Nazir Razak dan 54 yang lain untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara bagi merealisasikan aspirasi asal menjadi sebuah negara milik semua rakyat Malaysia, terdapat pengesahan terhadap “kesan sampingan negatif” daripada dasar pembinaan negara dalam setengah abad yang lalu yang telah membawa kepada “rasuah yang semakin meningkat, pengerasan politik identiti dan penumpuan kuasa” yang “memakan antara satu sama lain dan menjadi nadi kepada ketimpangan sistemik Malaysia hari ini”.

Penandatangan “Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik” berkata Malaysia lebih menderita akibat pandemik Covid-19 dalam kedua-dua aspek penjagaan kesihatan dan ekonomi berbanding rakan sejawatan mereka di kebanyakan negara – rasuah endemik, ketidakstabilan politik, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, aliran keluar bakat yang tinggi dan ketegangan antara kaum yang berterusan.

Malaysia mesti menetapkan semula dasar pembinaan negara jika kita mahu menghentikan proses di mana satu demi satu negara mengatasi kita, sama ada dalam daya saing antarabangsa atau dalam mewujudkan tadbir urus yang baik di negara ini terutamanya dalam perang menentang rasuah.

Kita telah tewas kepada Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam – dan jika kita tidak bangkit, kita akan dipintas oleh Indonesia.

Baru-baru ini, seorang penganalisis politik menulis mengenai “The Dark Forces Changing Malaysian Society”, dan salah satu daripada “dark forces” yang dikenal pasti ialah “Corruption (rasuah)”, di mana skandal 1MDB digambarkan sebagai “bahagian kecil daripada masalah yang lebih besar” (a tip of the iceberg) .

Kembalinya Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam pilihan raya umum ke-15 akan menimbulkan konflik terhadap semua idea penetapan semula dasar dan institusi negara – malah memadam semua kemungkinan negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia menjelang Seratus Tahun Malaysia pada tahun 2057.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 26 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.