One lesson of the Malacca general election


(Versi BM)

There are many lessons to be drawn from the Malacca general election last Saturday but it is counter-productive to zero in on any personality by putting all the blame and faults on him, in this case the Pakatan Harapan leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

First, there is a need for a change of political mindset by all political leaders.

The days of political hegemony by UMNO should be ended by the May 9, 2018 general election where Pakatan Harapan toppled a seemingly invincible UMNO-hegemonised Barisan Nasional (BN), but the Malacca general election of 20th November 2021 seemed to herald a return of UMNO’s political hegemony.

This is not the case as can be seen by the votes secured by the three coalitions from the total votes cast – Barisan Nasional 38.39% or 122,741 votes; Pakatan Harapan 35.65% or 113.968 votes; Perikatan Nasional 24.47 or 78,220 votes.

Political analyst Bridget Welsh has debunked two interpretations of the Malacca General Elections, firstly, that UMNO had returned to its hegemonic past when this was not the case as illustrated by the 38.39% of the votes it secured in the Malacca general election although this led to its gain of five seats to 18 from 13; and secondly, the political come-back of MCA and MIC which won two and one seats respectively, when in fact, MCA lost ground marginally, from 10 per cent to 8 per cent while MIC kept to its 1% of votes when compared to the 14th General Election.

We are in new political situation where no political party can exercise political hegemony but the coalition political mindset has still to be developed as the political mindset is still set as if political hegemony of a single political party exists.

Although the Pakatan Harapan government should be the first to explore the new coalition politics mindset in Malaysia, it failed to do so and was mired in the hegemonic mould of the Barisan Nasional of the past half-a-century.

The Prime Minister of a coalition of equals like the Pakatan Harapan should operate differently from the Prime Minister of a Barisan Nasional based on UMNO political hegemony, but this mindset continued in the 22-month Pakatan Harapan government from May 2018 – February 2020.

In a coalition based on the hegemony of one political party, the Prime Minister decides on everything subject to the acceptance level of the other component parties.

In a coalition of equals, the Prime Minister would have to consult and secure the agreement of the other component parties on the Minister to be appointed, the Ministry to be allocated and the policy to be followed by the coalition government.

The confession by Muhyiddin Yassin during the Malacca general election campaign highlighted that in the “hegemony” mould of the coalition government, it was possible for component parties of the coalition to work at cross-purpose from the coalition objectives, like the arrest and incarceration of elected representatives of component parties on trumped-up charges of terrorist links with Sri Lankan Tamil Tigers.

The coalition mind-set can only be developed under the Pakatan Harapan coalition and not the hegemony-based coalition of the Barisan Nasional.

Pakatan Harapan should also accept an unanimity rule for decision-making by its presidential council.

Such a rule would avoid the Pakatan Harapan blunder like accepting “political frogs”, which was decisively rejected in the Malacca general election.

Pakatan Harapan should never lose the moral high ground of integrity, public service before self and being Malaysian First in a multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural nation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 22nd November 2021)


Satu pengajaran daripada PRN Melaka

Terdapat banyak pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung Sabtu lepas. Tetapi, cubaan untuk meletakkan semua kesalahan ke atas mana-mana individu, dalam kes ini, pemimpin Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, adalah satu cubaan yang tidak produktif.

Pertamanya, perlu ada perubahan gaya pemikiran politik oleh semua pemimpin politik.

Era hegemoni politik UMNO sepatutnya sudah tamat pada pilihan raya umum 9 Mei 2018 di mana Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional yang didominasi UMNO, tetapi PRN Melaka pada 20 November 2021 ini seakan-akan menunjukkan kedatangan semula hegemoni politik UMNO.

Perkara ini tidaklah benar dan dapat dilihat daripada undi yang diraih daripada ketiga-tiga gabungan politik — di mana Barisan Nasional meraih 38.39% atau 122,741 undi, Pakatan Harapan dengan 35.65% atau 113,968 undi, dan Perikatan Nasional dengan 24.47% atau 78,220 undi.

Penganalisa politik, Bridget Welsh, telah membongkarkan dua tafsiran PRN Melaka, pertamanya bahawa UMNO telah kembali ke era hegemoninya sebelum ini sedangkan perkara ini tidak tepat seperti yang dilihat daripada hanya 38.39% peratusan undian yang diraihnya walaupun perkara ini membawa kepada pertambahan lima kerusi, daripada 13 ke 18 kerusi; dan keduanya kononnya MCA dan MIC kini berjaya kembali ke arena politik selepas memenangi dua dan satu kerusi masing-masing, sedangkan MCA kehilangan sokongan di lapangan, daripada 10 peratus ke 8 peratus undian, manakala MIC mengekalkan kadar sokongannya pada 1% berbanding dengan Pilihan Raya Umum 14.

Kita kini berada dalam situasi politik baharu di mana tidak ada parti politik yang boleh mempunyai hegemoni politik, tetapi pada masa yang sama, gaya fikir sebagai sebuah gabungan masih perlu dibangunkan memandangkan ramai yang masih menggunakan pemikiran hegemoni politik lama.

Walaupun kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menjadi yang pertama untuk menerokai gaya fikir politik gabungan di Malaysia, ia telah gagah untuk berbuat demikian lalu terperangkap dalam acuan politik hegemoni yang diamalkan Barisan Nasional selama setengah abad yang lepas.

Seorang Perdana Menteri untuk gabungan saksama seperti Pakatan Harapan patut bertugas dengan cara berbeza dengan berbanding dengan seorang Perdana Menteri Barisan Nasional yang didominasi UMNO, tetapi pemikiran ini berterusan dalam 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir daripada Mei 2018 sehingga Februari 2020.

Dalam satu gabungan dengan hegemoni sesebuah parti, Perdana Menteri membuat keputusan mengikut tahap penerimaan parti komponen yang lain.

Dalam satu gabungan yang saksama pula, Perdana Menteri perlulah berunding dan mencapai persetujuan parti komponen yang lain mengenai pelantikan Menteri, pengagihan Kementerian, dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan.

Pengakuan Muhyiddin Yassin semasa kempen PRN Melaka menunjukkan dalam acuan “hegemoni” kerajaan gabungan ini, ada kemungkinan untuk parti komponen untuk bergerak dengan cara yang menyimpang daripada matlamat bersama gabungan tersebut, seperti penangkapan dan penahanan wakil rakyat parti komponen atas tuduhan dibuat-buat berkenaan dengan aktiviti keganasan Tamil Tigers di Sri Lanka.

Pemikiran politik gabungan ini hanya boleh dicapai di bawah Pakatan Harapan dan bukanlah Barisan Nasional yang berteraskan hegemoni sesebuah parti.

Pakatan Harapan juga perlu mengguna pakai peraturan untuk persetujuan sebulat suara dalam Majlis Presidennya.

Perkara seperti ini akan mengelakkan Pakatan Harapan daripada membuat kesilapan seperti menerima “katak politik” yang telah ditolak bulat-bulat dalam PRN Melaka.

Pakatan Harapan tidak boleh hilang kedudukan moral, integriti, khidmat demi rakyat dan bukannya diri sendiri dan juga pada masa yang sama perlulah melihat diri kita semua pertamanya sebagai Rakyat Malaysia dalam masyarakat yang berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 22 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.