Malacca General Election the most extraordinary of the 22 general elections in my experience – an election where physical campaigning is banned


(Versi BM)

The Malacca General Election is the most extraordinary of the 22 general elections in my experience in the last 56 years – an election where all forms of physical campaigning are banned.

I have gone through 12 national general elections, nine Sarawak state general elections and countless by-elections but this is the first time that we have an election where there are no public rallies, ceramahs, talks and walkabouts – which put the Opposition parties at a great disadvantage.

Nobody can be certain what would be the outcome of the Polling Day tomorrow.

First. will the Malacca general election produce the lowest voter turnout in Malaysian electoral history?

The Covid-19 pandemic produced a 30% voter turnout in Jordan and 29% voter turnout in Algeria. Will it be the same in the Malacca general election?

Or will the Malaccan voters produce a “miracle” with over 70% or 80% voter turnout?

There are signs that the voters of Malacca are realising that the Malacca general election is not about “political frogs” but whether Malaysia can overcome the injustices and failures of the past half-a-century, pull itself up by the bootstraps, and unite all Malaysians regardless of race, religion and region to become a world-class great nation by the time Malaysia celebrates its centennial (100-year birthday) in 2057.

But do we have enough time for Malaccans to shake off the disappointment, despondency, hopelessness and desolation to renew confidence and hope by tomorrow about the future for the sake of our children and children’s children?

Secondly, what will be the outcome of the Malacca general election tomorrow?

Will Pakatan Harapan be able to win at least 15 seats and Adly Zahari return as Malacca Chief Minister?

Will Perikatan Nasional (PN) be wiped out in the Malacca general election, even affecting the position of the Prime Minister, Ismail Sabri, making him the Malaysian Prime who served a shorter term than Muhyiddin Yassin?

Will Barisan Nasional win the majority of the seats marking a creeping return of kleptocracy and Najib Razak’s political come-back, in view of Najib’s premier UMNO role in the Malacca general election?

Or will there be a hung Malacca State Assembly, with no coalition able to secure a majority to form the Malacca state government?

We will have to wait for the outcome of the Malacca general election tomorrow.

During the Malacca general election, I re-visited the Hang Tuah well and wondered what befell the Malacca empire five hundred years ago will again happen to Malacca and Malaysia – corruption the culprit that led to the ruination of the nation.

My visit to the Sam Tiong Keng temple in Semabok, Malacca was quite memorable for I encountered Wen Tiansiang, the poet-politician of the Southern Song dynasty, who is prepared to die instead of betraying his loyalty by pledging fealty to a new dynasty

I have been guided all my life by Wen Tianxiang’s immortal words “All men are mortal but my loyalty will illuminate the annals of history forever” and have never compromised my loyalty to Malaysia to make it an united and world-class great nation.

Wen Tiansiang owed his loyalty to the Song dynasty in China but I owed my loyalty to Malaysia, where I was born, educated and will die in Malaysia.

This is why I have thrice declined conferment of titles on me, because political leaders must set an example of “politics for the nation” and not “politics for oneself” – which had been set by a great son of Malacca, Tun Ghafar Baba who accepted titles after he retired from active politics.

I always believe that Malaysia, at the confluence of four great human civilisations – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – must leverage on the values and virtues of these four great civilisations to be a world-class great nation.

Malaysia is Instant Asia and this should not be just a slogan to attract tourists all over the world to Malaysia but be the very essence of life in Malaysia.

The Malacca general election must be the first step of a long journey to make everyone in Malaysia possess the spirit of Malaysian First if we are to succeed in our mission to make Malaysia a world-class great nation bv 2057.

We must make all Malaysians, regardless of whether Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Iban or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikkhist, Taoist be Malaysian First. This is not going to be a simple or easy job.

Pakatan Harapan government in its 22 months had made a number of mistakes, thinking that it had five years to fulfil its election promises.

Now, from the confessions of Muhyiddin Yassin during the Malacca general election, we know there were forces inside the Pakatan Harapan government which were working at cross-purpose from the Pakatan Harapan election manifesto.

For instance, I had wondered why there was inordinate delay in the DAP nomination of Syahredzan Johan as a Senator although the decision was taken in September 2019, and it was one of the decisions which were nullified by the Sheraton Move conspiracy in Feb. 2020.

I had the opportunity to revisit Cheng Hoon Teng Temple in Malacca, a 350-year oldest temple in the country. In 1984, it was in the eye of a political storm when the Malacca State Government decided the demolish the 12,500 graves on Bukit China.

DAP launched a “Save Bukit China campaign” and although many naysayers at the time said it was a hopeless task as nothing could stop the Malacca State Government from demolishing the cemetery hill for commercial development, the DAP Save Bukit China campaign succeeded because of great support of the people of Malac ca and Malaysia.

If we can save Bukit China in 1984, there is no reason why a Save Malaysia and Transform It into a World-Class Great Nation by Malaysia’s centennial in 2057 cannot succeed.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Malacca on Friday, 19th November 2021)


Pilihan raya negeri Melaka adalah pilihan raya paling luar biasa dalam banyak-banyak 22 pilihan raya yang pernah saya terlibat — pilihan raya di mana kempen fizikal dilarang sama sekali

Saya telah menempuh 12 pilihan raya umum, sembilan pilihan raya negeri Sarawak dan begitu banyak pilihan raya kecil, namun inilah kali pertama di mana kita mempunyai sebuah pilihan raya yang tiada perhimpunan awam, ceramah dan “walkabout” — yang meletakkan parti-parti pembangkang di kedudukan yang merugikan.

Tiada siapa yang mengetahui tentang keputusan pilihan raya esok.

Pertama, adakah kita akan menyaksikan jumlah peratusan keluar mengundi paling rendah dalam sejarah pilihan raya Malaysia?

Jumlah peratusan keluar mengundi di Jordan jatuh ke paras 30% sementara Algeria pula menyaksikan hanya 29% rakyatnya yang layak mengundi keluar mengundi, semua ini akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Adakah perkara yang sama akan berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka?

Atau adakah pengundi Melaka akan membuat kejutan dengan 70% atau 80% daripada mereka yang layak mengundi akan turun untuk mengundi calon pilihan mereka?

Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa pengundi Melaka sedar bahawa pilihan raya negeri Melaka bukanlah hanya berlegar dalam ruang isu “katak politik” semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah tentang sama ada Malaysia mampu untuk mengatasi kegagalan yang dialami negara sejak setengah abad yang lalu, bangkit semula, dan menyatukan semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan wilayah untuk menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang tahun 2057.

Namun, cukupkah masa untuk rakyat Melaka melupakan dengan segera rasa kekecewaan dan putus asa dengan memperbaharui semula keyakinan dan harapan mereka menjelang hari pengundian esok demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita?

Kedua, apakah keputusan daripada pilihan raya Melaka esok? Adakah Pakatan Harapan mampu menang sekurang-kurangnya 15 kerusi dan Adly Zahari kembali menjadi Ketua Menteri Melaka?

Adakah Perikatan Nasional (PN) akan kecundang dalam pilihan raya negeri Melaka, sehingga menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Ismail Sabri, menjadikan beliau Perdana Menteri dengan tempoh perkhidmatan paling singkat berbanding Muhyiddin Yassin?

Adakah Barisan Nasional akan memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan, sekaligus menjadi petanda kembalinya kleptokrasi dan Najib Razak, mengambil kira peranan Najib dalam pilihan raya negeri Melaka.

Atau adakah Dewan Undangan Negeri Melaka akan tergantung, di mana tiada satu pun gabungan yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Melaka.

Semua ini akan terjawab selepas kita mendapat keputusan pilihan raya negeri Melaka esok.

Semasa kempen pilihan raya negeri Melaka, saya berkesempatan melawat semula telaga Hang Tuah dan terfikir adakah kejatuhan empayar Melaka lima ratus tahun lalu akan berlaku kembali di Melaka dan Malaysia secara keseluruhannya — rasuah, punca yang menyebabkan keruntuhan negara.

Lawatan saya ke tokong Sam Tiong Keng di Semabok, Melaka memberikan kesan yang mendalam terhadap saya, kerana saya mendapat penyair-ahli politik Weng Tianxiang, dari Dinasti Song Selatan, merupakan tokoh bersejarah tokong ini. Beliau dikenali dengan semangat berani mati daripada mengkhianati kesetiaanku dengan menyerahkan jiwanya kepada dinasti baharu.

Sepanjang hidup saya dipandu oleh kata-kata Wen Tianxiang, “Semua orang akan mati, tetapi kesetiaan saya akan menerangi catatan sejarah buat selama-lamanya” dan saya tidak pernah berkompromi dengan kesetiaan saya terhadap Malaysia untuk menjadikannya negara hebat berkelas dunia.

Wen Tianxiang setia kepada Dinasti Song di China, dan saya pula kekal setia kepada Malaysia, tanah di mana saya lahir, dididik, dan akhirnya akan mati di sini.

Kerana inilah saya kembali ke Malaysia seminggu selepas saya diundi sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka, walaupun saya dinasihati untuk kekal di luar negara sehingga kekecohan akibat rusuhan Mei 13 1969 reda kerana saya berada dalam senarai hitam yang terdiri daripada mereka yang akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi, tempat saya adalah di Malaysia, bukan mana-mana tempat lain.

Ini sebabnya mengapa saya telah tiga kali menolak penganugerahan darjah kebesaran, kerana bagi saya; pemimpin politik harus memegang prinsip “politik demi negara” dan bukannya “politik demi kepentingan sendiri” — yang pernah dilakukan sendiri oleh anak jati Melaka, Tun Ghafar Baba yang hanya menerima penganugerahan pangkat selepas beliau bersara daripada politik.

Saya sentiasa percaya yang Malaysia ini merupakan titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan kita perlu memanfaatkan nilai-nilai murni empat tamadun hebat ini.

Malah negara kita ini boleh dikira sebagai gambaran menyeluruh Asia, dan perkara ini tidak seharusnya hanya menjadi tarikan pelancong, sebaliknya menjadi asas kehidupan di Malaysia.

Pilihan raya negeri Melaka harus menjadi langkah pertama dalam perjalanan panjang untuk semua rakyat Malaysia menjiwai semangat “Malaysian First” jika kita benar-benar mahu berjaya dalam misi kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2057.

Kita harus memastikan semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Ismail, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao menjiwai semangat “Malaysian First” meskipun ia bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan membuat beberapa kesalahan, fikir yang mereka mempunyai masa selama lima tahun untuk melunaskan semua janji pilihan raya.

Kini, menerusi pengakuan Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya negeri Melaka, kita tahu bahawa terdapat desakan yang kuat dari dalam kerajaan Pakatan Harapan yang cuba untuk membelakangi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Sebagai contoh, saya tertanya-tanya mengapa ada kelewatan dalam mencalonkan Syahredzan Johan dari DAP untuk jawatan Senator sedangkan keputusan itu telah diambil pada September 2019, dan ia adalah salah satu keputusan yang tidak dapat direalisasikan akibat daripada konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Saya mendapat peluang untuk melawat semula Tokong Cheng Hoon Teng di Melaka, sebuah tokong berusia 350 tahun yang tertua di negara ini. Pada 1984, ia menyaksikan “ribut politik” susulan tindakan kerajaan negeri Melaka yang membuat keputusan untuk memusnahkan 12,500 kubur di Bukit Cina.

DAP melancarkan “kempen Bukit Cina” dan meskipun ramai yang menentang ketika itu dengan mengatakan ia tidak punya harapan kerana mereka beranggap tiada apa yang dapat menghalang keputusan kerajaan negeri Melaka untuk memusnahkan kawasan perkuburan lereng bukit untuk tujuan pembangunan komersial, kempen Selamatkan Bukit Cina yang dicetuskan DAP telah beraya atas berkat sokongan rakyat Melaka dan Malaysia secara amnya.

Jika kita boleh menyelamatkan Bukit Cina pada 1984, tiada sebab kita tidak boleh menyelamatkan Malaysia dan menjadikan negara tercinta ini sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahunnya yang ke-100 pada tahun 2057.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Melaka pada hari Jumaat, 19 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.