I have been guided all my life by Wen Tianxiang’s immortal words “All men are mortal but my loyalty will illuminate the annals of history forever” and have never compromised my loyalty to Malaysia to make it a world-class great nation


(Versi BM)

Two days ago, I visited the Sam Tiong Keng temple in Semabok, Malacca which is in the Banda Hilir state constituency where we are fielding Malacca DAPSY Deputy Chief Leong Chau Yan.

I was in for a surprise as the main historic figure the temple was dedicated to was Wen Tianxiang, the poet-politician of the Southern Song dynasty, who chose death instead of betrayal of his loyalty to Kublai Khan and the Yuan dynasty.

I have been guided all my life by Wen Tianxiang’s immortal words “All men are mortal but my loyalty will illuminate the annals of history forever” and have never compromised my loyalty to Malaysia to make it a world-class great nation.

Wen Tiansiang owed his loyalty to the Song dynasty in China but I owed my loyalty to Malaysia, where I was born, educated and will die in Malaysia.

This was why I came back to Malaysia a week after I was first elected Member of Parliament on Bandar Melaka, although I was advised to stay abroad until the storm of the May 13, 1969 riots blew over because I was on the blacklist to be arrested under the Internal Security Act. But y place was in Malaysia and not elsewhere.

That was why I had three times in my political life proposed a political moratorium as every Malaysian must be Malaysian first, and not Malay first, Chinese first, Indian first, Kadazan first or Iban first.

The first time was during my first Internal Security Act detention when on 5th August 1969, I wrote a letter from the Muar Detention Centre to the then Prime Minister, Tunku Abdul Rahman “not as a party politician but as a Malaysian nationalist” and conveyed to him my anxieties for the future of Malaysia.

I said that the result of May 10, 1969 General Election was the people’s verdict for democracy, as against the MCP campaign of boycott of elections. There was joy and expectancy after the results, not to deprive anyone of his or her rights but at the new hope to work for a more just, equal and fulfilling society.

I appealed to Tunku at the moment of the nation’s trial to “rise above party politics and think only of the long-term national interests” and proposed a political moratorium for all political parties.

To ensure communal harmony and goodwill and the development of a Malaysian consciousness and identity transcending racial ties and affinities, I proposed the establishment of a Royal Commission of Inquiry to probe into “the entire gamut of racial problems in Malaysia with the view to seek long-term solutions”.

The second time was one day before my second Internal Security Act detention and I made the proposal in Parliament during the debate on the 1988 Budget on October 26, 1987 – a day before the Operation Lalang mass arrests were launched.

I proposed a one-year moratorium for all political parties where no racial, language, cultural or religious issues would be created or raised for everyone to concentrate on the national priority of achieving economic recovery and growth.

The third time was during the Covid-19 pandemic when on June 17, 2021, I called for a political moratorium where there was only one national priority – to win the war against the Covid-19 pandemic and to ensure that the Covid-19 fatalities did not exceed 5,000 deaths.

From a country which was doing quite well in the war against the Covid-19 pandemic, Malaysia had suddenly become one of the world’s top worst performing nations in the Covid-19 pandemic.

When we celebrated our 63rd National Day on August 31, 2020 eight months after the start of the Covid-19 pandemic, we had cumulative totals of 9,340 Covid-19 cases and 127 Covid-19 deaths.

Now, 14 months later, we have cumulative totals of nearly 2.6 million Covid-19 cases and nearly 30,000 deaths.

This is why we should end the crazy upsurge of Covid-19 cases and deaths, which we have succeeded in doing after the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) between Prime Minister Ismail Sabri and the Pakatan Harapan, but the decrease of Covid-19 cases and deaths are agonisingly slow, even when compared to nations with larger populations like Indonesia, Philippines, India and China.

Before I visited the Sam Tiong Keng temple, I was at Hang Tuah’s grave with the DAP candidate for Duyong, Damien Yeo.

Malaysians must be inspired by the examples of Wen Tiansiang and Hang Tuah to make Malaysia a world-class great nation.

I always believe that Malaysia, at the confluence of four great human civilisations – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – must leverage on the values and virtues of these four great civilisations.

Malaysia is Instant Asia – this should not be just a slogan to attract tourists all over the world to Malaysia but should be the very essence of life in Malaysia.

This is why we have the five Rukun Negara principles of Malaysian nation-building to achieve unity among Malaysians, preserve a democratic way of life to create a just society where the prosperity of the nation can be enjoyed together in a fair and equitable manner, while guaranteeing a liberal approach towards our diverse and rich traditional heritage and forging ahead towards a progressive society that will make use of science and modern technology.

These objectives are crystalised into five nation-building Rukun Negara principles, viz:

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
4. RULE OF LAW
5. COURTESY AND MORALITY

Malaysia’s trouble is that while in the seventies and eighties, the five Rukun Negara nation-building principles are taught to all students and engraved on walls of all schools, universities and important public areas, we have now Cabinet Ministers in the last two “backdoor” and illegitimate governments who do not subscribe or accept all these five nation-building Rukun Negara principles leading to the banning of liquor and gambling in Malaysia.

We must now emulate the example of Wen Tianxiang and Hang Tuah to make Malaysia a world-class great nation.

(Last article in eight-part series by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on “My Years in Malacca” on Thursday 18th November 2021)


Sepanjang hidup saya dipandu oleh kata-kata Wen Tianxiang, “Semua orang akan mati, tetapi kesetiaan saya akan menerangi catatan sejarah buat selama-lamanya” dan saya tidak pernah berkompromi dengan kesetiaan saya terhadap Malaysia untuk menjadikannya negara hebat berkelas dunia

Dua hari lepas, saya telah melawat Tokong Sam Tiong Keng di Semabok, Melaka, yang berada dalam kerusi DUN Bandar Hilir di mana DAP mencalonkan Timbalan Ketua DAPSY Leong Chau Yan.

Saya sendiri terkejut apabila mendapati tokoh bersejarah tokong ini sendiri adalah Weng Tianxiang, penyair-politik dari Dinasti Song Selatan, yang memilih untuk mati daripada mengkhianati kesetiaan beliau dengan Kublai Khan dan Dinasti Yuan.

Sepanjang hidup saya dipandu oleh kata-kata Wen Tianxiang, “Semua orang akan mati, tetapi kesetiaan saya akan menerangi catatan sejarah buat selama-lamanya” dan saya tidak pernah berkompromi dengan kesetiaan saya terhadap Malaysia untuk menjadikannya negara hebat berkelas dunia.

Wen Tianxiang setia kepada Dinasti Song di China, dan saya pula kekal setia kepada Malaysia, tanah di mana saya lahir, dididik, dan akhirnya akan mati di sini.

Kerana inilah saya kembali ke Malaysia seminggu selepas saya diundi sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka, walaupun saya dinasihati untuk kekal di luar negara sehingga kekecohan akibat rusuhan Mei 13 1969 reda kerana saya berada dalam senarai hitam yang terdiri daripada mereka yang akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi, tempat saya adalah di Malaysia, bukan mana-mana tempat lain.

Kerana ini jugalah saya telah tiga kali sepanjang kerjaya politik saya, mencadangkan moratorium politik, memandangkan semua rakyat Malaysia perlulah melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu, sebelum identiti lain mereka, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban.

Kali pertama adalah semasa saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri apabila pada 5 Ogos 1969, saya tulis sepucuk surat dari Pusat Tahanan Muar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman, “bukan sebagai seorang ahli politik mana-mana parti, tetapi sebagai seorang nasionalis Malaysia” dan menyampaikan kepada beliau, kebimbangan saya terhadap masa hadapan Malaysia.

Saya katakan, keputusan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 ini menunjukkan pilihan rakyat untuk demokrasi, melawan kempen PKM untuk memboikot pilihan raya. Terdapat kegembiraan dan jangkaan selepas keputusan itu, bukan untuk menafikan sesiapa pun kepada hak-hak mereka, tetapi sebaliknya untuk suatu harapan baharu untuk sebuah masyarakat yang lebih adil, saksama, dan bermakna.

Saya merayu kepada Tunku pada saat cabaran getir negara untuk “bangkit di atas garis politik kepartian dan fikirkan kepentingan jangka panjang negara” dan mencadangkan supaya diadakan satu moratorium politik di antara semua parti politik.

Untuk memastikan terdapatnya keharmonian dan perasan muhibah antara komuniti dan pembangunan kesedaran dan identiti Malaysia yang menjangkaui garisan perkauman dan pertalian, saya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat “keseluruhan masalah perkauman di Malaysia untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang”.

Kali kedua pula adalah sehari sebelum tahanan ISA kedua saya dan saya buat cadangan ini di Parlimen semasa perbahasan Belanjawan 1988 pada 26 Oktober 1987 — sehari sebelum penangkapan beramai-ramai Operasi Lalang dilancarkan.

Saya cadangkan moratorium politik selama setahun untuk semua parti politik, di mana tidak ada sebarang isu mengenai perkauman, bahasa, budaya, atau agama dibangkitkan untuk membolehkan semua orang menumpukan usaha kepada keutamaan negara untuk mencapai pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.

Kali ketiga adalah semasa pandemik Covid-19 di mana pada 17 Jun 2021, saya menyeru supaya moratorium politik dicapai, di mana hanya akan ada satu keutamaan untuk negara — untuk memastikan kita menang perang melawan wabak Covid-19 dan untuk memastikan kematian akibat Covid-19 dalam negara tidak melepasi paras 5,000 kematian.

Daripada sebuah negara yang menunjukkan prestasi yang agak baik dalam perang melawan wabak ini, Malaysia secara tiba-tiba menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan Covid-19.

Semasa kita menyambut Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos 2020, lapan bulan selepas bermulanya penularan wabak ini, kita mencatatkan sejumlah 9,340 kes dengan 127 kematian akibat Covid-19.

Kini, 14 bulan kemudian, kita mencatatkan sejumlah 2.6 juta kes dan hampir 30,000 kematian akibat Covid-19.

Kerana inilah kita perlu menghentikan peningkatan kes dan kematian Covid-19 ini, yang mana kita telah berjaya turunkan selepas memorandum persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi dimeterai di antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan Pakatan Harapan. Namun penurunan kes ini masih berada pada tahap yang terlalu perlahan, walaupun jika dibandingkan dengan negara-negara yang lebih besar seperti Indonesia, Filipina, India, dan China.

Sebelum saya melawat Tokong Sam Tiong Keng, saya berada di Telaga Hang Tuah bersama dengan calon DAP untuk Duyong, Damien Yeo.

Rakyat Malaysia perlu mengambil inspirasi daripada tauladan Wen Tianxiang dan Hang Tuan ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Saya sentiasa percaya yang Malaysia ini merupakan titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan kita perlu manfaatkan nilai-nilai murni empat tamadun hebat ini.

Malah negara kita ini boleh dikira sebagai gambaran menyeluruh Asia, dan perkara ini tidak seharusnya hanya menjadi tarikan pelancong, sebaliknya menjadi asas kehidupan di Malaysia.

Kerana inilah kita ada lima prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Matlamat ini diterapkan dengan lima prinsip pembinaan negara bangsa iaitu:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Masalah yang dihadapi negara kini adalah walaupun pada tahun 70-an dan 80-an kelima-lima prinsip Rukun Negara ini diajarkan kepada para pelajar dan terpahat di dinding-dinding sekolah, universiti, dan tempat-tempat awam yang penting, kita kini mempunyai Menteri Kabinet dalam dua kerajaan “pintu belakang” yang tidak sah ini yang tidak menerima kelima-lima prinsip Rukun Negara ini, membawa kepada tindakan seperti larangan penjualan arak dan perjudian di Malaysia.

Kita perlu contohi tauladan Wen Tianxiang dan Hang Tuah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

(Artikel terakhir daripada lapan artikel oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang “Tahun-tahun saya di Melaka” dikeluarkan pada hari Khamis, 18 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.