Call on Malacca voters to vote against PN and BN candidates because in the last 10 days, Indonesia averages 7.2% of the daily new Covid-19 cases of Malaysia when Indonesia has more than eight times the population of Malaysia


(Versi BM)

Yesterday, Malaysia recorded 6,280 daily new Covid-19 cases and 68 Covid-19 deaths, still a great distance from the day Emergency was proclaimed to combat the Covid-19 pandemic, as the daily Covid-19 statistics on January 11, 2021 when emergency was declared were 2,232 daily new Covid-19 cases and four Covid-19 deaths.

This means we have still a long way to go to end the third Covid-19 wave in Malaysia, rampaging for 14 months since September last year – the longest Covid-19 wave in the world since September last year.

Indonesia yesterday recorded 522 daily new Covid-19 cases and 13 Covid-19 deaths, which is almost the number of 12 Brought-in-Dead (BID) Covid-19 deaths in Malaysia yesterday.

I call on Malacca voters to vote against Perikatan Nasional (PN) and Barisan Nasional (BN) candidates because of Malaysia’s dismal performance in the Covid-19 pandemic, as in the last 10 days, Indonesia averages 7.2% of the daily new Covid-19 cases of Malaysia when Indonesia has more than eight times the population of Malaysia.

In the last ten days of the Malacca general election campaign, Malaysia had a total of 52,303 Covid-19 cases, as compared to Indonesia’s 3,771 Covid-19 cases or Indonesia had only 7.2% of the total Malaysian Covid-19 cases – with Indonesia having a daily average of 377 cases for the last 10 days as compared to Malaysia’s daily average of 5,230 cases for the last ten days.

I feel ashamed as a Malaysian at Malaysia’s poor performance in the war against Covid-19 pandemic when compared to other countries, like Indonesia, Philippines and even India.

The signing of the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) between Prime Minister Ismail Sabri and the Pakatan Harapan leaders have ended the crazy upsurge of Covid-19 in Malaysia, but the process of winning the war against the Covid-19 is agonisingly slow – and a vote against PN and BN candidates on Saturday is fully merited.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Malacca on Thursday, 18th November 2021)


Seruan kepada pengundi Melaka untuk menolak calon PN dan BN kerana sepanjang 10 hari yang lepas, purata kes harian baharu Covid-19 di Indonesia adalah bersamaan 7.2% daripada purata kes harian baharu yang direkodkan di Malaysia sedangkan negara jiran itu mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia

Semalam, Malaysia merekodkan 6,280 kes harian baharu Covid-19 dan 68 korban akibat wabak itu — angka yang dilihat begitu tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kes jangkitan dan korban yang direkodkan semasa Darurat diisytiharkan — dengan alasan untuk melawan Covid-19 — pada 11 Januari 2021 iaitu sebanyak 2,232 kes dan empat korban.

Ini bermakna, kita masih perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk menamatkan gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia — yang berlanjut selama 14 bulan sejak September tahun lalu — gelombang Covid-19 yang terpanjang di dunia sejak September tahun lalu.

Semalam, Indonesia merekodkan 522 kes harian baharu Covid-19 dengan 13 korban, yang mana hampir sama dengan jumlah kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang dicatatkan di Malaysia semalam.

Saya menyeru pengundi Melaka untuk menolak calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) atas sebab prestasi buruk Malaysia dalam menangani wabak Covid-19, sepanjang 10 hari lalu, purata kes harian baharu Covid-19 di Indonesia adalah sebanyak 7.2% daripada jumlah purata kes harian baharu yang dicatatkan di Malaysia dalam tempoh yang sama, sedangkan Indonesia mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia.

Sepanjang 10 hari kempen pilihan raya negeri Melaka, Malaysia telah mengumpulkan 52,303 kes jangkitan baharu, berbanding Indonesia sebanyak 3,771 kes atau bersamaan 7.2% daripada jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia — dengan Indonesia merekodkan purata kes harian sebanyak 377 kes untuk tempoh 10 hari lalu berbanding Malaysia yang merekodkan purata kes harian sebanyak 5,230 kes untuk tempoh yang sama.

Saya berasa malu sebagai seorang rakyat Malaysia apabila melihat prestasi buruk yang ditunjukkan negara dalam perang melawan wabak Covid-19 berbanding negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina dan malah India.

Pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan telah berjaya mengawal lonjakan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia, namun proses untuk menang perang melawan wabak Covid-19 bergerak terlalu perlahan — dan atas sebab itu tindakan menolak calon PN dan BN pada Sabtu nanti adalah suatu keputusan yang amat wajar.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Melaka pada hari Khamis, 18 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.