Call on Malacca voters to spearhead a long-term Malaysian First campaign lasting 20 to 30 years to make Malaysia a world-class great nation


(Versi BM)

I visited Gadek constituency yesterday morning where we are fielding G. Saminathan, who was falsely accused as a Tamil Tiger terrorist and wrongly detained until his release just before the Sheraton Move conspiracy in February 2020.

Fortunately, Saminathan was released before the Sheraton Move conspiracy toppled the democratically-elected Pakatan Harapan Government after 22 months or he and others similarly detained under the bogus charges of being linked to Sri Lankan Tamil Tigers terrorists would be in incarceration for quite some time.

My visit to Pulau Sebang (which is in Gadek) reminds me of the DAP ‘s Protest Walk from Pulau Sebang to Bukit China in Malacca in the Save Bukit China campaign in 1984 when the police discriminately and unfairly prohibited the “Save Bukit China cycle relay” from Kuala Lumpur to Bukit China and impounded the bicycles used in the DAPSY event.

In protest, I led a protest Walk from Pulau Sebang to Bukit China in Malacca, and although my two feet were “demolished” at the end of the long walk, with blisters all over with soles, it was an example of “fury with injustice”.

This morning I visited Bukit China with the DAP candidate for Bandar Hilir, Leng Chau Yeng and DAP MP for Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

It is recorded on the information section of the Sam Poh Temple on Bukit China that there were Malay and Portuguese graves on the 400-year cemetery hill. This was potent proof that the “Save Bukit China” campaign in 1984/5 was a campaign to save a Malaysian heritage hill for all communities, and not for any one racial group. This was why the “Save Bukit China” which was launched in 1984 was able to turn into a national campaign and win the support of all racial and religious groups when the UMNO-led Malacca State Government wanted to demolish a Malaysian the cemetery hill for commercial development and greedy profits.

Just as Malaccans and Malaysians had succeeded in the “Save Bukit China” campaign for future generations, I call on Malacca voters to produce another Malaysian achievement in the Malacca General Election on November 20 – to spearhead a long-term Malaysian First campaign in the whole of Malaysia lasting 20 to 30 years to make Malaysia a world-class great nation.

Malaysia is at the confluence of four great human civilisations – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – and there is reason why Malaysia cannot become a world-class great nation if we are open-minded and can leverage on the values and virtues of these four great human civilisations.

There is no reason why Malaysia cannot become a world-class great nation but it will take time and we must have the stamina, perseverance and commitment to make Malaysia a world-class great nation for we have been straggling behind one nation after another in the last half a century.

Yesterday, I also visited Bemban constituency where the DAP Malacca State Chairman, Tey Kok Kiew is contesting, moving from a comparatively safe seat of Bandar Hilir to the dicey Bemban constituency.

What Kok Kiew has done is in the best DAP tradition.

I had no hesitation when I left Malacca after 17 years to lead the Penang DAP’s “front-line state” campaign in 1986, just as I had no hesitation when I contested in Ipoh Timur parliamentary constituency in 2004 to restore the DAP’s influence in the Kinta Valley or when I contested in Gelang Patah in 2013 to make Johore the new front-line state to make Malaysia a more just and equal nation.

Kok Kew deserves full support from the voters of Bemban in the new DAP campaign to make Malaysia a world-class great nation by 2050.

I am 80 years old but I am young enough to dream of Malaysia becoming a world0-class great nation by 2050.

This is my Malaysian Dream!

(Fourth article in eight-part series by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on “My Years in Malacca” on Sunday, 14th November 2021)


Seruan kepada pengundi Melaka untuk memimpin kempen Utamakan Malaysia berjangka panjang untuk 20 ke 30 tahun yang akan datang bagi menjadikan Malaysia sebuah negara hebat berkelas dunia

Saya melawat kawasan Dewan Undangan Negeri Gadek pagi semalam di mana G Saminathan — yang sebelum ini difitnah sebagai seorang pengganas Tamil Tiger dan ditahan secara salah sebelum dibebaskan hanya beberapa hari sebelum konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 — diamanahkan untuk bertanding.

Nasib baik Saminathan dibebaskan hanya sebelum kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan selepas 22 bulan diundi secara sah melalui Langkah Sheraton, jika tidak, beliau dan mereka yang lain yang ditahan bersama di atas tuduhan dibuat-buat berkaitan dengan Tamil Tigers mungkin akan ditahan untuk masa yang lama.

Lawatan saya ke Pulau Sebang (yang berada di dalam Gadek) mengingatkan saya kepada acara protes jalan kaki DAP daripada Pulau Sebang ke Bukit Cina di Melaka dalam kempen Selamatkan Bukit Cina pada tahun 1984 apabila polis secara tidak adil menyekat acara “Kayuhan Berganti Selamatkan Bukit Cina” dari Kuala Lumpur ke Bukit Cina dan merampas basikal yang digunakan dalam acara DAPSY tersebut.

Sebagai tanda protes, saya memimpin acara protes jalan kaki ini dari Pulau Sebang ke Bukit Cina dan walaupun kedua-dua kaki saya “terbarai” di hujung perjalanan ini, dengan lepuhan di seluruh telapak kaki, ia kekal menjadi contoh “kemarahan terhadap ketidakadilan”.

Pagi ini, saya lawati Bukit Cina bersama dengan calon DAP untuk Bandar Hilir, Leng Chau Yeng dan Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Dicatatkan di bahagian maklumat Tokong Sam Poh di Bukit Cina bahawa terdapat kubur Melayu dan Portugis di bukit perkuburan berusia 400 tahun tersebut. Perkara ini adalah bukti kukuh bahawa kempen “Selamatkan Bukit Cina” pada tahun 1984/5 ini adalah satu kempen untuk menyelamatkan bukit yang bersejarah untuk semua komuniti, bukan untuk mana-mana satu kaum. Kerana inilah kempen “Selamatkan Bukit Cina” yang dilancarkan pada tahun 1984 ini dapat berubah menjadi satu kempen nasional dan memenangi sokongan semua kumpulan kaum dan agama semasa kerajaan negeri Melaka pimpinan UMNO pada waktu itu juga memusnahkan kawasan perkuburan ini untuk pembangunan komersial demi ketamakan kepada keuntungan.

Seperti mana rakyat Melaka dan Malaysia telah berjaya dalam kempen “Selamatkan Bukit Cina” untuk generasi yang akan datang, saya seru kepada pengundi di Melaka untuk melancarkan satu lagi pencapaian dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini — untuk memimpin kempen jangka panjang Utamakan Malaysia di seluruh negara yang akan berlangsung selama 20 ke 30 tahun untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat berkelas dunia.

Malaysia berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh menjadi negara hebat bertaraf dunia sekiranya kita tidak berfikiran terbuka dan menggunakan kelebihan dan nilai-nilai keempat-empat tamadun hebat ini.

Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh menjadi negara hebat bertaraf dunia, tetapi perkara ini akan mengambil masa yang panjang dan kita mesti mempunyai stamina, ketahanan, dan komitmen untuk menjayakan cita-cita ini kerana telah terus menerus tercicir di belakang banyak negara dalam setengah abad yang lepas.

Semalam, saya juga telah melawat kawasan DUN Bemban di mana Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew bertanding, beliau berpindah daripada kawasan DUN Bandar Hilir yang agak selamat ke kawasan DUN Bemban yang lebih mencabar.

Apa yang Kok Kiew lakukan ini adalah tradisi terbaik DAP.

Saya tidak teragak-agak untuk meninggalkan Melaka selepas 17 tahun untuk memimpin kempen “negeri barisan hadapan” DAP Pulau Pinang pada tahun 1986, sebagaimana saya tidak teragak-agak untuk bertanding di Ipoh Timur pada tahun 2004 untuk mengembalikan semula pengaruh DAP di Lembah Kinta atau semasa saya bertanding di Gelang Patah pada tahun 2013 untuk menjadikan Johor negeri barisan hadapan baharu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih adil dan saksama.

Kok Kiew patut mendapat sokongan penuh pengundi Bemban dalam kempen baharu DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2050.

Saya kini berusia 80 tahun, tetapi saya cukup muda untuk masih mengimpikan sebuah Malaysia yang lebih hebat menjelang 2050.

Inilah Impian Malaysia saya!

(Artikel keempat daripada lapan artikel oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang “Tahun-tahun saya di Melaka” dikeluarkan pada hari Ahad, 14 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.