Ismail Sabri is the ninth Prime Minister of Malaysia but he is the weakest Prime Minister in Malaysian history, completely lost about the Malacca state general election which would have far-reaching implications for Malaysia for many years to come.
Tomorrow is the Nomination Day of the Malacca general election. It will see multiple contests – between the Pakatan Harapan and the Government parties on the one hand as well as between Perikatan Nasional and Barisan Nasional on the other.
Nobody can predict what is going to happen on Polling Day on Nov. 20, 2021.
The country is searching for a new political equilibrium and equation after two important political developments:
(i) The toppling of the UMNO-BN government in the 2018 general election; and
(ii) The Sheraton Move conspiracy in February 2021 which toppled a legitimate and democratically-elected Pakatan Harapan government after 22 months when it was to serve for five years, ushering in a backdoor, undemocratic and illegitimate government in Malaysia for the first time in over six decades. We have now a Backdoor, Illegitimate and Undemocratic Government 2.0.
The 14th General Election destroyed the political hegemony of UMNO which it had abused for decades, but the Sheraton Move conspiracy disrupted the political and democratic process and the country since then had been seeking for a new, healthy and stable political equilibrium and equation which can fulfil the Malaysian Dream for Malaysia to become a world-class great nation.
Just as the 22-month Covid-19 pandemic is forcing a new norm in Malaysian social and economic life, the country is in search for a new norm in Malaysian politics after the 14th General Election and the Sheraton Move conspiracy.
Now, we have a political situation where no single political party can exercise political hegemony in Malaysia for the days when a single political party can command a simple majority in Parliament are over.
The day for meaningful coalition politics in Malaysia has come, and political parties must learn to co-operate with each other for the good of the nation – not for personal and political party self-aggrandisement but on the principles of justice, freedom, fair play, well-being for all Malaysians so that Malaysia can be a world-class great nation and avoid the traps of kleptocracy, kakistocracy and a failed state.
I was sent by DAP to Malacca to spearhead the DAP cause in 1969 and was MP for Bandar and then Kota Malacca for three terms – in 1969, 1974 and again in 1982.
In the seventies and the eighties, Malacca was the front-line state in Malaysia for the nation to become a world-class great nation, which could leverage on the virtues and values of the four great civilisations – Malay/Muslim, Chinese, Indian and Western – which meet in confluence in Malaysia.
Since, the torch as the frontline state for Malaysia to be a world-class great nation has passed to other states – Penang, Perak, Selangor and Johore. Now the torch has come back to Malacca to light the way forward for Malaysia in this Malacca general election.
I do not agree with my friend Francis Paul Siah who said that the general election in Malacca, the nations’ second-smallest state, is unimportant.
On the contrary, I believe that the Malacca and the Sarawak state general election will be important forerunners of the 15th national general election to decide whether the Malaysian Dream for Malaysia to become a world-class great nation has come to an end and there is no way for Malaysia to become a successful plural society and a world-class great nation.
In fact, the outcome of the Malacca and Sarawak state general elections may decide whether the Confidence-Supply-Reform (CSR) Memorandum of Understanding (MOU) signed between Ismail Sabri and the four Pakatan Harapan leaders on Sep. 13, 2021 should be torn up and the 15th General Election held early next year.
There had been many unforgettable episodes in my years as Member of Parliament for Bandar/Kota Malacca, and a leading one is the “Save Bukit China campaign”.
It was regarded as a lost cause, a no hoper, as how could the Malacca State Government be stopped when it had decided in 1984 on demolishing the 12,500 graves on the 360-old cemetery hill for commercial development?
But succeeded we did – after a long drawn-out campaign which went national and embraced all racial and religious communities to preserve a historic heritage site – including 35-km walk from Pulau Sebang to Bukit China.
I call on the people of Malacca on Polling Day to summon the “Save Bukit China spirit” to Save Malaysia from becoming a kleptocracy, kakistocracy and a failed state, and instead to fulfil its potential to become a world-class great nation.
(Statement at the launching of Liew Chin Tong’s book “Lim Kit Siang – Patriot, Leader, Fighter” at Ayer Keroh, Malacca on Sunday, 7th November, 2021)
Ismail Sabri adalah adalah Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara — tidak mampu mencerap realiti berkenaan pilihan raya negeri Melaka yang mampu memberikan kesan yang besar kepada Malaysia untuk tahun-tahun mendatang
Ismail Sabri adalah Perdana Menteri Malaysia kesembilan, tetapi beliau adalah Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara, dan tidak mampu mencerap realiti berkenaan pilihan raya negeri Melaka yang mampu memberikan kesan yang besar terhadap Malaysia untuk tahun-tahun mendatang.
Esok adalah Hari Pencalonan pilihan raya negeri Melaka. Ia bakal menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru — antara Pakatan Harapan dan parti-parti dalam kerajaan, malah antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
Tiada siapa yang dapat meramal tentang apa yang akan berlaku di Hari Pengundian pada 20 November 2021.
Negara sedang dalam fasa mencari-cari persamaan dan keseimbangan dalam landskap politik baharu selepas dua peristiwa penting berlaku baru-baru ini:
(i) Kejatuhan kerajaan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum 2018; dan
(ii) Konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2021 yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih secara sah menerusi proses demokrasi selepas 22 bulan mentadbir sedangkan ia mempunyai mandat selama lima tahun untuk menerajui negara, sekaligus membawa masuk kerajaan pintu belakang, tidak sah dan tidak demokratik.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memusnahkan hegemoni politik UMNO yang Telah disalahgunakan berdekad-dekad lamanya, namun konspirasi Langkah Sheraton menyebabkan proses demokrasi menjadi haru-biru dan sejak daripada peristiwa itu, negara berada fasa mencari-cari persamaan dan kesimbangan bagi mencapai matlamat Impian Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Sejurus selepas wabak Covid-19 yang berlarutan selama 22 bulan memaksa suatu pembentukan norma baharu dalam kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia, negara kini masuk ke dalam fasa mencari suatu norma baharu dalam politik Malaysia pasca PRU-14 dan peristiwa Langkah Sheraton.
Kini, kita berdepan dengan situasi politik di mana tiada satu pun parti politik boleh menggunakan kuasa hegemoni, kerana zaman di mana satu-satu parti boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah telah berakhir.
Era di mana setiap parti politik membentuk kerjasama yang bermakna telah bermula, dan semua parti-parti politik harus belajar untuk bekerjasama antara satu sama lain bagi membentuk sebuah negara hebat bertaraf dunia — bukan untuk kepentingan peribadi atau demi menjulang imej parti, sebaliknya bagi menegakkan prinsip keadilan, kebebasan, kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia supaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan mengelakkan Malaysia terjerumus menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.
Saya telah dipertanggungjawabkan oleh DAP untuk merintis perjuangan di Melaka pada 1969, dan merupakan Ahli Parlimen untuk Bandar dan kemudian untuk Kota Melaka selama tiga penggal — pada 1969, 1974 dan sekali lagi pada 1982.
Pada era 70-an dan 80-an, Melaka adalah negeri yang disebut-sebut bakal memacu Malaysia ke arah menjadi negara hebat bertaraf dunia, yang memanfaatkan nilai-nilai murni empat tamadun hebat — Melayu/Islam, Cina, India, Barat — yang menjadi titik pertemuan di Malaysia.
Sejak itu, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor antara negeri yang dilihat mampu menjadi pemangkin untuk memacu Malaysia ke arah menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia. Kini, Melaka kembali dilihat sebagai negeri yang mampu untuk merintis jalan kedepan untuk Malaysia menerusi pilihan raya negeri Melaka ini.
Saya tidak bersetuju dengan sahabat saya, Paul Siah yang menyifatkan pilihan raya negeri di Melaka, negeri kedua terkecil di negara ini, tidak penting.
Sebaliknya, saya percaya pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak menjadi semacam pemanas badan untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 bagi menentukan sama ada matlamat Impian Malaysia bagi menjadikan Malaysia sebagai negara hebat bertaraf dunia telah berakhir dan tiada lagi jalan untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat yang memanfaatkan kepelbagaiannya.
Malah, keputusan pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak bakal menentukan sama ada Memorandum Persefahaman (MOU) Kepercayaan-Perbekalan-Reformasi (CSR) yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan empat pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September 2021 harus dimansuhkan dan PRU-15 diadakan awal tahun hadapan.
Terdapat begitu banyak memori yang tidak dapat dilupakan sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen Bandar/Kota Melaka, dan permulaannya adalah “kempen Selamatkan Bukit Cina”.
Ia dianggap sebagai usaha yang gagal, kerana mana mungkin kerajaan negeri Melaka akan mengambil keputusan untuk menghentikan kerja-kerja memusnahkan 12,500 kubur yang terletak di atas kawasan perkuburan berusia 360 tahun bagi tujuan pembangunan komersial kerana keputusan untuk melaksanakan projek itu telah diputuskan sejak 1984 lagi?
Pun begitu, kita akhirnya berjaya — selepas melaksanakan kempen berterusan, yang menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum dan agama di seluruh negara bagi mempertahankan tapak warisan sejarah — termasuk laluan pejalan kaki sepanjang 35km dari Pulau Sebang ke Bukit Cina.
Saya menyeru rakyat Melaka untuk menjiwai ‘semangat Selamatkan Bukit Cina’ di hari pengundian nanti, bagi menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal, sekaligus memanfaatkan potensi kita untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
(Kenyataan di Pelancaran buku bertajuk “Lim Kit Siang – Patriot, Leader, Fighter” hasil nukilan Liew Chin Tong di Ayer Keroh, Melaka pada Ahad, 7 November 2021)