Malacca and Sarawak general elections must renew hopes of all Malaysians, regardless of race, religion and region, that the Malaysian Dream, though difficult and uphill, is not an impossible dream


(Versi BM)

Yesterday, I issued an Open Letter to DAP leaders, members and supporters in Malaysia and the Diaspora that the hardliners in the Ismail Sabri government who wanted Malacca and Sarawak general elections this year believing that there is a possibility of wiping out the DAP or delivering a fatal blow to DAP have won over the moderates who wanted to uphold the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) and delay elections.

I warned that the DAP faced the existential threat of either being wiped out or suffering a fatal blow to the DAP’s Malaysian Dream of building an united and prosperous multi-racial, multi-religious, multi-lingual and multi-cultural country which is a world-class great nation in important fields of human endeavour after leveraging on the best values and virtues of the four great civilizations of the world.

Today, I am issuing a second Open Letter to state that the Malacca and Sarawak general elections must renew hopes of all Malaysians, regardless of race, religion and region, that the Malaysian Dream, though difficult and uphill, is not an impossible dream.

The only right thing that Ismail Sabri has done since becoming Prime Minister on August 20, apart from signing the CSR MOU, was his coinage of the “Keluarga Malaysia” slogan – which is a tribute to DAP’s Malaysian Dream that Malaysia can only succeed as a world-class great nation if we can unite and fully exploit the talents and capabilities of Malaysia’s multi-racial, multi-religious, multi-lingual and multi-cultural diversity as any mono-ethnic or mono-religious nation-building policy will end in Malaysia becoming a failed state.

But “Keluarga Malaysia” had only remained a slogan in the 77 days that Ismail Sabri was the 9th Prime Minister of Malaysia, as he had failed to give meaning and substance to the “Keluarga Malaysia” policy.

The 2022 Budget would have been an excellent opportunity for his “Keluarga Malaysia” slogan to become a policy, but instead it was the very opposite of a “Keluarga Malaysia” budget.

No wonder the former economic adviser of the Pakatan Harapan government, Mohammad Abdul Khalid, asked where was the fairness in the 2022 Budget over the measly allocation of millions for non-bumiputeras but billions for the bumiputeras.

The acrimonious rhetoric over Timah Whisky and the Kuala Lumpur City Hall’s ban on hard liquor sales by grocery and convenience stores were the very anti-thesis of a “Keluarga Malaysia” policy.

The realisation of the Malaysian Dream is not going to be easy one.

But progress had been made.

Who would have thought, for instance, that it was possible to end UMNO hegemony in Malaysia politics and save Malaysia from becoming a kleptocracy in the 2018 general election?

Perseverance, stamina and commitment to the long-term goal are needed for the fulfilment of the Malaysian Dream – for the sake of the future of Malaysia and her citizens, regardless of race, religion or region.

This is the message we must spread in the Malacca and Sarawak general election.

(Second Open Letter to DAP leaders, supporters and members in Malaysia and the Diaspora by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, November 5, 2021)


Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak perlu memperbaharui harapan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, dan Impian Malaysia, walaupun sukar dan mencabar, bukanlah satu impian yang mustahil

Semalam, saya mengutuskan satu surat terbuka kepada pemimpin, ahli-ahli, dan penyokong DAP di dalam dan di luar negara, menyatakan golongan pentaksub dalam kerajaan Ismail Sabri yang mahu Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak untuk diadakan tahun ini percaya ada kemungkinan DAP boleh dikalahkan sepenuhnya, golongan ini telah menang berbanding dengan golongan moderat yang mahu menegakkan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (MOU CSR) yang dipersetujui sebelum ini untuk menunda pilihan raya.

Saya memberikan amaran yang DAP berhadapan dengan ancaman besar dan begitu juga nasib Impian Malaysia untuk membina sebuah masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya dalam sebuah negara berkelas dunia yang berjaya dalam semua bidang yang diceburi manusia dengan menggembeleng nilai terbaik empat tamadun utama dunia yang bertemu di negara kita ini.

Hari ini, saya mengutuskan surat terbuka kedua, untuk menegaskan yang PRN Melaka dan Sarawak ini mesti memperbaharui harapan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, dan bahawa Impian Malaysia ini, walaupun sesukar mana sekali pun, tidaklah mustahil untuk dicapai.

Satu-satunya perkara yang betul yang dibuat oleh Ismail Sabri selepas menjadi Perdana Menteri pada 20 Ogos, selain daripada menandatangani MOU CSR, adalah slogan “Keluarga Malaysia” beliau — yang merupakan satu penghormatan kepada konsep Impian Malaysia DAP yang menegaskan bahawa Malaysia hanya mampu berjaya sebagai sebuah negara berkelas dunia sekiranya kita semua bersatu dan mengguna pakai sepenuhnya bakat dan kebolehan yang ada dalam masyarakat majmuk berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, kerana sebarang dasar pembinaan negara bangsa yang berteraskan kepada mana-mana satu kaum atau agama hanya akan membawa kepada kegagalan.

Tetapi, “Keluarga Malaysia” ini kekal hanya sebagai satu slogan dalam 77 hari Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke-9, kerana beliau gagal untuk memberikan makna kepada dasar-dasar Keluarga Malaysia ini.

Belanjawan 2022 memberikan satu peluang yang sangat baik untuk beliau mengubah Keluarga Malaysia ini daripada sekadar satu slogan kepada dasar, namun perkara yang bertentangan dengan semangat Keluarga Malaysia yang dapat dilihat dalam belanjawan ini.

Tidak terkejutlah mantan penasihat ekonomi kerajaan Pakatan Harapan, Mohammad Abdul Khalid, bertanya, dimanakah keadilannya dalam Belanjawan 2022 apabila peruntukan untuk golongan bukan bumiputera hanya diberikan beberapa juta sedangkan golongan bumiputera diperuntukan berbilion ringgit.

Retorik buruk mengenai Wiski Timah dan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk penjualan arak oleh kedai runcit dan kedai serbaneka juga merupakan satu perkara yang amat bertentangan dengan semangat Keluarga Malaysia.

Usaha mencapai Impian Malaysia ini bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Namun, kemajuan telah berlaku.

Siapa sangka, sebagai contoh, hegemoni UMNO dalam politik Malaysia dapat ditamatkan dan Malaysia dapat diselamatkan daripada menjadi sebuah kleptokrasi dalam Pilihan Raya Umum 2018?

Kecekalan, stamina, dan komitmen jangka panjang diperlukan untuk kita memenuhi Impian Malaysia — demi masa depan Malaysia dan rakyatnya, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.

Inilah mesej yang perlu kita sebarkan dalam PRN Melaka dan Sarawak.

(Surat terbuka kedua kepada pemimpin, penyokong, dan ahli-ahli DAP di dalam dan luar negara oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat, 5 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.