Let Deepavali this year mark a new beginning for mankind after the ravages and destruction of the 22-month Covid-19 pandemic


(Versi BM)

More than five million lives in the world have been lost in the Covid-19 pandemic but health experts and the World Health Organisation (WHO) estimate that the true toll could be far higher – two to three times higher than the official records.

By the first week of November, the global cumulative total of Covid-19 cases would have reached 250 million cases.

The Covid-19 pandemic in the past 22 months is a dark chapter in the history of mankind but there are positive signs. It has taken a longer time i.e. 110 days, to reach the five million dead from the four-million mark compared to just under 90 days to rise from three million to four million dead.

But the WHO director-general Tedros Adhanom Ghebreyesus had recently warned that the pandemic was “far from over”, where countries with low vaccination rates are seeing soaring infections and deaths.

Let Deepavali this year mark a new beginning for mankind after the ravages and destruction to the lives and livelihoods of the 22-month Covid-19 pandemic.

In Malaysia, we are nearing cumulative totals of three million Covid-19 cases and 30,000 Covid-19 deaths.

We must continue to keep to the downward trajectory of the Covid-19 curve and Covid-19 deaths until we reach a double-digit daily new Covid-19 cases and single-digit daily Covid-19 deaths.

We must follow the examples of Indonesia, India and China which have undergone sharp declines in Covid-19 cases and Covid-19 deaths – with Indonesia experiencing 19 consecutive days in triple-digit figures for daily new cases and 33 consecutive days in double-digit numbers for Covid-19 deaths.

On Nov 1, India even recorded four-digit daily new cases while Malaysia is struggling to go below 4,626 daily new cases for the past month.

There is no reason why Malaysia cannot produce better results in the war against the Covid-19 pandemic when compared to Indonesia, India and China.

(Deepavali 2021 Message by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 3rd November 2021)


Jadikan Deepavali tahun ini sebagai permulaan baharu untuk umat manusia selepas 22 bulan berhadapan dengan kerosakan dan kemusnahan akibat Covid-19

Lebih daripada lima juta nyawa di seluruh dunia telah terkorban akibat Covid-19, tetapi pakai kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menjangkakan yang angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi — dua ke tiga kali ganda berbanding dengan angka rasmi.

Menjelang minggu pertama bulan November, angka kes terkumpul Covid-19 telah mencecah 250 juta kes.

Wabak Covid-19 dalam 22 bulan yang lepas merupakan satu era yang gelap dalam sejarah manusia, tetapi masih ada tanda-tanda positif. Wabak ini mengambil masa yang lebih lama, iaitu 110 hari, untuk mencapai lima juta kematian daripada angka empat juta sebelum ini, berbanding dengan 90 hari yang diambil untuk menjadi angka empat juta dari tiga juta.

Tetapi, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, telah memberikan amaran yang wabak ini masih “jauh lagi sebelum tamat”, di mana negara-negara dengan kadar vaksinasi yang rendah melihat kadar jangkitan dan kematian melonjak tinggi.

Kita perlu jadikan Deepavali tahun ini sebagai sebuah permulaan baharu untuk umat manusia selepas kerosakan dan kemusnahan kepada nyawa dan kehidupan dalam 22 bulan berhadapan dengan wabak Covid-19 sebelum ini.

Di Malaysia, kita menghampiri angka tiga juta kes Covid-19 dan 30,000 kematian akibat Covid-19.

Kita perlu terus mengekalkan trajektori menurunkan lekuk penularan Covid-19 dan kematian akibat Covid-19 sehingga kita mencapai julat dua angka kes baharu dan kematian dalam satu angka.

Kita perlu mengikuti tauladan di Indonesia, India, dan China, yang telah mencatatkan penurunan mendadak kes dan kematian akibat Covid-19 — di mana Indonesia telah mencatatkan 19 hari berturut-turut dengan kes dalam julat tiga angka dan 33 hari berturut-turut mencatatkan kematian dalam julat dua angka.

Pada 1 November, India mencatatkan kes baharu dalam julat empat angka, manakala Malaysia pula sedang bergelut untuk turun ke paras bawah daripada 4,626 kes baharu dalam sebulan yang lepas.

Tidak ada sebab mengapa kita tidak dapat mencatatkan hasil yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19 berbanding dengan Indonesia, India, dan China.

(Perutusan Hari Deepavali 2021 oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.