Government should adopt the 5,000 children orphaned by the Covid-19 pandemic which had killed more than 29,000 people by setting up a special orphanage responsible for their education from primary to university level as well as all their welfare needs


(Versi BM)

The cumulative death toll of the 22-month Covid-19 pandemic has passed the 29,000-mark and some 5,000 children had been orphaned as a result of the loss of their parents who perished in the pandemic.

It took 13 months for Malaysia to record the first 1,000 death on February 17, 2021, but it has taken two weeks to record the last thousand deaths from 28,000 to 29,000 Covid-19 deaths.

My worst thought may prove to be true, that on Khairy Jamaluyddin’s first 100 days on Dec. 7, 2021, we will pass the 30,000-mark for Covid-19 deaths in Malaysia.

Will the Covid-19 pandemic be more fatal than the Spanish Flu in 1918, which killed 34,644 people in Malaysia?

The government should adopt the 5,000 children orphaned who lost their parents in the Covid-19 pandemic and set up a special orphanage responsible for their education from primary to university level as well as all their welfare needs.

This is the least the government should do for the 5,000 children orphaned by the Covid-19 pandemic, as the government must take responsibility for their welfare as they lost their parents as a result of the abysmal government failure to keep the death toll of the Covid-19 pandemic at the lowest level possible.

Malaysia has the highest number of deaths per capita in the ASEAN and East Asian regions with 876 deaths per 1 million population – a record which reflected poorly on the government’s capability and public health system.

I hope the government will act boldly to name December 30 as the National Memorial Day for the more than 30,000 Covid-19 dead in Malaysia as well as to set up a special orphanage and adopt the 5,000 children orphaned by the Covid-19 pandemic.

Can the Cabinet decide on these two matters in its next meeting?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 3rd November 2021)


Kerajaan perlu membela nasib 5,000 kanak-kanak yang menjadi yatim akibat wabak Covid-19 yang membunuh lebih dari 29,000 orang dengan menyediakan pusat jagaan anak yatim piatu khas untuk memberikan pendidikan kepada mereka dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, selain menjaga keperluan dan kebajikan mereka

Jumlah kematian akibat Covid-19 selama 22 bulan wabak itu menular telah melepasi paras 29,000 dan kira-kira 5,000 kanak-kanak telah menjadi yatim piatu ekoran kehilangan ibu bapa mereka yang terkorban akibat wabak itu.

13 bulan adalah masa yang diambil oleh Malaysia untuk merekodkan 1,000 kematian pertama pada 17 Februari 2021, namun, jumlah keseluruhan kes kematian meningkat dari 28,000 kepada 29,000 hanya dalam tempoh dua minggu sahaja.

Jangkaan terburuk saya terbukti benar, bahawa pada 100 hari pertama Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan, iaitu pada 7 Disember 2021, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia akan melepasi paras 30,000.

Adakah wabak Covid-19 akan meragut lebih banyak nyawa berbanding wabak Selsema Sepanyol yang berlaku pada 1918, yang membunuh 34,644 orang di Malaysia?

Kerajaan harus membela nasib 5,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat wabak Covid-19 yang membunuh lebih 29,000 orang dengan menyediakan pusat jagaan anak yatim piatu khas untuk memberikan pendidikan kepada mereka dari peringkat sekolah rendah hingga ke menara gading, selain menjaga keperluan dan kebajikan mereka.

Ini adalah antara usaha yang sekurang-kurangnya boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membela nasib 5,000 kanak-kanak berkenaan yang sekelip mata menjadi yatim piatu akibat penularan Covid-19, kerana kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka kerana mereka kehilangan ibu bapa akibat daripada kegagalan kerajaan untuk menurunkan angka kematian akibat Covid-19 ke paras yang serendah mungkin.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per sejuta penduduk tertinggi di rantau ASEAN dan Asia Timur dengan 876 kematian per sejuta penduduk — sebuah rekod yang mencerminkan kemampuan kerajaan yang teruk selain sistem kesihatan awam yang lemah.

Saya berharap kerajaan akan bertindak dengan berani untuk menjadikan 30 Disember sebagai Hari Memorial Kebangsaan bagi memperingati lebih 30,000 mangsa Covid-19 di Malaysia selain menubuhkan sebuah pusat jagaan anak yatim khas untuk membela nasib 5,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu sekelip mata akibat wabak Covid-19.

Bolehkah Kabinet memutuskan kedua-dua perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Rabu, 3 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.