DAP Branches should organise zoom or hybrid-zoom meetings to explain the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) to the Malaysian public


(Versi BM)

It is two weeks after the signing of the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) between the Prime Minister, Ismail Sabri and the Pakatan Harapan leaders, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu and Wilfred Madius Tangau but many people still believe that the CSR MOU was a betrayal of the principles and objectives by the Opposition leaders or that it was a “trap” by Ismail Sabri.

DAP branches should organise zoom or hybrid-zoom meetings to explain the CSR MOU so that the Malaysian public will know that that there is no basis for the belief that the MOU was a betrayal by the Opposition leaders of their principles and objectives or that it was a “trap” by Ismail Sabri.

The case of Nelson Mandela who chose negotiations with the South African apartheid government despite his 23 years’ of incarceration is a good example.

Although Mandela knew that negotiations with the South African National Party would be regarded as a sign of weakness and betrayal, the alternative – and in the case of Covid-19 pandemic, more millions of cases and more tens of thousands of deaths – was too terrible to contemplate.

The CSR MOU will set up a bipartisan steering committee which will have an important role to play – not only to ensure the implementation of the various measures to deal with the Covid-19 pandemic and to reset the political framework with institutional and parliamentary reforms, but to ensure judicial independence and the full implementation of the Malaysia Agreement 1963.

Various proposals have been made to ensure judicial independence and the full implementation of Malaysia Agreement 1963, including the proposal that Prime Minister should not be involved in the appointment of the Chief Justice and the transparency of the final report of MA63.

It will be up to the steering committee to fulfil public expectations on these two issues.

The CSR MOU will end the political intrigues, plots and counterplot surrounding who will be the Prime Minister and focus Parliament single-mindedly on the issue to overcome the Covid-19 pandemic and minimise its adverse economic and social effects as well as to reset the political system with institutional and parliamentary reforms for the next 10-18 months.

The political ceasefire or moratorium does not mean the end of politics which brought all the Members of Parliament to Parliament, as the mandate as to who is to form the government is only deferred until the 15th General Election, whether in 2022 or 2023.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a zoom meeting with DAP leaders on Sunday, September 26, 2021 at 11 pm)


Cawangan-cawangan DAP perlu mengadakan sidang zoom atau perjumpaan secara hibrid untuk menjelaskan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) kepada rakyat

Dua minggu telah berlalu selepas memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) di antara Perdana Menteri, Ismail Sabri, dan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, dan Wilfred Madius Tangau, tetapi masih ramai orang yang merasakan memorandum ini adalah satu pengkhianatan prinsip dan matlamat para pemimpin pembangkang dan merupakan satu “jerat” daripada Ismail Sabri.

Cawangan-cawangan DAP perlu mengadakan sidang zoom atau perjumpaan secara hibrid untuk menjelaskan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSR) kepada rakyat.

Kisah Nelson Mandela yang memilih untuk berbincang dengan kerajaan apartheid walaupun selepas dipenjarakan selama 23 tahun adalah satu contoh yang baik.

Walaupun Mandela tahu yang perbincangan dengan Parti Kebangsaan Afrika Selatan ini akan dilihat sebagai satu tanda kelemahan dan pengkhianatan, alternatifnya — seperti mana dalam keadaan Covid-19 yang dihadapi kita sekarang, berjuta lagi kes dan lebih ramai kematian akibat Covid-19 — dilihat sebagai satu perkara yang terlalu buruk untuk dibayangkan.

MOU CSR ini akan menubuhkan jawatankuasa pemandu bipartisan yang mempunyai peranan yang penting — bukan sahaja untuk memastikan pelaksanaan pelbagai tindakan untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 dan menetapkan semula rangka kerja negara kita dengan reformasi institusi dan parlimen, tetapi juga untuk memastikan terdapatnya kebebasan sistem kehakiman dan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963.

Pelbagai cadangan telah dibuat untuk memastikan terdapatnya kebebasan sistem kehakiman dan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963, termasuklah cadangan supaya Perdana Menteri tidak lagi terlibat dalam pelantikan Ketua Hakim Negara dan ketelusan dalam menerbitkan laporan akhir MA63.

Jawatankuasa pemandu perlu bertanggungjawab untuk memenuhi jangkaan rakyat mengenai kedua-dua isu ini.

MOU CSR ini juga perlu menamatkan sebarang rancangan politik mengenai persoalan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri, sebaliknya menumpukan seluruh usaha Parlimen kepada usaha untuk mengatasi masalah penularan wabak Covid-19 dan mengurangkan kesan-kesan buruknya terhadap ekonomi dan kehidupan sosial dan juga menetapkan semula hala tuju negara dengan reformasi institusi dan parlimen dalam tempoh 10 ke 18 bulan yang akan datang.

Gencatan atau moratorium politik ini tidak bermakna penamat kepada era politik yang membawa semua Ahli-ahli Parlimen ini ke Parlimen, kerana mandat untuk menentukan siapa yang membentuk kerajaan ini hanya ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, baik pada tahun 2022 atau 2023.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam sesi Zoom bersama pemimpin DAP pada hari Ahad, 26 September 2021, jam 11 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.