Lets co-operate to end the longest Covid-19 wave in the world causing two million Covid-19 cases and some 22,000 Covid-19 deaths in Malaysia instead of spending the next 10 to 18 month on political intrigues, plots and counterplots, though any new 10th Prime Minister in such circumstances will not be Anwar Ibrahim


(Versi BM)

Pakatan Harapan has signed a Memorandum of Undertstanding on Transformation and Political Stability with the ninth Prime Minister, Ismail Sabri.

Lets co-operate to end the longest Covid-19 wave in the world causing two million Covid-19 cases and some 22,000 Covid-19 deaths in Malaysia instead of spending the next 10 to 18 months on political intrigues, plots and counterplots though any new 10th Prime Minister in such circumstances will not be Anwar Ibrahim.

In two days’ time, we will celebrate the 58th Malaysia Day on Sept. 16, 2021.

On the 57th Malaysia Day on Sept. 16, 2020, there were a cumulative total of 10,031 Covid-19 cases and 128 Covid-19 deaths. In the last 12 months, Covid-19 cases have increased by over 200 times to over two million Covid-19 cases, while Covid-19 deaths have increased by nearly 170 times to nearly 22,000 Covid-19 deaths.

We do not want this rate of exponential increase to continue for the next 12 months or we will see more Covid-19 cases than Malaysia’s population and an alarming total of over three million Covid-19 deaths at the 59th Malaysia Day on Sept. 16, 2022.

The ravages and destruction to lives and livelihoods, as well as to the national economy must stop, so that Malaysia can embark on economic, social and national recovery.

By the next Malaysia Day on Sept. 16, 2022, Malaysia should be well on the road to recovery and normality.

If Malaysians, regardless of race, religion, region or politics can put aside their differences and unite single-mindedly to end the Covid-19 pandemic, there is a chance we can succeed.

If we continue to allow our differences to take precedence over the Covid-19 pandemic, then we are inexorably hurtling towards a failed state.

Malaysia is capable of better things.

We do not want to be a kleptocracy or a kakistocracy.

We want to be a world-class great nation or in the words of Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman six decades ago, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

But we cannot be “a beacon of light in a difficult and distracted world” if we cannot win the war against the Covid-19 pandemic and cannot break loose from the longest Covid-19 wave in the world since last September, which have caused over two million Covid-19 cases and some 22,000 Covid-19 deaths in the last 12 months!

This is the time that Malaysians show the world that Malaysia can do better.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 14th September 2021)


Mari kita bekerjasama untuk mengakhiri gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang telah mengakibatkan dua juta jangkitan Covid-19 dan sekitar 22,000 kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia — bukannya menghabiskan 10 hingga 18 bulan akan datang untuk melakukan komplot politik dan menyusun plot — Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Ke-10 dengan cara sebegitu

Pakatan Harapan telah menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Perdana Menteri Ke-9, Ismail Sabri.

Mari kita bekerjasama untuk mengakhiri gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang telah mengakibatkan dua juta jangkitan Covid-19 dan sekitar 22,000 kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia — bukannya menghabiskan 10 hingga 18 bulan akan datang untuk melakukan komplot politik dan menyusun plot — Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Ke-10 dengan cara sebegitu.

Dalam masa dua hari lagi, kita akan menyambut Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021.

Pada Hari Malaysia ke-57 pada 16 September 2020, terdapat 10,031 kes terkumpul Covid-19 dan 128 kematian akibat wabak itu. Dalam tempoh 12 bulan lalu, kes Covid-19 telah meningkat lebih 200 kali ganda kepada lebih dua juta kes, sementara kes kematian akibat Covid-19 telah meningkat hampir 170 kali ganda kepada hampir 22,000 kes.

Kita tidak mahu kadar kenaikan sepesat ini berterusan selama 12 bulan akan datang atau kita akan melihat angka kes jangkitan Covid-19 melebihi jumlah populasi Malaysia dan jumlah kes kematian yang lebih membimbangkan dengan lebih tiga juta kes kematian akibat Covid-19 pada Hari Malaysia ke-59 pada 16 September 2022.

Kerosakan dan kehancuran terhadap kehidupan dan mata pencarian, malah ekonomi negara harus dihentikan, agar Malaysia dapat memulakan pemulihan ekonomi, sosial dan negara.

Menjelang Hari Malaysia berikutnya pada 16 September 2022, Malaysia harus menuju ke arah pemulihan untuk kembali kepada kehidupan normal.

Sekiranya rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau politik dapat mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk mengakhiri wabak Covid-19, ada kemungkinan kita akan memperoleh kejayaan.

Sekiranya kita terus membiarkan perbezaan kita lebih diutamakan daripada pandemik Covid-19, maka kita akan terus menuju ke arah negara yang gagal.

Malaysia mampu melakukan perkara yang lebih baik.

Kita tidak mahu menjadi kleptokrasi atau kakistokrasi.

Kita mahu menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia atau dalam kata-kata Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman enam dekad yang lalu, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Tetapi kita tidak boleh menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” jika kita tidak dapat memenangi perang melawan Covid-19 dan tidak dapat melepaskan diri daripada gelombang Covid-19 terpanjang di dunia yang berlarutan sejak September lalu, yang telah mengakibatkan lebih dua juta kes jangkitan Covid-19 dan kira-kira 22,000 kes kematian akibat Covid-19 sejak 12 bulan yang lalu!

Inilah masanya rakyat Malaysia menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia dapat melakukan yang lebih baik.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 14 September 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.