Call on Ministers who oppose government appeal against High Court decision that children born overseas to Malaysian mothers are entitled to Malaysian citizenship by operation of law to jointly raise the issue to withdraw the government appeal at this week’s Cabinet meeting


(Versi BM)

I call on Ministers who oppose the government appeal against the High Court decision that children born overseas to Malaysian mothers are entitled to Malaysian citizenship by operation of law to jointly raise the issue to withdraw the government appeal at this week’s Cabinet meeting.

So far, at least three federal Ministers had expressed their support for the High Court ruling, namely the de facto Law Minister, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, the Women, Family and Community Development Minister, Rina Harun, and the Plantation Industries and Commodities Minister, Zuraida Kamaruddin.

Are there no other Cabinet Ministers who are in support of the High Court ruling, like the Minister for Tourism, Arts and Culture Nancy Shukri, the Higher Education Minister, Noraini Ahmad and the Minister for National Unity Halimah Mohamed Sadique?

Wan Junaidi, Rina Harun and Zuraida Kamaruddin should jointly raise the issue of the government appeal at the Cabinet meeting this week and should canvass for support on the issue from other Ministers before the Cabinet meeting.

This is a test as to what is the extent of their support for the hHigh Court decision that children born overseas to Malaysian mothers are entitled to Malaysian citizenship by operation of law.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, Sept. 14, 2021)


Seruan kepada Menteri yang menentang rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang, untuk membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet untuk menarik semula rayuan yang dikemukakan kerajaan

Saya menyeru kepada Menteri-menteri yang menentang rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang, untuk membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet untuk menarik semula rayuan yang dikemukakan kerajaan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga Menteri persekutuan telah menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut — mereka adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin.

Tidak adakah Menteri Kabinet lain yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi ini, sama ada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique?

Wan Junaidi, Rina Harun dan Zuraida Kamaruddin harus bersama-sama membangkitkan isu rayuan kerajaan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini dan perlu merayu sokongan daripada menteri lain mengenai isu tersebut sebelum mesyuarat Kabinet.

Ini adalah ujian tentang sejauh mana sokongan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui proses undang-undang.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa 14 September 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.