Anything to cheer Malaysians a week to the 64th National Day on August 31, 2021?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Is there anything to cheer Malaysians a week to the 64th National Day on August 31, 2021?

We are supposed to move into Phase 3 of the National Recovery Plan after National Day fulfilling three conditions, namely less than 500 daily Covid-19 cases, sufficient ICU beds available and 60% of adult population vaccinated.

Since the announcement of the National Recovery Plan on June 15, 2021, Malaysia had never achieved the first condition of less than 4,000 daily cases by the end of June, as apart from two days – on June 21 when we had 4,611 cases and June 22 when we had 4,743 cases – we had ranged from 5,150 daily cases on 16th June to 9,353 cases on July 7 before July 12, 2021, and after that from July 13, 2021, we had five-digit cases reaching a peak of 23,564 daily cases on 20th August 2021.

What is clearly established about the National Recovery Plan announced on June 15, 2021 is the fact that in mid-June, those responsible for the war against the Covid-19 pandemic never expected the new daily cases to reach five-digit numbers as they were expecting the new Covid-19 cases to drop to below 500 cases after National Day.

This is an expensive lesson which we must learn, as from June 15, 2021 to now, there had been 925,726 new Covid-19 cases averaging a 13,224 daily cases and 10,484 Covid-19 deaths averaging a daily toll of 150 deaths, instead of daily new Covid-19 cases descending to below 500 cases.

In terms of ICU capacity, the number of ICU patients is still in four digit figures, first reached on July 26, 2021, with active cases achieving its highest peak of 262,713 cases yesterday.

Only the vaccination rate in the National Recovery Plan seems achievable for Labuan (92.4% fully vaccinated), Sarawak (85.4%), Klang Valley (85.2%), Negri Sembilan (72.3%), Perlis (62.4%), while the other states, the vaccination rate lagged far behind – Penang (47.1%), Malacca (46.8%), Terengganu (42.7%), Perak (41.4%), Johore (38.8%), Kedah (38.3%), Kelantan (37.6%) and Sabah (31.4%) – requiring urgent acceleration.

But this is a percentage for the adult population, i.e. 18 years old and above, which accounts for about 70% of the population.

The sorry state of the Covid-19 pandemic in Malaysia urgently demand a new policy, strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic which must be “all-of-government” and “whole-of-society” – as the country will break the 1.6 million mark for cumulative total of Covid-19 cases today and set to mark the grimmest 64th National Day in a week’s time with over 1.7 million Covid-19 cases and close to 16,000 Covid-19 deaths, earning for Malaysia the 23rd rank among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases.

The ninth Prime Minister has come into office with the lowest public expectations but I am prepared to suspend judgement to give him the opportunity to prove the pessimists wrong and that he could create the conditions to develop a national consensus on the challenges facing Malaysia in the next 12 – 18 months and unite all Malaysians in one “Malaysian family”.

The first tests will come when Ismail Sabri announces his Cabinet and his actions before the vote of confidence in Parliament next month.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, August 2021)

 


Adakah apa-apa untuk menggembirakan rakyat Malaysia seminggu sebelum Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos 2021?

Adakah apa-apa untuk menggembirakan rakyat Malaysia seminggu sebelum Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos 2021?

Kita sepatutnya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara selepas Hari Kebangsaan dengan memenuhi tiga syarat, iaitu, kurang daripada 500 kes baharu Covid-19, jumlah katil unit rawatan rapi yang mencukupi, dan 60% populasi dewasa telah menerima vaksin.

Sejak daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, negara kita tidak pernah mencapai syarat pertama; kurang daripada 4,000 kes harian menjelang hujung bulan Jun — memandangkan selain daripada dua hari pada 21 dan 22 Jun di mana kita mencatatkan 4,611 dan 4,743 kes — kita telah mencatatkan di antara 5,150 kes pada 16 Jun sehingga 9,353 kes pada 7 Julai sebelum mula mencatatkan kes harian dalam julat lima angka dengan angka tertinggi mencecah 23,564 kes pada 20 Ogos 2021.

Apa yang jelas daripada Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan pada 15 Jun ini adalah fakta di mana pada pertengahan bulan Jun, mereka yang bertanggungjawab terhadap perang melawan wabak Covid-19 ini tidak menjangkakan langsung yang angka kes harian akan mencapai lima angka, kerana mereka menjangkakan penurunan kepada bawah dari 500 kes sehari selepas Hari Kebangsaan.

Perkara ini adalah satu pengajaran yang amat mahal yang kita perlu insafi, daripada 15 Jun sehingga hari ini, terdapat 925,726 kes baharu yang memberikan purata sebanyak 13,224 kes sehari 10,484 kematian akibat Covid-19, purata sebanyak 150 kematian sehari, dan bukannya penurunan kepada julat di bawah 500 kes sehari.

Dari segi penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU), kadar pesakit ICU masih lagi melebihi empat angka, perkara ini pertama kali dicatatkan pada 26 Julai 2021, dengan jumlah kes aktif mencapai kemuncak baharu 262,713 kes semalam.

Hanya kadar vaksinasi dalam Pelan Pemulihan Negara sahaja yang kelihatan boleh dicapai, terutamanya di negeri seperti Labuan (92.4% divaksinasi sepenuhnya), Sarawak (85.4%), Lembah Klang (85.2%), Negeri Sembilan (72.3%), Perlis (62.4%), sementara di negeri-negeri lain, kadar vaksinasi masih ketinggalan jauh — Pulau Pinang (47.1% ), Melaka (46.8%), Terengganu (42.7%), Perak (41.4%), Johor (38.8%), Kedah (38.3%), Kelantan (37.6%) dan Sabah (31.4%) — yang memerlukan pecutan segera program vaksinasi.

Tetapi, angka ini hanya mewakili populasi dewasa, iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang terdiri daripada kira-kira 70% jumlah populasi negara.

Keadaan buruk Covid-19 di negara kita ini memerlukan dasar, strategi, dan pendekatan baharu dalam perang melawan wabak ini, yang mesti melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” — memandangkan negara kita bakal memecahkan siling 1.6 juta kes terkumpul Covid-19 hari ini, dan bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-64 yang amat suram dalam masa seminggu lagi dengan lebih daripada 1.7 juta kes Covid-19 dan hampir 16,000 kematian akibat Covid-19, meletakkan Malaysia di tangga ke-23 di dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi.

Perdana Menteri kesembilan telah pun masuk ke pejabatnya dengan jangkaan terendah daripada rakyat, tetapi saya bersedia untuk menggantung penilaian saya kepada beliau untuk memberikan beliau peluang membuktikan semua pessimis tersilap dan bahawa beliau mampu mencipta keadaan untuk membolehkan satu konsensus kebangsaan baharu dibina untuk membantu negara kita berhadapan dengan cabaran yang dihadapi dalam masa 12 ke 18 bulan yang akan datang untuk menyatukan semua rakyat Malaysia sebagai satu “Keluarga Malaysia”.

Ujian pertama kepada Ismail Sabri akan tiba apabila beliau mengumumkan senarai Kabinet dan tindakan-tindakan beliau sebelum undian pegangan majoriti beliau di Parlimen pada bulan hadapan.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.