Azalina’s resignation as Deputy Speaker of Parliament opens the way for far-reaching parliamentary reforms where a Deputy Speaker comes from the Opposition


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The resignation of Azalina Othman Said as Parliamentary Deputy Speaker opens the way for far-reaching parliamentary reforms where a Deputy Speaker comes from the Opposition.

But this must be part of major parliamentary and institutional reforms which the new Prime Minister must commit himself to carry out.

There are many things which the new Prime Minister must commit himself to do – in particular a “whole-of society” strategy and approach to win the war against the Covid-19 pandemic.

This is why the new Prime Minister must be open to criticisms and suggestions, like those from the Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Malaysia (FPMPAM) and Malaysian Medical Association (MMA) over the dropping of general practitioners (GPs) from the National Covid-19 Immunisation Programme (NIP); the acceleration of the national vaccination roll-out in the states outside the Klang Valley; the resumption of supplementary food programme for school-children and a new policy to end the high Covid-19 death rates and to protect lives and livelihoods.

The political crisis facing the country can only be resolved by all parties returning to the bedrock principles of nation-building laid down by the Malaysian Constitution and Rukun Negara – constitutional monarchy based on parliamentary democracy, the doctrine of separation of powers, the rule of law, upholding good governance and human rights.

We must return to normality before we can embark on the next stage of national endeavour – to fulfil Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

But before we can “a beacon of light” to the world, we must achieve the status of a world-class great nation and not be in the trajectory of a failed state.

This is the challenge facing the new Prime Minister.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 24th August 2021)

 


Peletakan jawatan oleh Azalina sebagai Timbalan Speaker membuka jalan untuk reformasi Parlimen dengan melantik seorang Timbalan Speaker daripada kalangan Ahli-ahli Pembangkang

Peletakan jawatan oleh Azalina sebagai Timbalan Speaker membuka jalan untuk reformasi Parlimen dengan melantik seorang Timbalan Speaker daripada kalangan Ahli-ahli Pembangkang.

Namun, perkara ini mestilah menjadi sebahagian daripada reformasi Parlimen dan institusi yang memerlukan komitmen pelaksanaan daripada Perdana Menteri sendiri.

Terdapat banyak perkara yang memerlukan komitmen Perdana Menteri — terutamanya pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan masyarakat” untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19.

Kerana inilah Perdana Menteri baharu ini perlu bersifat terbuka kepada kritikan dan cadangan, seperti yang telah diberikan oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai tindakan mengetepikan peranan doktor am swasta dalam Program Immunisasi Kebangsaan (PICK); pemecutan pelaksanaan program vaksinasi di negeri-negeri di luar Lembah Klang; sambungan semula program bantuan makanan khas untuk pelajar sekolah dan dasar baharu untuk mengakhiri angka kematian akibat Covid-19 yang tingggi dan untuk meneyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Krisis politik yang dihadapi negara hanya boleh diselesaikan dengan semua parti-parti politik kembali semula kepada prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara — sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, dan penghormatan kepada hak asasi manusia.

Kita perlu kembali kepada kehidupan normal sebelum kita boleh memulakan fasa seterusnya perjuangan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah sinar cahaya dalam dunia yang kelam dna terganggu.

Namun, sebelum kita boleh menjadi “sinar cahaya” kepada dunia, kita perlu mencapai status negara hebat bertaraf dunia, bukannya kekal dalam arah menjadi sebuah negara gagal.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri baharu kita.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 24 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.