Is there any explanation why we are heading towards over 6,000 Covid-19 deaths in the month of August – the National Day month – when in August last year there were only two Covid-19 deaths?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Is there any explanation why Malaysia is heading towards over 6,000 Covid-19 deaths in the month of August – the National Day month – when in August last year there were only two Covid-19 deaths?

In the first eleven days of August, there had been 2,349 Covid-19 deaths when in the first month of the Emergency from January 11 – Feb. 10, 2021, there had only been 268 Covid-19 deaths!

A community activist Dr. Mohamed Rafick Khan had observed in his blog that the two per cent of Covid-19 cases in Stage 3, 4 and 5 had remained constant even before vaccination started globally.

As Dr. Rafick pointed out: “Vaccination did not shift this percentage. It remains at 98%.”

Dr. Rafick said the 2% had remained constant but the distribution of cases within stages 3-5 and deaths had worsened.

He said: “This has nothing to do with vaccination. The distribution and death stats degradation due to poor capacity and capabilities at the hospitals. It relates to medical staff fatigue and serious loss of motivation.

“We are facing this issue today because policy-makers have not paid adequate attention to hospital development. They had relied on the private sector to provide the services. We have not hired and trained adequate medical resources.

“So when KKM and MKN are using the new parameters under NRP to determine the phases, the public needs to understand the meaning of hospital admission data and deaths numbers.

“The improving phase does not mean the situation on the ground is improving. If vaccination is effective, death and Stage 5 numbers will be closer to nill, and we should have more patients in Stages 3 and 4. We must remain vigilant and guarded.”

As it is, we seem to be helpless to prevent the National Day Month from being the most tragic month of the 20-month Covid-19 pandemic – with a cumulative total of over 1.7 million Covid-19 cases and over 15,000 Covid-19 deaths.

Yesterday, we were the world’s top 11th country in daily new Covid-19 deaths.

This is not yet taking into account the unprecedented high suicide and suicide-attempt rates in the country as a result of the Covid-19 pandemic.

While there is lot of talk about decriminalising suicide attempts, criminal charges are still be preferred against those attempting suicide, although what they needed most are psychiatric help and not to be treated as criminals.

Until legislative action is taken to decriminalise suicide attempts, I call on the government to demonstrate compassion and empathy and announce an immediate moratorium and halt all prosecution of pending suicide attempt cases.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, August 12, 2021)

 


Adakah terdapat sebarang penjelasan tentang mengapa kita sedang menuju ke arah untuk merekodkan lebih dari 6,000 kes kematian akibat Covid-19 pada bulan Ogos – iaitu bulan Hari Kebangsaan – sedangkan pada bulan Ogos tahun lalu hanya dua kes kematian akibat wabak itu dicatatkan?

Adakah terdapat sebarang penjelasan tentang mengapa kita sedang menuju ke arah untuk merekodkan lebih dari 6,000 kes kematian akibat Covid-19 pada bulan Ogos – iaitu bulan Hari Kebangsaan – sedangkan pada bulan Ogos tahun lalu hanya dua kematian akibat wabak itu dicatatkan?

Pada sebelas hari pertama bulan Ogos, terdapat 2,349 kematian akibat Covid-19 dicatatkan sedangkan semasa bulan pertama pelaksanaan Darurat dari 11 Januari – 10 Februari 2021, hanya 268 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di negara ini!

Seorang aktivis masyarakat Dr. Mohamed Rafick Khan telah menulis pemerhatian beliau di blognya bahawa dua peratus kes Covid-19 di Tahap 3, 4 dan 5 tetap berterusan dicatatkan sebelum vaksinasi bermula di peringkat global.

Seperti yang diperkatakan Dr. Rafick: “Vaksinasi tidak mengubah peratusan ini. Ia kekal pada 98%.”

Dr. Rafick berkata bahawa peratusan 2% tersebut tetap berterusan tetapi taburan kes dalam tahap 3-5 dan kematian akibat wabak berkenaan semakin memburuk.

Katanya: “Ini tiada kaitan dengan vaksinasi. Taburan dan statistik angka kematian yang semakin teruk adalah disebabkan oleh kapasiti dan keupayaan yang lemah di hospital. Ini berkaitan dengan keletihan kakitangan perubatan dan kehilangan motivasi yang serius.

“Kita menghadapi masalah ini ketika ini kerana pembuat dasar belum memberikan perhatian yang mencukupi terhadap perkembangan di hospital. Mereka bergantung pada sektor swasta untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Kita belum mengambil dan melatih kakitangan perubatan yang mencukupi.

“Justeru apabila KKM dan MKN menggunakan parameter baru di bawah PPN untuk menentukan fasa, orang ramai perlu memahami maksud data kemasukan ke hospital dan angka kematian.

“Peralihan dari Fasa ke Fasa tidak bererti keadaan di lapangan semakin baik. Sekiranya vaksinasi berkesan, angka kematian dan jumlah pesakit yang berada di Tahap 5 akan semakin berkurangan, dan kita sepatutnya hanya merawat pesakit di Tahap 3 dan 4. Kita mesti tetap perlu berwaspada dan berjaga-jaga.”

Seperti sekarang, kita nampaknya tidak berdaya untuk mengelakkan Bulan Hari Kebangsaan tahun ini menjadi bulan paling tragis sepanjang Covid-19 merebak sejak 20 bulan yang lalu – dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 melebihi 1.7 juta kes dan lebih daripada 15,000 kematian akibat wabak itu.

Semalam, kita adalah negara ke-11 teratas di dunia dalam kes kematian harian baharu akibat Covid-19.

Ini belum lagi mengambil kira tahap percubaan bunuh diri dan kes bunuh diri yang tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini di negara ini ekoran kesan penularan wabak Covid-19.

Ketika ramai orang memperkatakan tentang isu percubaan membunuh diri, tuduhan jenayah tetap menjadi pilihan pihak berkuasa terhadap mereka yang cuba membunuh diri, sedangkan yang paling mereka perlukan adalah sokongan psikiatri dan bukannya diperlakukan seperti penjenayah.

Sehingga tindakan perundangan diambil untuk melaksanakan nyahjenayah terhadap percubaan bunuh diri, saya meminta kerajaan untuk menunjukkan belas kasihan dan empati dengan mengumumkan moratorium segera dan menghentikan semua pendakwaan kes percubaan bunuh diri yang belum selesai.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 12 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.