Police should not misuse their powers by trampling on the constitutional rights of Malaysians to freedom of speech and expression


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Police should not misuse their powers by tramping on the constitutional rights of Malaysians to freedom of speech and expression.

The swift and draconian actions by the police against four persons over claims they insulted the Kedah Mentri Besar Mohammad Sanusi Md Nor have shocked and revolted Malaysians, in particular the way a 61-year-old senior citizen who had called Sanusi “stupid” for his remark about containers being used as a morgue had been arrested in Lenggeng in Negri Semibilan and dragged to Kedah for investigations.

It is time that the Inspector-General of Police, Acryl Sani Abdullah intervene and be mindful of the image the police want to project – that the police is a friend and protector of the citizen and not officialdom and that Malaysia is not a police state – and ensure that the police image is not undermined by over-zealous police personnel who misconstrue their role and duties.

After all, Sanusi Nor has full access to civil action to clear his name.

The call by a civil society coalition for health and police services to be scrutinised by Parliament Special Select Committees to ensure accountability and impartiality of their services is most timely and appropriate as the police action on the Kedah Mentri Besar’s rash and unwise remarks could only undermine public trust and police image.

The police officials responsible for the arrests across states over the Kedah Mentri Besar’s remarks at a time of Covid-19 pandemic should be hauled up before the Parliamentary Select Committee to justify their inconsiderate and draconian actions.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 11th August 2021)

 


Polis tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasanya dengan menidakkan hak kebebasan bersuara dan berpendapat rakyat Malaysia

Pihak Polis tidak boleh menyalahgunakan kuasanya dengan menidakkan hak kebebasan bersuara dan berpendapat rakyat Malaysia.

Tindakan pantas dan tidak berpatutan oleh pihak Polis terhadap empat orang atas dakwaan mereka telah menghina Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Md Nor, telah mengejutkan rakyat Malaysia, terutamanya tentang bagaimana seorang warga emas berusia 61 tahun — yang memanggil Sanusi “bodoh” kerana kenyataannya mengenai penggunaan kontena untuk menyimpan jenazah mangsa Covid — yang telah diheret dari Lenggeng di Negeri Sembilan ke Kedah untuk siasatan.

Sudah tiba masanya untuk Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah, masuk campur untuk menjaga imej pasukan polis, sebagai rakan dan pelindung rakyat, bukannya pelindung mereka yang berkuasa sahaja, dan untuk mengekalkan pandangan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara polis, untuk mengelakkan tindakan sesetengah anggota yang mungkin akan mencemarkan maruah pasukan polis secara amnya.

Sedangkan Sanusi sentiasa mempunyai ruang untuk mengambil tindakan sivil untuk membersihkan namanya sendiri.

Seruan daripada persatuan sivil, untuk perkhidmatan kesihatan dan polis diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memastikan terdapat semangat bertanggung jawab amatlah bertepatan masanya. Tindakan Polis mengenai kenyataan kasar dan tidak senonoh Menteri Besar Kedah ini hanya akan mencemarkan maruah pasukan polis dan menghakis kepercayaan rakyat kepada pasukan polis.

Pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas penangkapan merentas negeri mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah semasa negara sedang dilanda wabak Covid-19 ini perlu dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka yang drakonian dan tidak berpatutan.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 11 Ogos 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.