#kerajaangagal175 – Is there any Minister who dare to deny that Malaysia is likely to pass the million mark for cumulative total of Covid-19 cases by the end of this month and what is the government doing about a new strategy to prepare Malaysians to live with the coronavirus?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

In the first week of May, the Indonesian Health Ministry advised Indonesians to stay home and tighten their 3M health protocols against Covid-19 infection (masks, hand washing and maintaining social distancing) ahead of the Hari Raya Aidilfitri holidays warning them to learn from India and Malaysia: “Learn from India and Malaysia for surely we don’t want Indonesia to face the same problem”.

Two months later, Indonesia had overtaken Malaysia and India as a worst-performing nation in the Covid-19 pandemic.

Yesterday, Indonesia had 54,417 new Covid-19 cases and 991 Covid-19 deaths while India had 41,854 new Covid-19 cases and 580 Covid-19 deaths and Malaysia had 11,618 new Covid-19 cases and 118 Covid-19 deaths.

The great difference between India and Malaysia is that the former is on a sharp decline in the Covid-19 curve for Covid-19 cases while Malaysia is on the upsurge.

India fell from its peak of daily Covid-19 cases of 414,433 cases on May 6, 2021 to 41,854 new Covid-19 cases yesterday, a phenomenal drop of 90%, while Malaysia established a new peak yesterday with 11,618 cases.

A virologist in Universiti Sains Malaysia has warned that the daily Covid-19 infections could double up to nearly 20,000 a day within the next two weeks, given the number of cases caused by more infectious Delta variant.

Health director-general Noor Hisham Abdullah also expects Covid-19 cases to continue increasing over the next fortnight before stabilising, because of variants of concern, such as the Delta strain, which he said had been wreaking havoc in the Klang Valley.

Yesterday, Malaysia with 11,618 new Covid-19 cases, maintained its position as the world’s top 13th country for daily new Covid-19 cases after Brazil (57,664 cases), Indonesia (54,517), UK (42,302), India (41,854), USA (35,267), Spain (26, 390), Russia (23,827), Iran (23,371), Argentina (19,697), South Africa (17,480), Colombia (17,230) and Bangladesh (12,383).

With 118 new Covid-19 deaths yesterday, Malaysia is also the world’s top 13th country for daily Covid-19 deaths, after Brazil (1,574 deaths), Indonesia (991), Russia (786), Argentina (610), India (580), Colombia (498), South Africa (453), USA (359), Mexico (219), Bangladesh (210), Iran (184) and Peru (146).

With cumulative total of 867,567 Covid-19 cases, we are now ranked No. 32 among nations with most cumulative total of Covid-19 cases, when eight months ago, we were ranked No. 85 – overtaking 53 countries in the process.

In “Total cases per 1 million population” index for July 13, 2021 in the Our World in Data website, Malaysia at 26,445 is the highest in Asia, ASEAN and the Pacific – Singapore 10,724, Indonesia 9,562; Myanmar 3,699, Thailand 5,067; Philippines 13,521, Cambodia 3,750, Brunei 644, Vietnam 363, Laos 398, China 64, India 22,424, Japan 6,522, South Korea 3,353, Hong Kong 1,594, Taiwan 642, Australia 1,232 and New Zealand 578.

By any measure, macro and micro, Malaysia is among the world’s worst-performing nations in the Covid-19 pandemic.

It is shocking that this is a fact which the Cabinet has refused to admit.

Is there any Minister who dare to deny that we are likely to pass the million mark for cumulative total of Covid-19 cases by the end of this month and that when Malaysia marks the 58th National Day on August 31, we would have more than 10,000 Covid-19 deaths, not to mention the high rate of suicides in the country as a result of the Covid-19 pandemic?

Did the Cabinet discuss this shocking prospect, what did the Cabinet decide and what is the government doing about a new strategy to prepare Malaysians to live with the coronavirus?

I waited for the outcome of the Cabinet meeting yesterday, hoping that it would mark a new start and new strategy in the invisible but lethal war against the Covid-19 pandemic.

But there was none – only a short statement after the Cabinet meeting expressing the unanimous support of the Ministers (including the nine UMNO Ministers) for the Prime Minister, Muhyiddin Yassin.

It was a snub for the UMNO President and the UMNO Supreme Council, but it showed that the Cabinet could not rise to the challenge of the existential threat to the nation posed by the Covid-19 pandemic, though they are very capable of responding to the existential threat to the Cabinet posed by the UMNO President and UMNO Supreme Council.

When will the Cabinet set an example to stop politicking and focus on turning the tides of defeat to win the war against the Covid-19 pandemic and plan for Malaysia to return to normalcy as is happening in other countries?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 15th July, 2021)

 


#kerajaangagal175 — Adakah mana-mana Menteri yang berani menafikan bahawa Malaysia berkemungkinan akan melepasi angka sejuta kes Covid-19 terkumpul pada akhir bulan ini dan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan mengenai strategi baru untuk mempersediakan rakyat untuk hidup bersama dengan wabak ini?

Dalam minggu pertama bulan Mei, Kementerian Kesihatan Indonesia menasihatkan orang Indonesia untuk kekal berada di rumah dan mematuhi protokol kesihatan 3M mereka terhadap jangkitan Covid-19 (memakai topeng pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak sosial) menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang memperingatkan mereka untuk belajar dari India dan Malaysia: “Belajarlah dari India dan Malaysia kerana kita pasti tidak mahu Indonesia menghadapi masalah yang sama”.

Dua bulan kemudian, Indonesia telah mengatasi Malaysia dan India sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan Covid-19.

Semalam, Indonesia mencatatkan 54,417 kes Covid-19 baru dan 991 kematian akibat Covid-19 sementara India mencatatkan 41,854 kes Covid-19 baru dan 580 kematian akibat Covid-19 manakala Malaysia mencatatkan 11,618 kes Covid-19 baru dan 118 kematian akibat Covid-19.

Perkara yang membezakan India dan Malaysia adalah hakikat di mana India mencatatkan penurunan mendadak kes Covid-19 sedangkan Malaysia pula sedang mencatatkan peningkatan.

Jumlah kes di India jatuh dari kemuncak 414,433 kes pada 6 Mei 2021 kepada 41,854 kes Covid-19 baru semalam, penurunan 90% yang luar biasa, sementara Malaysia mencapai kemuncak baharu semalam dengan 11,618 kes.

Seorang pakar virologi di Universiti Sains Malaysia telah memberi amaran bahawa jangkitan Covid-19 harian boleh meningkat dua kali ganda hingga hampir 20,000 sehari dalam dua minggu ke depan, memandangkan jumlah kes disebabkan oleh varian Delta yang lebih menular.

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah juga menjangkakan kes Covid-19 akan terus meningkat dalam dua minggu berikutnya sebelum stabil, kerana varian yang membimbangkan, seperti varian Delta, yang menurutnya telah menyebabkan malapetaka di Lembah Klang.

Semalam, Malaysia dengan 11,618 kes Covid-19 baru, mengekalkan kedudukannya sebagai negara ke-13 teratas di dunia dengan kes Covid-19 baru harian tertinggi selepas Brazil (57,664 kes), Indonesia (54,517), UK (42,302), India (41,854), Amerika Syarikat (35,267), Sepanyol (26, 390), Rusia (23,827), Iran (23,371), Argentina (19,697), Afrika Selatan (17,480), Kolombia (17,230) dan Bangladesh (12,383).

Dengan 118 kematian Covid-19 baru semalam, Malaysia juga merupakan negara ke-13 teratas di dunia untuk kematian Covid-19 harian, di belakang Brazil (1,574 kematian), Indonesia (991), Rusia (786), Argentina (610), India (580) , Colombia (498), Afrika Selatan (453), Amerika Syarikat (359), Mexico (219), Bangladesh (210), Iran (184) dan Peru (146).

Dengan jumlah kumulatif sebanyak 867,567 kes Covid-19, kita sekarang berada di tangga ke-32 di antara negara-negara dengan jumlah keseluruhan kes kumulatif Covid-19, sedangkan lapan bulan yang lalu, kita berada di tempat ke-85 — mengatasi kedudukan 53 negara dalam tempoh ini.

Dalam indeks “Jumlah kes per sejuta penduduk” untuk 13 Julai 2021 di laman web Our World in Data, Malaysia dengan 26,445 kes per sejuta penduduk adalah yang tertinggi di Asia, ASEAN dan kawasan serantau Pasifik — Singapura 10,724, Indonesia 9,562; Myanmar 3,699, Thailand 5,067; Filipina 13,521, Kemboja 3,750, Brunei 644, Vietnam 363, Laos 398, China 64, India 22,424, Jepun 6,522, Korea Selatan 3,353, Hong Kong 1,594, Taiwan 642, Australia 1,232 dan New Zealand 578.

Tidak kira apa pun ukurannya, baik mikro mahupun makro, Malaysia adalah antara negara dengan prestasi paling buruk di dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Sangat mengejutkan apabila perkara ini enggan diperakui oleh Kabinet.

Adakah mana-mana Menteri yang berani menafikan bahawa Malaysia berkemungkinan akan melepasi angka sejuta kes Covid-19 terkumpul pada akhir bulan ini dan apabila kita akan menyambut Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos yang akan datang, kita akan mempunyai lebih daripada 10,000 kematian akibat Covid-19, tanpa mengira lagi kematian akibat peningkatan kejadian bunuh diri yang disebabkan oleh pandemik ini?

Adakah Kabinet membincangkan perkara ini? Apakah yang diputuskan oleh Kabinet? Dan apakah yang kerajaan sedang lakukan mengenai strategi baharu untuk mempersediakan rakyat Malaysia untuk hidup bersama dengan selamat dengan pandemik ini?

Saya menunggu hasil mesyuarat Kabinet semalam, dengan harapan ia dapat menandakan permulaan baru dan strategi baru dalam perang melawan Covid-19.

Tetapi tidak ada — hanya pernyataan pendek selepas mesyuarat Kabinet menyatakan sokongan sebulat suara para Menteri (termasuk sembilan Menteri UMNO) untuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Perkara itu hanyalah merupakan satu penghinaan kepada Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO, tetapi lebih penting lagi, ia menunjukkan sebuah Kabinet yang tidak bersedia untuk menumpukan usahanya kepada cabaran eksistensial yang dihadapi oleh negara yang dibawa oleh pandemik Covid-19 ini, sebaliknya hanya tertumpu kepada usaha untuk memberikan respons kepada cabaran terhadap Kabinet yang dilontarkan oleh Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO.

Bilakah Kabinet akan mula menunjukkan tauladan untuk berhenti berpolitik dan menumpukan usaha mereka untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan merancang untuk mengembalikan Malaysia ke arah kenormalan seperti yang sedang berlaku di negara-negara lain?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 15 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.