#kerajaangagal174 – Yesterday, Malaysia became the world’s top 13th country for daily new Covid-19 cases and world’s top 10th country for daily Covid-19 deaths


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Yesterday, Malaysia became the world’s top 13th country for daily new Covid-19 cases and world’s top 10th country for daily Covid-19 deaths.

Health director-general Noor Hisham Abdullah expects Covid-19 cases to continue increasing over the next fortnight before stabilising, because of variants of concern, such as the Delta strain, which he said had been wreaking havoc in the Klang Valley.

If Noor Hisham is right, then Malaysia would break into the world’s Top 10 countries for daily new Covid-19 cases. Will Malaysia be among the world’s Top 5 countries for daily new Covid-19 deaths?

At present, the world’s top 13 countries for daily new Covid-19 cases are:

1. Indonesia – 47,899 cases
2. Brazil – 45,094
3. Spain – 43,960
4. India – 40,215
5. UK – 36,660
6. USA – 28,923
7. Russia – 24,702
8. Iran – 22,750
9. Argentina – 20,023
10. Colombia – 17,532
11. South Africa- 12,535
12. Bangladesh- 12,198
13. Malaysia – 11,079

The world’s top 10 countries yesterday for the daily new Covid-19 deaths are:

1. Brazil – 1,613
2. Indonesia – 864
3. Russia – 780
4. South Africa – 633
5. Colombia – 504
6. Argentina – 385
7. USA – 307
8. Bangladesh – 203
9. Iran – 166
10. Malaysia 125

Malaysia does not want to be in such leagues.

At one time, Malaysia was some 50 positions behind China in the number of Covid-19 cases. But we are now ranked No. 22 in the world with 855,949 cumulative total of Covid-19 cases and 6,385 Covid-19 deaths, while China is ranked No. 101 with 92,119 Covid-19 cases and 4,636 Covid-19 deaths.

Even the United States of America, for one year the worst country in the world in the Covid-19 pandemic, is catching up with Malaysia in new daily Covid-19 cases and deaths.

I believe Malaysia is capable of doing better to bring the Covid-19 pandemic under control – but we need a new strategy to fight the invisible but lethal war against the Covid-19 pandemic.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 14th July , 2021)

 


#kerajaangagal174 — Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 dan jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah yang ke-13 dan yang ke-10 tertinggi di dunia

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 dan jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah yang ke-13 dan yang ke-10 tertinggi di dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah menjangkakan yang kes Covid-19 ini akan terus meningkat dalam masa dua minggu yang akan datang sebelum mula stabil, kerana pelbagai varian koronavirus yang membimbangkan, seperti varian Delta, yang beliau katakan sedang memporak-perandakan keadaan di Lembah Klang.

Sekiranya apa yang dikatakan Noor Hisham ini tepat, maka negara kita akan menjadi salah satu daripada sepuluh negara dengan jumlah kes harian tertinggi. Adakah negara kita juga akan menjadi salah satu daripada lima negara teratas dari segi kematian akibat Covid-19?

Buat masa ini, 13 negara dengan jumlah kes baharu tertinggi adalah:

1. Indonesia – 47,899 kes

2. Brazil – 45,094

3. Sepanyol – 43,960

4. India – 40,215

5. UK – 36,660

6. Amerika Syarikat – 28,923

7. Rusia – 24,702

8. Iran – 22,750

9. Argentina – 20,023

10. Colombia – 17,532

11. Afrika Selatan- 12,535

12. Bangladesh- 12,198

13. Malaysia – 11,079

10 negara dengan jumlah kematian akibat Covid-19 yang tertinggi pula adalah:

1. Brazil – 1,613

2. Indonesia – 864

3. Rusia – 780

4. Afrika Selatan – 633

5. Colombia – 504

6. Argentina – 385

7. Amerika Syarikat – 307

8. Bangladesh – 203

9. Iran – 166

10. Malaysia 125

Kita tidak mahu negara kita berada dalam kedudukan sebegini.

Pada suatu masa dahulu, Malaysia berada 50 kedudukan di belakang China dari jumlah kes terkumpul Covid-19. Tetapi kini jumlah kes terkumpul Covid-19 di negara kita adalah yang ke-32 tertinggi di dunia, dengan 855,949 kes dan 6,385 kematian akibat Covid-19. Manakala China pula berada di tempat ke-101 dengan 92,119 kes terkumpul dan 4,636 kematian.

Malah, Amerika Syarikat, yang untuk setahun lepas, merupakan negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19 ini, kini sedang beransur bertambah baik berbanding dengan situasi di Malaysia.

Saya percaya yang Malaysia boleh melakukan dengan lebih baik untuk mengawal penularan wabak ini — tetapi kita memerlukan strategi baharu untuk memenangi perang halimunan dalam melawan wabak yang membawa maut ini.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 14 Julai 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.