#kerajaangagal148 – Malaysia will exceed 10,000 Covid-19 deaths soon if the present rate of Covid-19 fatalities – where 2,302 people died of Covid-19 in the 29 days of June – is not stopped


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Cabinet must find a formula to end the spiral of Covid-19 deaths and suicides or we are going to see fatalities from Covid-19 pandemic exceed 10,000 deaths and a record-year for suicides.

Malaysia will exceed 10,000 Covid-19 deaths soon if the present rate of Covid-19 fatalities – where 2,302 people died of Covid-19 in the 29 days of June – is not stopped.

When emergency was proclaimed on January 11, 2021, there were 555 Covid-19 deaths. As of yesterday (29th June 2021), 4,553 people have died during the emergency, bringing the total fatalities from Covid-19 to 5,108 – shooting Malaysia to be among the top 60 countries in the world with the most number of Covid-19 deaths.

We are not in the league of the top five countries in the world with the most number of cumulative total of Covid-19 deaths, led by United States, with 34.5 million cases and nearly 620,000 deaths; Brazil with 18.5 million cases and over 516,000 deaths; India with over 30 million cases and nearly 400,000 deaths; Mexico with 2.5 million cases and over 230,000 deaths and Peru with two million cases and over 192,000 deaths.

But going by Our World in Data website, as on June 28, 2021, apart from
Russia and the South American nations, we have beaten the other top 10 countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases with regard to “deaths per million of population” as illustrated from the following figures:

1. United States of America – 0.82

2. India – 0.86

3. Brazil – 7.73

4. France – 0.49

5. Russia – 3.94

6. Turkey – 0.67

7. United Kingdom – 0.26

8. Argentina – 11.54

9. Italy 0.49

10. Colombia – 13.32

11. Malaysia 2.31

How low has Malaysia sunk in achievements and excellence in various fields of human endeavour as compared to the better nations in the world?

Recently, an eminent Brazilian epidemiologist, Pedro Hallal, a professor at the
Federal University of Pelotas, said Brazil could have saved 400,000 lives if the country had implemented stricter social distancing measures and launched a vaccination programme earlier.

Hallal, who last week testified before a Brazilian senate inquiry into the government’s handling of the crisis, estimated that 95,000 to 145,000 deaths occurred due to the country’s inaction in acquiring vaccines.

Could Malaysia have saved 4,000 lives if the Muhyiddin government had better handled the Covid-19 pandemic?

What about the higher rate of suicides during the Covid-19 pandemic?

Is there a special programme by the Ministry of Community Development to deal with the rise of depression and suicides, especially with the shocking revelation of an average of four suicide cases every day for the first three months of the year?

The toll of 5,108 deaths from Covid-19 should be on the conscience of every
Cabinet Minister, for the majority of those who died could have been spared if there had not been a mishandling of the war against the Covid-19 pandemic.

This reason should be enough for the Ministers to collectively decide on an end of the emergency and the convening of Parliament to form a “Win the war against Covid-19 pandemic” coalition at all levels of the Malaysian society.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur Wednesday, June 30, 2021)

 


#kerajaangagal148 — Malaysia akan mencatatkan lebih daripada 10,000 kematian akibat Covid-19 kelak jika kadar korban nyawa semasa tidak dihentikan

Kabinet perlu mencari formula baharu untuk mengawal kadar kematian akibat Covid-19 dan bunuh diri, jika tidak kita akan melihat kadar kematian akibat wabak ini melepasi paras 10,000 korban dan rekod baharu untuk jumlah kes bunuh diri dalam tahun ini.

Malaysia akan mencatatkan lebih daripada 10,000 kematian akibat Covid-19 kelak jika kadar korban nyawa semasa — di mana 2,302 orang telah terkorban dalam 29 hari bulan Jun ini — tidak dihentikan.

Semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, kita menyaksikan 555 kematian akibat Covid-19 yang terkumpul. Setakat semalam (29 Jun 2021), kita telah mencatatkan 4,553 kematian dalam tempoh darurat ini, membawa jumlah korban terkumpul akibat Covid-19 di negara kita ke 5,108 kematian — melonjakkan kedudukan negara kita di tempat ke-60 teratas dengan angka kematian tertinggi.

Kita tidak berada di dalam liga yang sama seperti lima negara teratas di dunia dengan jumlah kematian terkumpul tertinggi, yang didahului oleh Amerika Syarikat dengan 34.5 juta kes dan hampir 620,000 kematian; Brazil dengan 18.5 juta kes dan lebih daripada 516,000 kematian; India dengan lebih 30 juta kes dan hampir 400,000 kematian; Mexico dengan 2.5 juta kes dan lebih dari 230,000 kematian dan Peru dengan dua juta kes dan lebih dari 192,000 kematian.

Tetapi, menurut laman web Our World in Data, setakat 28 Jun 2021, selain daripada Rusia dan negara-negara Amerika Selatan, kita telah mengalahkan 10 negara dengan kes jumlah kes terbanyak dari segi “kematian per sejuta penduduk” seperti yang dapat dilihat daripada angka berikut:

1. Amerika Syarikat – 0.82

2. India – 0.86

3. Brazil – 7.73

4. Perancis – 0.49

5. Rusia – 3.94

6. Turki – 0.67

7. United Kingdom – 0.26

8. Argentina – 11.54

9. Itali – 0.49

10. Colombia – 13.32

11. Malaysia – 2.31

Berapa jauhkah kita telah mundur ke belakang dalam mengejar pencapaian dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia berbanding dengan negara-negara lain yang lebih baik di seluruh dunia?

Baru-baru ini, seorang pakar epidemiologi yang tersohor dari Brazil, Pedro Hallal, seorang profesor di Universiti Persekutuan Pelotas, mengatakan yang Brazil mungkin akan dapat menyelamatkan 400,000 nyawa sekiranya negara tersebut telah mengamalkan penjarakan fizikal dengan lebih tegas dan melancarkan program vaksinasi lebih awal.

Hallal, yang baru sahaja memberikan keterangan kepada siasatan Senat Brazil minggu lepas mengenai pengendalian krisis Covid-19 di Brazil menganggarkan 95,000 ke 145,000 kematian yang berlaku di negara tersebut adalah akibat kelambatan mendapatkan bekalan vaksin.

Mungkinkah Malaysia dapat menyelamatkan 4,000 nyawa sekiranya kerajaan Muhyiddin berjaya mengendalikan wabak Covid-19 di negara kita dengan lebih baik?

Bagaimana pula dengan kadar bunuh diri yang meningkat semasa krisis Covid-19 ini?

Adakah terdapat program khas daripada kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan komuniti untuk menangani peningkatan dalam masalah kemurungan dan bunuh diri, terutamanya selepas pendedahan bahawa terdapat secara purata empat kes bunuh diri setiap hari dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini?

Angka kematian 5,108 orang akibat Covid-19 ini perlu diingati oleh setiap Menteri Kabinet, kerana kebanyakan kematian ini dapat dielakkan sekiranya tidak berlaku kesilapan dalam mengendalikan peperangan dalam melawan wabak Covid-19 di negara kita.

Sebab ini sahaja sudah cukup kuat untuk semua Menteri memutuskan secara bersama untuk menamatkan darurat dan memanggil semula Parlimen untuk membentuk gagasan untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 di semua peringkat masyarakat dalam negara kita.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 30 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.