(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
We are fighting an invisible but lethal war against the Covid-19 pandemic and so far there have been more than 4,300 in Malaysia as a result of this war.
This is in fact a world war – for it has claimed more than 3.8 million lives in the whole word in the last 18 months.
We have more Covid-19 deaths in Malaysia than in South Korea, Myanmar and Thailand, and most shocking of all, by next week, Malaysia will have more deaths than China where this pandemic started 18 months ago.
China has a population of over 1.4 billion people or some 44 times Malaysia’s population of 32 million, but China’s toll from the Covid-19 pandemic stands at 4,636 deaths as compared to Malaysia’s 4,348 deaths.
This is a measure of the failure of the war against Covid-19 pandemic in Malaysia in the last 18 months, and why we must reverse the tides of war against the
Covid-19 pandemic, so that life can return to normality and we can work on national economic and social recovery from the ravages of the pandemic.
There are many things we must do to turn the tides of war against Covid-19 pandemic, and two of them are:
1. Effective and efficient Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) strategy to ensure that we are always ahead of the pandemic curve.
2. Acceleration of the national vaccination rollout especially in view of deadly Covid-19 variants, to bring vaccine to the people especially in rural and remote areas instead of bringing people to the vaccine, by having more PPVs, mobile vaccination units and even house-to-house vaccination teams.
Recently, Malaysia reported a drop in Covid-19 cases, but as the Parliamentary Opposition Leader, Anwar Ibrahim, has rightly pointed out, the decrease in the reported daily Covid-19 cases in the past few days did not mean the situation was getting better as other publicly available data showed that there was still a high case positive rate and high fatality rates.
All it meant was that there was decreased daily testing in the same period of time.
On May 29, the reported daily cases stood at 9,020 but it had dropped to 4,949 on June 14. But on May 29, a total of 126,480 tests were conducted. In the 15 days prior to that, testing had increased by 166 percent.
Since then, both the daily reported cases and daily testing have dropped 45 and 44 per cent, respectively.
I am glad that the Health director-general Noor Hisham Abdullah has called on private laboratories to ramp up their testing for Covid-19 as they are operating at less than half of their maximum capacity.
This is a sad state of affairs 18 months after the Covid-19 pandemic and shows up the failure of the communications strategy in the war against Covid-19 pandemic.
There is urgent need to re-strategise the war especially with regard to adopting an effective and efficient Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) strategy to ensure that we are always ahead of the pandemic curve if we want to win this war and end the mounting casualties, in terms of case-loads and deaths.
Today, we have been offered another instance of the right hand of the Muhyiddin government not knowing what the left hand is doing.
The Minister co-ordinating vaccines Khairy Jamaluddin said he had stopped using the term “herd immunity” and he had advised the Prime Minister to be careful to use the term as looking at the data and the science, Covid-19 may very well be endemic and “we may see Covid-19 in a less threatening form, but it will stay with us for quite some time”.
Either Khairy’s advice did not reach the Prime Minister, or the Prime Minister has rejected Khairy’s advice, for Muhyiddin has reiterated that Malaysia’s target to achieve herd immunity as projected by the National Recovery Plan can be completed as scheduled following the increase in the supply of Covid-19 vaccines by the country’s major suppliers.
The Prime Minister and Khairy should straighten out the issue whether the country is going for herd immunity for vaccinating 80 per cent of the population or not, and how and when this is going to be achieved as 80% of the adult population above 18 years is only 63.8% of the Malaysian population. When will those above 12 years of age begin to be vaccinated?
The national vaccination rollout is still too low.
For a start, the national immunisation campaign should set dates when those above 65 years and 60 years respectively can walk-in to any PPV centre and get Covid-19 vaccination without registration to encourage maximum vaccination of the population.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang after the launch of antigen Covid-19 test operation in Kangkar Pulai on Sunday, June 20, 2021)
#kerajaangagal125 – tetapkan tarikh untuk mereka yang masing-masing berumur 65 dan 60 tahun ke atas boleh pergi (walk-in) ke mana-mana PPV dan mendapatkan suntikan vaksin tanpa perlu mendaftar bagi menggalakkan vaksinasi kepada seramai mungkin
Kita sedang berperang dengan Covid-19 yang merupakan musuh yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya dan setakat ini sudah lebih 4,300 orang terkorban akibat wabak ini.
Peperangan berlaku di seluruh dunia — ia telah meragut lebih daripada 3.8 juta nyawa di seluruh dunia dalam tempoh 18 bulan yang lepas.
Malaysia merekodkan kes kematian akibat Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Korea Selatan, Myanmar, dan Thailand. Lebih mengejutkan, bermula minggu hadapan, Malaysia akan mencatatkan kes kematian yang lebih tinggi berbanding China — negara di mana Covid-19 mula-mula dikesan.
China mempunyai jumlah penduduk seramai lebih daripada 1.4 bilion atau 44 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia yang berjumlah seramai 32 juta orang, tetapi jumlah kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan di China adalah sebanyak 4,636 kes berbanding Malaysia sebanyak 4,348 kes.
Ini adalah ukuran kegagalan peperangan terhadap wabak Covid-19 di Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Kita mesti mengubah strategi dalam peperangan melawan wabak ini, supaya kehidupan kita dapat kembali normal dan kita boleh memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara yang teruk terjejas akibat wabak ini.
Banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi mengubah pendekatan dalam peperangan melawan pandemik Covid-19, dua antaranya adalah:
1. Langkah Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) yang berkesan dan efisien untuk memastikan kita berada di hadapan lengkuk penularan wabak ini; dan
2. Pemecutan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), terutamanya memandangkan terdapat pelbagai variasi baharu yang berbahaya.
Baru-baru ini, Malaysia mencatatkan penurunan dalam jumlah kes Covid-19, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penurunan dalam jumlah kes harian Covid-19 dalam beberapa hari lalu tidak bermakna situasi semakin pulih kerana data yang tersedia kepada umum menunjukkan kadar kes positif dan kematian yang masih tinggi.
Perkara ini hanya menunjukkan terdapat penurunan kadar ujian saringan dalam tempoh ini.
Pada 29 Mei, kes harian yang dilaporkan adalah sebanyak 9,020, namun ia menurun kepada 4,949 kes pada 14 Jun. Tetapi pada 29 Mei, jumlah ujian yang dilaksanakan adalah sebanyak 126,480. Dalam 15 hari sebelum itu, kadar ujian meningkat sebanyak 166 peratus.
Sejak daripada hari tersebut, kedua-dua angka kadar kes harian dan kadar ujian saringan masing-masing menurun sebanyak 45 dan 44 peratus.
Saya gembira hati selepas membaca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang menggesa agar makmal swasta untuk menggiatkan ujian Covid-19 kerana buat masa ini mereka hanya beroperasi kurang separuh daripada kapasiti maksimum.
Dalam masa sama, perkara ini amat menyedihkan kerana selepas 18 bulan pandemik Covid-19 mengganas di negara ini, kita akhirnya nampak kegagalan strategi komunikasi dalam peperangan melawan pandemik Covid-19.
Terdapat keperluan mendesak untuk menyusun semula strategi peperangan terutama berhubung penerapan langkah Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) yang berkesan dan efisien untuk memastikan kita berada di hadapan lengkuk penularan wabak ini jika kita mahu menang dalam peperangan ini dan menamatkan jumlah korban yang meningkat, dari segi jumlah kes dan kematian.
Hari ini, kita telah diberikan contoh tangan kanan kerajaan Muhyiddin yang tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kiri.
Menteri penyelaras vaksin, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berhenti menggunakan istilah “imuniti kelompok” dan telah menasihati Perdana Menteri untuk berhati-hati menggunakan istilah tersebut kerana melihat kepada data dan sains, Covid-19 berkemungkinan akan menjadi endemik dan “kita akan melihat Covid dalam bentuk kurang mengancam kekal dengan kita untuk tempoh yang lama”.
Sama ada nasihat Khairy tidak sampai kepada Perdana Menteri, atau Perdana Menteri telah menolak nasihat Khairy, kerana Muhyiddin telah mengulangi bahawa sasaran Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara dapat diselesaikan seperti yang dijadualkan berikutan peningkatan bekalan Covid -19 vaksin oleh pembekal utama negara.
Perdana Menteri dan Khairy harus menjelaskan sama ada negara ini mahu mencapai sasaran imuniti kelompok dengan memberikan suntikan vaksin kepada 80 peratus penduduk atau tidak, dan bagaimana serta bilakah ini akan dicapai kerana 80% penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas meliputi hanya 63.8% penduduk Malaysia. Bilakah mereka yang berumur 12 tahun ke atas akan mula diberi vaksin?
Kadar pelaksanaan vaksinasi negara masih terlalu rendah.
Sebagai permulaan, kempen imunisasi kebangsaan harus menetapkan tarikh untuk mereka yang masing-masing berumur 65 tahun dan 60 tahun ke atas datang (walk-in) ke mana-mana PPV dan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa perlu mendaftar bagi menggalakkan vaksinasi untuk seramai yang mungkin.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang selepas pelancaran operasi ujian antigen Covid-19 di Kangar Pulai pada Ahad 20 Jun, 2021)