#kerajaangagal109 – Is the Covid-19 exit plan Muhyiddin’s distraction ploy from the SIEC issue?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Why should the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin be now talking about a National Recovery Plan in preparation for the country to emerge from the Covid-19 pandemic?

Is it Muhyiddin’s distraction ploy from the Special Independent Emergency Committee (SIEC) issue triggered by his de facto Law Minister, Takiyuddin Hassan as to whether SIEC would be the only authoritative body to advise the Yang di Pertuan Agong whether to extend the emergency on August 1, 2021?

Muhyiddin said yesterday that the Covid-19 exit plan, based on data, science and all the preparations that had been done, including in terms of Covid-19 management, the economy, vaccination programme and so on, would be presented to the National Security Council (NSC) within the next week.

He said it was time to set an exit strategy or National Recovery Plan for Malaysia to get out of the Covid-19 pandemic.

I find it strange and bizarre for the Prime Minister to talk about a Covid-19 exit plan when Malaysia is one of the few countries in the world struggling with the 18-month-long Covid-19 pandemic.

If Malaysia had followed a science-based instead of a politics-based strategy and approach, we would not be in the sorry state we are in today.

In the first place, the emergency proclaimed on January 11, 2021, which was not science-based, would have been terminated and Parliament and the various State Assemblies convened to restore public trust and confidence in the handling of the Covid-19 pandemic and to launch a national mobilisation of a “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic.

Is Muhyiddin still claiming that the emergency proclaimed on January 11, 2021 was a huge success against the Covid-19 pandemic?

The emergency was not science-based but politics-based, as no other country which had successfully fought the Covid-19 pandemic had resorted to such a route.

Unlike countries which have not declared any emergency, new Covid-19 cases and Covid-19 deaths have continued to soar until there is now another two-week extension of MCO 3.0 of a total lockdown.

On November 18, 2020, we ranked No. 85 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases.

Yesterday, some seven months later, with 657,509 Covid-19 cases, we have overtaken Austria and is now ranked No. 38 among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases. We will probably overtake Switzerland to be ranked No. 37 before the two-week extension of total lockdown ends on June 28.

China, which topped the world at the start of the pandemic, is now No. 99 with 91,428 Covid-19 cases.

According to Our World in Data website, for cases per million of population for June 12, 2021, just like the previous day on June 11, 2021, we beat the world’s top 37 countries with the most cumulative total of Covid-19 cases except for four countries in South America – Brazil, Argentina, Colombia and Chile.

The magnitude of the failure of Malaysia’s emergency to bring the Covid-19 pandemic under control could be gauged by the huge gulf between Malaysia and countries which were once regarded as worst performing nations in Covid-19 pandemic.

Malaysia’s “cases per million of population” on June 12, 2021 was 183.74 as compared to United States (43.25), India (65.20), France (63.79), Turkey (72.57), Russia (74.12), UK (98.63), Italy (31.49), Spain (108.83), Germany (26.19), Iran (101.66), Indonesia (26.78) and Philippines (60.07).

So far, 3,098 people have died of Covid-19 in Malaysia – 3,293 deaths during the five months of the emergency since January 11, 2021 or more than six times the fatalities in the five months of emergency as the first 12 months of the Covid-19 pandemic before the emergency when there were 551 deaths.

We have also become a top-ranking nation in the world in term of daily deaths per million population.

The Health director-general Noor Hisham Abdullah has described the next two weeks as critical for the country to reduce the number of daily Covid-19 infections to below 4,000.

He said it is important for everyone to cooperate to help flatten the Covid-19 curve of infection as the number of daily cases is still on the rise and he described as “irresponsible” all forms of unnecessary travel and gathering to celebrate events during this period.

The single-mined national focus should be on how to reduce the daily increase of new Covid-19 cases to double-digit figures and the daily increase of new Covid-19 deaths to single-digit number.

I will describe any talk of an exit plan from the Covid-19 pandemic instead of this single-minded focus as most irresponsible indeed.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 14th June 2021)

=======================

#kerajaangagal109 — Adakah rancangan keluar Covid-19 yang diumumkan Muhyiddin sebenarnya hanya satu helah untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu berkaitan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat?

Mengapa baru sekarang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap mengenai Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada wabak Covid-19?

Adakah ia sebenarnya satu helah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu berkaitan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dicetuskan Takiyuddin Hassan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu membangkitkan isu sama ada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat adalah satu-satunya badan yang berhak menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada 1 Ogos depan akan diteruskan atau tidak.

Muhyiddin semalam berkata bahawa pelan keluar Covid-19 dirangka berdasarkan data, sains dan segala persiapan, termasuk dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi dan program vaksinasi itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata sudah tiba masa untuk menetapkan strategi keluar atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar daripada wabak Covid-19.

Saya merasa pelik dan aneh apabila Perdana Menteri bercakap mengenai pelan keluar wabak Covid-19 ketika Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang bergelut untuk menguruskan wabak Covid-19 yang berpanjangan selama 18 bulan.

Sekiranya Malaysia benar-benar mengikuti strategi dan pendekatan berasaskan sains dan bukannya politik, kita tidak akan berada dalam keadaan begitu teruk seperti sekarang ini.

Pertamanya, darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 – keputusan yang jelas dibuat bukan berasaskan sains – akan dihentikan dan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri akan dibenarkan untuk bersidang bagi mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid-19 dan untuk melancarkan mobilisasi nasional dengan strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan Covid-19.

Adakah Muhyiddin masih ingin mendakwa bahawa darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 kononnya telah membawa kejayaan besar terhadap usaha melawan wabak Covid-19?

Keputusan melaksanakan darurat berkenaan jelas dibuat bukan bukan berdasarkan sains tetapi berdasarkan politik, kerana tidak ada negara lain yang berjaya memerangi wabak Covid-19 menerusi jalan itu.

Tidak seperti negara-negara yang tidak mengisytiharkan darurat, kes baharu Covid-19 dan kematian akibat wabak itu terus mencanak naik sehingga sekatan pergerakan penuh dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

Pada 18 November 2020, kita menduduki tempat ke-85 antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi.

Semalam, kira-kira tujuh bulan kemudian, dengan 657,509 kes terkumpul, kita telah mengatasi Austria dan kini berada di kedudukan ke-38 antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 yang tertinggi.

Kita mungkin akan mengatasi Switzerland untuk berada di tangga ke-37 sebelum PKP 3.0 yang dilanjutkan lagi selama dua minggu akan berakhir pada 28 Jun.

China, yang paling teruk dilanda Covid-19 pada awal penularan wabak tersebut, kini berada di tangga ke-99 dengan 91,428 kes Covid-19.

Menurut Our World in Data, kes per sejuta penduduk pada 12 Jun 2021, seperti hari sebelumnya pada 11 Jun 2021, kita telah menewaskan 37 negara teratas di dunia dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi kecuali empat negara di Amerika Selatan – Brazil, Argentina, Colombia dan Chile.

Kegagalan besar darurat Malaysia untuk melandaikan lekuk wabak Covid-19 dapat diukur oleh jurang besar antara Malaysia dan negara-negara yang pernah dianggap sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam menguruskan wabak Covid-19.

“Kes per sejuta penduduk Malaysia” pada 12 Jun 2021 adalah 183.74 orang berbanding Amerika Syarikat (43.25), India (65.20), Perancis (63.79), Turki (72.57), Rusia (74.12), UK (98.63), Itali (31.49), Sepanyol (108.83), Jerman (26.19), Iran (101.66), Indonesia (26.78) dan Filipina (60.07).

Setakat ini, 3,098 orang telah terkorban akibat Covid-19 di Malaysia – 3,293 kematian dalam tempoh lima bulan sejak darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 atau lebih enam kali ganda daripada 551 kematian yang dicatatkan dalam tempoh 12 bulan pertama kita berhadapan dengan wabak ini.

Kita juga telah menjadi negara teratas di dunia dari segi jumlah kematian harian per sejuta penduduk.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan sekatan penuh akan datang adalah tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk COVID-19, yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi, serta menyatakan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Tumpuan jitu perlu diberikan kepada usaha untuk mencari cara bagi mengurangkan peningkatan kes baharu harian Covid-19 kepada julat dua angka dan peningkatan kes kematian harian baharu Covid-19 kepada julat satu angka.

Saya menyifatkan sebarang perbincangan mengenai pelan keluar daripada wabak Covid-19 tanpa terlebih dahulu memberikan tumpuan kepada perkara di atas sebagai suatu keputusan yang paling tidak bertanggungjawab.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.