#kerajaangagal108 – Takiyuddin’s backtrack is not good enough when Muhyiddin continues to keep his silence on whether the SIEC will be the only authoritative body, and not the Cabinet or designated Minister, to advise the Yang di Pertuan Agong on whether to extend the emergency on August 1


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The de facto Law Minister, Takiyuddin Hassan, has backtracked from his stand that it is the Cabinet’s responsibility to advise the Yang di-Pertuan Agong whether or not the emergency should be extended, but this is not good enough so long as the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddihn Yassin keeps his silence on whether the Special Independent Emergency Committee (SIEC) will be the only authoritative body, and not the Cabinet or designated Minister, to advise the Yang di Pertuan Agong on whether to extend the emergency on August 1, 2021.

I would advise the entire 19-member Special Independent Committee headed by Arifin Zakaria to ask for a meeting with the Prime Minister and secure an assurance from him that it is the SIEC and not the Cabinet or designated Minister who will advise the Yang di Pertuan Agong on whether to extend the emergency on August 1 and that that this issue would not be the crown of all Covid-19 SOP flip-flops, U-turns and double-standards by the Perikatan Nasional government.

Takiyuddin’s backtrack does not commit the Cabinet in any way not to exercise its powers under Article 40 of the Malaysian Constitution to advise the Yang di Pertuan Agong on whether to extend the emergency on August 1 and where the Yang di Pertuan Agong is constitutionally required to act on the Cabinet’s advice.

Takiyuddin only said that the government has never interfered in the 19-member SIEC’s one job – to advise the Yang di-Pertuan Agong when the emergency should end – but what is the need for the government to interfere with the SIEC’s work when from Takiyuddin’s standpoint the SIEC is utterly irrelevant and immaterial as it is the advice of the Cabinet or the designated Minister which the Yang di Pertuan Agong should follow?

From Takiyuddin’s standpoint, whether the SIEC offers its advice or not is utterly inconsequential and irrelevant for it is the Cabinet or the designated Minister’s advice which will be the final say on the issue.

If Muhyiddin is not prepared to give to the SIEC the assurance that it is the SIEC’s advice which will have the final say on the issue, the SIEC might as well be disbanded.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 14th June 2021)

=======================

#kerajaangagal108 — Perubahan pendapat Takiyuddin tidak mencukupi apabila Muhyiddin terus berdiam diri mengenai isu sama ada Jawatankuasa Bebas Khas Darurat adalah satu-satunya badan yang berhak menasihati Yang di Pertuan Agong sama ada darurat akan diperpanjangkan atau ditamatkan pada 1 Ogos

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Takiyuddin Hassan, telah mengubah pendapatnya yang asalnya mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab Kabinet untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sama ada darurat patut dilanjutkan atau ditamatkan. Tetapi, perkara ini tidak memadai selagi mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berdiam diri atas perkara ini, sama ada Jawatankuasa Bebas Khas Darurat adalah satu-satunya badan yang berhak untuk menasihati Yang di Pertuan Agong mengenai perkara ini, dan bukannya Kabinet, atau mana-mana Menteri.

Saya mencadangkan supaya ke semua 19 orang Ahli Jawatankuasa ini yang diketuai oleh Arifin Zakaria untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan mendapatkan jaminan daripada beliau bahawa Jawatankuasa ini — bukan Kabinet atau mana-mana Menteri — yang akan menasihati Baginda mengenai perkara penamatan atau pelanjutan perintah darurat pada 1 Ogos, dan isu ini tidak menjadi kucar-kacir seperti yang sering dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Penarikan semula pendapat oleh Takiyuddin tidak bermakna Kabinet kini komited untuk tidak menggunakan kuasanya di bawah Perkara 40 Perlembagaan untuk menasihati Yang di Pertuan Agong, di mana Baginda perlu bertindak ke atas nasihat ini.

Takiyuddin hanya mengatakan yang kerajaan tidak pernah mengganggu tanggungjawab tunggal Jawatankuasa Bebas Khas Darurat ini — untuk menasihati Yang di Pertuan Agong bila darurat ini perlu tamat — tetapi apakah keperluan untuk Kabinet mengganggu tugas Jawatankuasa ini sekiranya daripada pandangan Takiyuddin, Jawatankuasa ini tidak relevan memandangkan Baginda perlu mengikut nasihat Kabinet atau mana-mana Menteri yang dilantik?

Daripada pandangan Takiyuddin, sama ada Jawatankuasa Bebas ini memberikan nasihat atau pun tidak, tidak membawa apa-apa perbezaan dan tidak relevan kerana Kabinet atau mana-mana Menteri yang dilantik yang akan mempunyai kata putus atas perkara ini.

Sekiranya Muhyiddin tidak bersedia untuk memberikan jaminan kepada Jawatankuasa Bebas Khas Darurat ini bahawa hanya nasihat mereka yang akan menjadi kata pemutus ke atas perkara ini, maka lebih baik dibubarkan sahaja Jawatankuasa ini.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.