#kerajaangagal94 — Call on the Prime Minister to announce an amnesty for undocumented migrants to give priority to the war against Covid-19 pandemic and to accelerate the national vaccination rollout


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

It is more than ten days since the announcement by the Home Minister, Hamzah Zainuddin contradicting the Minister co-ordinating vaccines, Khairy Jamaluddin, of operations against undocumented migrants for breach of the Covid-19 SOPs but the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin had been very quiet on this important issue which could decide whether the national vaccination rollout would be a failure or whether Malaysia could achieve herd immunity against Covid and break the back of the problem of the Covid-19 pandemic.

On Feb 16, Khairy said undocumented foreign nationals will not be arrested when they come forward for Covid-19 vaccinations, adding that this assurance was crucial in ensuring herd immunity was achieved.

He also said the government would work with various groups including employers, NGOs and foreign embassies to encourage foreign workers and refugees to register for the vaccine.

Confusion and uncertainty seemed to have become the hallmark of the Muhyiddin government with the right hand contradicting what the left hand is doing.

Muhyddin should come forward to end such chronic confusion and uncertainty in the war against the Covid-19 pandemic, not only on the issue of undocumented migrant workers but also the preposterous idea by the Home Minister that Parliament would only convene when the country had achieved herd immunity against Covid-19.

The Home Minister should be asked whether he is seeking to ensure that Parliament would not be able to convene as Malaysia would never achieve herd immunity if the Home Ministry creates conditions driving the undocumented migrants into hiding instead of encouraging them to come forward for vaccination.

I call on Muhyddin to announce an amnesty for undocumented migrants, fully backed by all political parties and Parliament, to give priority to the war against the Covid-19 pandemic.

This will also give the authorities an opportunity to consult all interested groups and to present to Parliament for approval a proper, enlightened and compassionate policy on migrant workers, who must not be regarded as criminals but as important assets for the development of the country.

I find Hamzah’s attitude rejecting calls for the representatives from the United Nations High Commissioners for Refugees (UNHCR) to be granted access to immigration detention depots very strange and self-defeating.

How can Malaysia square its international commitments when on the one hand, Muhyiddin condemned the “lethal violence” of the Myanmar military against unarmed civilians while on the other, Hamzah opposes access to our immigration depots by UN organisations?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 8th June 2021)


#kerajaangagal94 — Seruan kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan pengampunan bagi pendatang tanpa dokumen demi memberi keutamaan kepada perang melawan wabak Covid-19 dan mempercepat program imunisasi kebangsaan

Sudah lebih dari sepuluh hari sejak pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin bertentangan dengan pengumuman Menteri Penyelaras vaksin, Khairy Jamaluddin, berhubung operasi terhadap pendatang tanpa dokumen yang melanggar SOP Covid-19, namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berdiam diri dalam isu penting ini yang mana boleh menjadi penentu kejayaan atau kegagalan program imunisasi kebangsaan atau adakah Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19 dan menamatkan masalah penularan wabak itu di negara ini.

Pada 16 Februari, Khairy berkata bahawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen tidak akan ditangkap semasa diberikan vaksin Covid-19, sambil menambahkan bahawa jaminan ini sangat penting dalam memastikan imuniti kelompok tercapai.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan akan bekerjasama dengan pelbagai kumpulan termasuk majikan, NGO dan kedutaan asing untuk mendorong pekerja asing dan pelarian untuk mendaftarkan diri menjadi penerima vaksin.

Kekeliruan dan ketidakpastian seumpama ini telah menjadi ciri utama kerajaan Muhyiddin di mana tangan kanan tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kiri.

Muhyiddin harus tampil untuk mengakhiri kekeliruan dan ketidakpastian kronik dalam perang melawan pandemik Covid-19, bukan hanya mengenai isu pekerja migran tanpa dokumen tetapi juga idea tidak masuk akal oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Parlimen hanya akan bersidang selepas negara mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19.

Menteri Dalam Negeri harus menjawab persoalan ini – adakah beliau sebenarnya tidak mahu Parlimen bersidang kerana Malaysia tidak akan mencapai imuniti kelompok jika Kementerian Dalam Negeri tidak mewujudkan suasana yang boleh mendorong para pendatang tanpa dokumen untuk tidak bersembunyi dan tampil secara sukarela untuk divaksin.

Saya menyeru Muhyiddin untuk mengumumkan pengampunan bagi migran tanpa dokumen, yang disokong sepenuhnya oleh semua parti politik dan Parlimen, untuk memberi keutamaan kepada perang melawan wabak Covid-19.

Ini juga akan memberi peluang kepada pihak berwajib untuk berunding dengan semua kumpulan yang berminat dan mengemukakan kepada Parlimen untuk persetujuan suatu dasar yang wajar, progresif dan penuh belas kasihan terhadap pekerja migran, yang tidak boleh dianggap sebagai penjenayah tetapi sebagai aset penting untuk pembangunan negara.

Saya dapati sikap Hamzah yang menolak seruan agar wakil dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) diberi akses ke depot tahanan imigresen sangat pelik dan suatu pendirian yang membawa kepada kegagalan.

Bagaimana Malaysia dapat memenuhi komitmen antarabangsa ketika di satu pihak, Muhyiddin mengutuk keganasan tentera Myanmar terhadap orang awam yang tidak bersenjata sedangkan di sisi lain, Hamzah menentang akses wakil PBB ke depot imigresen kita?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 8 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.