#kerajaangagal95 — Possibility that Malaysia may be barred from Tokyo Olympics should be final evidence that the emergency declared on January 11 which suspended Parliament and the State Assemblies had been a great failure in the war against Covid-19 pandemic and time for a new start


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

New Straits Times Sports Section today carried a report: “Malaysia may be barred from Olympics” by Fabian Peter, which said that the Japanese government had asked the Olympics Games organising committee to consider denying entry for 10 countries, including Malaysia, which had experienced a surge in Covid cases recently.

The other countries on the possible “no entry list” are India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam and the United Kingdom.

The Japanese cabinet, however, noted that if denying entry to athletes from these countries is not possible due to “management and preparation for the Games”, stricter measures will be imposed on them, including a mandatory 14-day quarantine for the Olympic contingents from the 10 countries.

The possibility that Malaysia may be barred from Tokyo Olympics should be final evidence that the emergency declared on January 11 which suspended Parliament and the State Assemblies have been great failures in the war against Covid-19 pandemic and time for a new start.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin and the bloated Cabinet should not continue kid themselves that the emergency and the suspension of Parliament had made any contribution in the war against Covid-19 pandemic, not to mention the state of confusion and uncertainty caused by the Covid-19 SOP flip-flops, U-turns and double standards, which are continuing even now.

I guess that the review of the Covid-19 pandemic in the world resulting in the letter of the Japanese government to Olympics Games organising committee had already been dated, as among the ten countries, only four countries including Malaysia are now continuing to face an upsurge of Covid-19 cases.

United Kingdom, for instance, is flattening the Covid-19 curve , and is reporting a daily increase of 5685 new Covid-19 cases on June 7, which is 91.6% drop from UK’s peak daily increase of 67,839 new Covid-19 cases on January 8, 2021.

Even India, despite still high in numbers, is on a downward slide registering 87,345 new Covid-19 cases on 7th June, a 79% drop from its peak of daily increase of 414,433 new Covid-19 cases on May 6 and more than halve its fatalities from 5,525 deaths on May 18 to 2,115 deaths on June 7.

Malaysia stands out as an exception among these 10 countries, with warnings of 13,000 new Covid cases a day and a death toll of 26,000 by September.

Under these circumstances, the political situation in Malaysia must respond bravely and creatively to restore public trust and confidence in the handling of the Covid-19 pandemic, if Malaysia is not to end up as the worst country in the world in the war against Covid-19 epidemic.

End the emergency and convene Parliament and the State Assemblies to spearhead a national mobilisation through a “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic — this should be a new start in the war against the Covid-19 pandemic.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 8th June 2021)


#kerajaangagal95 — Kemungkinan negara kita dihalang daripada menyertai Sukan olimpik Tokyo patut menjadi bukti terakhir bahawa darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari yang menggantung sidang Parlimen dan DUN adalah satu kegagalan besar dalam melawan wabak Covid-19 dan kita memerlukan satu permulaan baharu

Bahagian sukan akhbar New Straits Times hari ini membawa laporan yang bertajuk: “Malaysia mungkin akan disekat dari menyertai Olimpik” oleh Fabian peter, yang mengatakan yang Kerajaan Jepun telah meminta Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik untuk mempertimbangkan menghalang kemasukan 10 negara, termasuklah Malaysia, yang telah mengalami peningkatan mendadak kes Covid-19 baru-baru ini.

Negara-negara lain dalam senarai yang mungkin dihalang menyertai Sukan Olimpik ini adalah India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam, dan United Kingdom.

Namun Kabinet Jepun mengatakan sekiranya menghalang kemasukan para atlet daripada negara-negara ini mustahil kerana sebab-sebab “pengurusan dan persediaan temasya Sukan” tersebut, langkah yang lebih ketat akan dikenakan ke atas mereka ini, termasuklah kuarantin wajib selama 14 hari untuk kontinjen Olimpik daripada 10 negara ini.

Kemungkinan negara kita dihalang daripada menyertai Sukan olimpik Tokyo patut menjadi bukti terakhir bahawa darurat yang diisytiharkan pada 11 Januari yang menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah satu kegagalan besar dalam melawan wabak Covid-19 dan kita memerlukan satu permulaan baharu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Kabinet gergasi beliau perlu berhenti menipu diri sendiri dengan mengatakan yang darurat dan penggantungan sidang Parlimen telah menyumbang secara positif kepada usaha memerangi wabak Covid-19, tidak juga dilupakan segala kekeliruan dan ketidaktentuan yang berlaku akibat daripada SOP yang sering berubah dan layanan berbeza yang diamalkan oleh kerajaan yang masih berterusan sehingga sekarang.

Saya jangkakan yang semakan keadaan wabak Covid-19 yang membawa kepada surat daripada Kerajaan Jepun kepada Jawatankuasa Pengajur Sukan Olimpik ini telah pun ditetapkan, memandangkan daripada sepuluh negara tersebut, hanya empat negara, termasuk Malaysia, yang masih menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Sebagai contoh, United Kingdom kini sedang meratakan lekuk penularan Covid-19 dan melaporkan 5,685 kes baharu Covid-19 pada 7 Jun, yang merupakan penurunan 91.6% berbanding dengan kemuncak peningkatan kadar jangkitan harian negara tersebut pada 8 Januari 2021 dengan 67,839 kes.

Malah India juga, walaupun mencatatkan jumlah kes yang masih tinggi, sedang menunjukkan trend penurunan jumlah kes baharu, dengan mencatatkan 87,345 kes pada 7 Jun, penurunan 79% berbanding dengan kemuncak 414,433 kes pada 6 Mei dan mengurangkan kadar kematian dengan lebih daripada separuh kepada 2,115 pada 7 Jun berbanding dengan 5,525 kematian pada 18 Mei.

Malaysia kini menonjol ke hadapan dalam kalangan 10 negara ini, dengan amaran kemungkinan berhadapan dengan 13,000 kes sehari dan 26,000 kematian terkumpul menjelang September.

Dengan keadaan seperti ini, keadaan politik di Malaysia perlulah memberikan respons yang berani dan kreatif untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam mengendalikan wabak Covid-19, sekiranya kita tidak mahu menjadi negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak ini.

Tamatkan darurat dan panggil semula sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk menggerakkan usaha mobilisasi kebangsaan dengan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan masyarakat” dalam memerangi Covid-19 — perkara ini patut dijadikan permulaan baharu dalam memerangi wabak ini.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 8 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.