Call on all contending candidates to close ranks and rally behind the leadership of Liew Chin Tong and Teo Nie Ching to take Johore DAP to new heights – which is to be the front-line state for DAP and Pakatan Harapan to win the 15th General Election to begin to fulfil the Malaysian Dream


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I will not be able to attend the Johore DAP State Convention in Batu Pahat on Sunday, May 2, 2021 as I am in Covid-19 quarantine for 10 days from April 30 to May 9.

I would therefore be unable to cast my vote at the Johore DAP State Elections.

I have no Covid-19, but I was in contact with someone tested positive for Covid-19.

The Johore State Convention is an important milestone in the DAP’s struggle to forge an united world-class great Malaysian nation since 1966.

For more than six decades, Johore was the fort of the Alliance and its component parties – UMNO, MCA and MIC.

Johore had 1.8 million registered voters but it got the most number of parliamentary seats, more than Selangor which had 2.4 million registered votes but allocated 22 parliamentary seats as compared to 26 parliamentary seats for Johore.

Why? Because Johore was regarded as invincible strongholds of UMNO, MCA and MIC and that even if UMNO, MCA or MIC candidates fell in other states in general elections, UMNO, MCA and MIC candidates will stand tall, strong and win in Johore.

That was until the 13th General Election in 2013 and 14th General Election in 2018.

Before the 13th General Election, all the DAP could win was one parliamentary seat – Kluang in 1978 General Election (Lee Kaw) and Bakri in the 2008 General Election (Er Teck Hwa).

In the 13th General Election, DAP won four parliamentary seats – Bakri (Er Teck Hwa), Kluang (Liew Chin Tong), Kulai (Teo Nie Ching) and Gelang Patah (Lim Kit Siang). In the 14th General Election, we won five parliamentary seats – Bakri (Yeo Bee Yin), Kluang (Wong Shu Qi), Labis (Pang Hok Liong), Kulai (Teo Nie Ching) and Iskandar Puteri (Lim Kit Siang).

The sea-change for DAP in Johore was due to the vision and courage of Liew Chin Tong, who worked tirelessly from 2012 to transform Johore from the invincible fort of Alliance into the frontline for DAP in the quest for the Malaysian Dream for Malaysia to be an united world-class nation.

This transformation can be seen from the results of the three last general elections for the Johore state assembly. Before 2013, the most number of State Assembly seats won by the DAP were four seats – Bentayan (Quee Tong Hiang), Mengkibol (Ng Lam Hua), Skudai (Boo Cheng Hau) and Senai (Ong Kow Meng).

In the 13th General Election, DAP won 13 State Assembly seats which increased to 14 seats in the 14th General Election.

Teo Nie Ching is one of among over 20 Malaysians who became Member of Parliament or State Assembly person before they were thirty years old – a mark that the DAP will always represent the youths of Malaysia, without forgetting the interests of all age groups. Nie Ching went on to become Deputy Education Minister in the 22-month Pakatan Harapan government to scale new heights.

Chin Tong and Nie Ching have issued a joint declaration expressing their confidence that after braving the political ups and downs for over 50 years, Johore DAP will flourish under a strong leadership.

They pledged their commitment to unleash the potential of DAP Johore to spearhead a national movement to make the nation better and stronger, with two objectives,viz:

𝟭. 𝗪𝗶𝗻𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 to 𝗲𝗻𝘀𝘂𝗿𝗲 𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝘃𝗶𝗰𝘁𝗼𝗿𝘆; and

𝟮. 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗹𝗲𝗮𝗱𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝗗𝗔𝗣

They set out five goals:

1. 𝗽𝗿𝗲𝗽𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗳𝗼𝗿 𝗚𝗘𝟭𝟱;

2. 𝗽𝗿𝗲𝗽𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗼 𝗴𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻;

3. make 𝗗𝗔𝗣 𝗮 𝗺𝘂𝗹𝘁𝗶𝗿𝗮𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗿𝘁𝘆;

4. 𝗽𝗮𝗿𝘁𝘆 𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 – 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗴𝗿𝗼𝗰𝗲𝗿𝘆 𝘀𝘁𝗼𝗿𝗲 𝘁𝗼 𝗵𝘆𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁; and

5.Be 𝘁𝗵𝗲 𝗻𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗹 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗵𝗼𝗺𝗲 𝗳𝗼𝗿 𝘆𝗼𝘂𝘁𝗵s 𝗮𝗻𝗱 𝘄𝗼𝗺𝗲𝗻

Chin Tong and Nie Ching are right. As they said:

“Malaysia is in an unprecedented triple crisis of politics, economy and health.

“The old political order has collapsed, including UMNO’s model of one-party dominance. In 2018, we successfully created a miracle and defeated the old political order.

“2021 is not the time to be cynical nor pessimistic, it is now time for us to come together and create a new order that allows for all Johoreans and Malaysians to enjoy a stable and prosperous nation in the next decade.

“This is the DAP’s duty to the nation and its people.

“.DAP’s journey is never smooth sailing but we always march on fearlessly in the face of adversity and achieve the impossible.

“We humbly call upon all Johor DAP members to unite and join us in leading the party and our coalition partners in this journey towards winning GE15 and governing again, and to transform DAP from a grocery shop to a hypermarket – starting from Johor.”

I endorse the declaration by Chin Tong and Nie Ching. This is the substance of the Malaysian Dream.

Chin Tong is not perfect. He has his faults – just as we must all be humble to recognise our weaknesses.

We have made our criticisms and given our views on how the DAP in Johore can scale new heights.

I therefore call on all MPs, State Assembly members and contending candidates to close ranks and rally behind the leadership of Liew Chin Tong and Teo Nie Ching to take Johore DAP to new heights – which is to be the front-line state for DAP and Pakatan Harapan to win the 15th General Election to begin to fulfil the Malaysian Dream.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 30th April 2021)

=======================

Seruan kepada semua calon yang bertanding untuk bersatu dengan kepimpinan Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching untuk membawa DAP Johor ke kemuncak baharu — menjadi negeri barisan hadapan untuk DAP dan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-15 dan memenuhi Impian Malaysia

Saya tidak akan dapat untuk menghadiri Konvensyen DAP Negeri Johor di Batu Pahat pada hari Ahad, 2 Mei 2021 memandangkan saya sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 10 hari daripada 30 April sehingga 9 Mei.

Oleh itu, saya tidak dapat untuk mengundi dalam pemilihan DAP Johor.

Saya tidak dijangkiti Covid-19, tetapi saya telah menjadi kontak rapat seseorang yang telah disahkan positif Covid-19.

Konvensyen DAP Negeri Johor ini adalah satu titik penting dalam perjalanan DAP untuk membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang bertaraf dunia sejak daripada tahun 1966.

Untuk lebih daripada enam dekad, Johor adalah kubu kuat Perikatan dan parti-parti komponennya — UMNO, MCA, dan MIC.

Johor mempunyai 1.8 juta pengundi berdaftar, tetapi negeri ini juga mempunyai jumlah kerusi Parlimen tertinggi, lebih daripada Selangor yang mempunyai 2.4 juta pengundi berdaftar dengan 22 kerusi Parlimen, berbanding dengan 26 kerusi Parlimen di Johor.

Mengapakah begini? Ini kerana Johor dianggap sebagai kubu kuat UMNO, MCA, dan MIC yang tidak dapat dikalahkan, bahawa sekiranya calon UMNO, MCA, dan MIC kalah di negeri lain, mereka akan terus kekal kuat dan menang di Johor.

Sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 dan Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Sebelum PRU-13, DAP hanya mampu memenangi satu kerusi — Kluang pada PRU tahun 1978 (Lee Kaw) dan Bakri dalam PRU 2008 (Er Teck Hwa).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, DAP memenangi empat kerusi Parlimen — Bakri (Er Teck Hwa), Kluang (Liew Chin Tong), Kulai (Teo Nie Ching), dan Gelang Patah (Lim Kit Siang). Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita memenangi lima kerusi Parlimen — Bakri (Yeo Bee Yin), Kluang (Wong Shu Qi), Labis (Pang Hok Liong), Kulai (Teo Nie Ching), dan Iskandar Puteri (Lim Kit Siang).

Perubahan ini berlaku kerana visi dan keberanian Liew Chin Tong, yang bekerja keras daripada tahun 2012 untuk mengubah Johor, daripada sebuah kubu kuat Perikatan kepada medan barisan hadapan untuk DAP dalam usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu padu yang berkelas dunia.

Transformasi ini dapat dilihat daripada keputusan DUN Johor tiga pilihan raya umum yang lepas. Sebelum 2013, jumlah tertinggi kerusi DUN yang dimenangi DAP di Johor adalah empat — Bentayan (Quee Tong Hiang), Mengkibol (Ng Lam Hua), Skudai (Boo Cheng Hau), dan Senai (Ong Kow Meng).

Dalam PRU-13, DAP memenangi 13 kerusi DUN yang kemudiannya meningkat kepada 14 kerusi dalam PRU-14.

Teo Nie Ching adalah salah seorang daripada kira-kira 20 orang rakyat Malaysia yang menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum mencecah usia 30 tahun — bukti bahawa DAP sentiasa akan mewakili golongan muda di Malaysia, tanpa mengabaikan kepentingan kumpulan umur yang lain. Nie Ching kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Pendidikan dalam kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan untuk membawa negara kita ke kemuncak baharu.

Chin Tong dan Nie Ching telah mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan keyakinan mereka bahawa selepas 50 tahun perjalanan yang panjang dengan pelbagai cabaran, DAP Johor akan terus kuat dengan kepimpinan yang kuat.

Mereka menjanjikan komitmen untuk mengembangkan potensi DAP Johor untuk menjayakan pergerakan kebangsaan untuk menjadikan negara kita lebih baik dan lebih kuat dengan dua objektif:

1. Memenangi Johor untuk membawa kemenangan di peringkat kebangsaan; dan

2. Johor memimpin dalam transformasi nasional DAP.

Mereka meletakkan lima sasaran:

1. Bersedia untuk PRU-15;

2. Bersedia untuk mentadbir;

3. Jadikan DAP sebuah parti pelbagai kaum;

4. Membina dan transformasi parti — daripada kedai runcit ke pasaraya; dan

5. Menjadi parti politik pilihan golongan muda dan wanita.

Chin Tong dan Nie Ching tepat. Seperti yang dikatakan mereka:

“Malaysia sedang bergelut dengan krisis tiga serangkai – politik, ekonomi dan kesihatan – yang belum pernah terjadi sebelum ini.

“Gagasan politik lama telah runtuh, termasuklah model dominasi satu parti UMNO. Pada tahun 2018, kita berjaya mencatat sejarah ulung dengan menumpaskan gagasan politik lama.

“Tahun 2021 bukan masa untuk bersikap sinis atau pesimis. Sekarang tiba saatnya kita bersatu dan membuat susunan baharu yang membolehkan semua rakyat Johor dan rakyat Malaysia menikmati hidup di negara yang stabil dan makmur pada dekad yang akan datang.

“Ini adalah tanggung jawab DAP kepada negara dan rakyat.

“Perjalanan DAP memang tidak pernah lancar tetapi kita tetap berani mara menghadapi rintangan, dan kita berjaya mencapai matlamat walaupun ia dikatakan mustahil sebelum itu.

“Dengan itu, kami dengan rasa penuh rendah hati menyeru semua anggota DAP Johor untuk bersatu dan menyertai kami memimpin parti dan rakan-rakan PH serta yang sehaluan dengannya menuju kemenangan pada PRU15 dan kembali mentadbir semula. Kita juga mahu melaksanakan transformasi DAP daripada sebuah kedai runcit menjadi pasar raya besar — yang akan bermula di Johor.”

Saya menyokong kenyataan daripada Chin Tong dan Nie Ching ini. Inilah intipati Impian Malaysia.

Chin Tong tidaklah sempurna. Beliau ada kekurangan beliau — seperti mana kita semua juga perlu merendah diri dan mengakui kelemahan masing-masing.

Kita telah memberikan kritikan dan pandangan kita tentang bagaimana DAP di Johor boleh mencapai kemuncak baharu.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri, dan calon-calon yang bertanding untuk bersatu dengan kepimpinan Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching untuk membawa DAP Johor ke kemuncak baharu — menjadi negeri barisan hadapan untuk DAP dan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-15 dan memenuhi Impian Malaysia.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 30 April 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.