#kerajaangagal12 – four reasons why the Muhyiddin government has failed in the war against Covid-19 pandemic despite the emergency and suspension of Parliament on January 12


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Four reasons why the Muhyiddin Government has failed in the war against Covid-19 pandemic are, viz:

1. The daily increase of new Covid-19 cases which breached the 3,000-mark yesterday, recording an increase of 3,142 cases – the third time new daily cases had reached the 3,000 mark since Feb. 24.

2. Malaysia’s cumulative total has breached the 400,000 mark – recording 401,593 cases.

3. Malaysia has moved one step downwards and is now No. 43rd in the world among countries with the most cumulative total of Covid-19 cases, overtaking Bulgaria, and will overtake Saudi Arabia (cumulative total 415,287 cases) in a week’s time under Malaysia’s present rate of daily increase of new Covid-19 cases.

We were ranked No. 85 on Nov. 11, and we have beaten 42 countries in the past six months, while China, which was the worst country in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases early last year, is now ranked No. 95 with a cumulative total of 90,622 cases!

4. Our “Total cases per 1 million population” index, which is 12,279 for Malaysia, is the highest in East Asia, ASEAN and the Pacific (Singapore 10,375; Philippines 9,212; Indonesia 6,006; Japan 4,562; Myanmar 2,610; South Korea 2,352; Hong Kong 1,558;Australia 1,156; Thailand 882; Cambodia 696; New Zealand 522; Brunei 508; Laos 82; China 63; Taiwan 47 and Vietnam 29.

Our “total cases per 1 million population” index is close to India, where the Covid-19 pandemic has turned the country into “hell” with every day in the past week setting a world record of new Covid-19 cases.

In the past seven days, the cumulative total of Covid-19 cases in India had increased by 2.4 million cases bringing the total in India to 18.3 million cases and nearly 205,000 deaths while the global cumulative total has exceeded 150 million cases and global fatalities are reaching the 3.2 million mark.

In India, the public health system has collapsed, with shortages of oxygen, medical supplies and hospital staff members compounding a record number of new infections.

Globally, the pandemic shows no sign of easing, with the virus devastating country after country.

The situation in India is a bleak reminder that none of us will be safe until everyone is safe.

However, the persistent poor performance of Malaysia in fighting the Covid-19 pandemic is not the only sign of Malaysia’s kakistocracy and the shocking state of “kerajaan gagal”.

Other examples are:

1. Police harassment and investigation into cartoonist Zullkiflee Anwar Haque, better known as Zunar, for the cartoon which lampooned the Kedah state government’s decision to cancel the Thaipusam public holiday which was published on Facebook on Jan 23. The police have opened an investigation paper under Section 505(c) of the Penal Code and Section 233 of the Communications and Multimedia Act.

Section 505(c) concerns intent to incite or which is likely to incite any class or community of persons to commit any offence against any other class or community of persons and if convicted, a person can face a prison term which may extend to two years, or a fine, or both.

Have the police nothing better to do?

2. Continued controversy over the emergency ordinance imposing the harsh RM10,000 fines on individuals and RM50,000 fines on companies for breach of Covid-19 SOP including the unconscionable RM50,000 fine imposed on the Kota Bharu burger seller, Wan Mohd Faisal Kadir, 38, who operates a stall in front of his house at Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu when the RM50,000 fine should be substituted for a last warning to Wan Mohd Faisal not to violate the Covid-19 SOPs.

3. The RM5 billion raid on the National Trust Fund to procure
Covid-19 vaccines.

4. Teacher making lewd comments in class.

The suspension of Parliament under an emergency is most questionable for the separation of powers is one of the cardinal features of the Malaysian Constitution.

Can an emergency proclamation suspend the judiciary or suspend the rule of law as entrenched in the Constitution and the Rukun Negara?

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, must not tarry any further and he should advise the Yang di Pertuan Agong to convene Parliament so that Malaysia can be one of the better-performing nations in the war against the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 29th April 2021)

=====================

#kerajaangagal12 — empat sebab mengapa kerajaan Muhyiddin telah gagal dalam perang melawan wabak Covid-19 walaupun dengan darurat dan penggantungan Parlimen sejak 12 Januari

Empat sebab mengapa kerajaan Muhyiddin telah gagal dalam perang melawan wabak Covid-19 adalah:

1. Kadar peningkatan harian kes Covid-19 telah memecahkan siling 3,000 kes semalam dengan 3,142 kes — kali ketiga kadar ini berada di atas paras 3,000 kes sejak 24 Feb.

2. Jumlah kes terkumpul di Malaysia telah melepasi 400,000 kes — dengan 401,593 kes.

3. Kedudukan negara kita terus merosot, kini berada di tempat ke-43 di dunia dari segi jumlah kes terkumpul, mengatasi kedudukan Bulgaria dan kita bakal mengatasi Arab Saudi (yang mempunyai 415,287 kes) dalam masa seminggu lagi dengan kadar peningkatan kes baharu sedia ada.

Kita berada di tempat ke-85 pada 11 November dan setakat hari ini kita telah melonjak 42 kedudukan dalam tempoh enam bulan yang lepas. Sedangkan China, yang merupakan negara dengan situasi terburuk pada awal tahun lalu, kini berada di tempat ke-95 dengan hanya 90,622 kes terkumpul!

4. Indeks “kes per sejuta rakyat” kita adalah 12,279, kadar tertinggi di Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik (Singapura 10,375; Filipina 9,212; Indonesia 6,006; Jepun 4,562; Myanmar 2,610; Korea Selatan 2,352; Hong Kong 1,558; Australia 1,156; Thailand 882; Kemboja 696; New Zealand 522; Brunei 508; Laos 82; China 63; Taiwan 47 dan Vietnam 29).

Indeks “kes per sejuta rakyat” kita lebih hampir dengan India, di mana wabak Covid-19 ini telah mengubah negara tersebut menjadi “neraka” untuk setiap hari dalam minggu yang lepas, dengan kadar kes Covid-19 yang memecah rekod.

Dalam tempoh tujuh hari yang lepas sahaja, jumlah kes terkumpul di India telah meningkat sebanyak 2.4 juta kes, membawa angka keseluruhan kepada 18.3 juta kes dengan hampir 205,000 kematian, sedangkan angka keseluruhan di peringkat global telah melepasi paras 150 juta kes dengan lebih daripada 3.2 juta kematian di seluruh dunia.

Di India, sistem kesihatan awam telah pun gagal, dengan kekurangan bekalan oksigen, bekalan perubatan dan kakitangan hospital menambah teruk kepada kadar peningkatan yang memecahkan rekod ini.

Di seluruh dunia pula, wabak ini tidak kelihatan seperti ia semakin mereda, dengan virus ini terus memusnahkan satu negara selepas satu negara yang lain.

Situasi di India ini adalah satu peringatan suram bahawa tidak ada sesiapa pun yang selamat sehinggalah semua orang selamat.

Namun, prestasi buruk negara kita dalam melawan wabak Covid-19 bukanlah satu-satunya bukti dan tanda sifat kakistokrasi dan keadaan “kerajaan gagal” dalam negara kita.

Contoh-contoh lain adalah:

1. Gangguan pihak Polis terhadap kartunis Zullkiflee Anwar Haque, yang lebih dikenali sebagai Zunar, kerana satu kartun yang mengkritik keputusan kerajaan negeri Kedah untuk membatalkan cuti peristiwa Thaipusam yang telah diterbitkan di Facebook pada 23 Januari. Pihak Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Seksyen 505(c) adalah berkenaan kesalahan mengeluarkan kenyataan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain, dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan penjaran sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Adakah pihak Polis tidak ada kerja yang lebih penting?

2. Kontroversi berterusan mengenai Ordinan Darurat yang mengenakan denda zalim sebanyak RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat atas pelanggaran SOP Covid-19, termasuklah denda zalim dan tidak masuk akal sebanyak RM50,000 kepada peniaga burger di Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan gerai di hadapan rumah beliau di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, sedangkan denda ini sepatutnya digantikan dengan amaran terakhir untuk beliau tidak melanggari SOP Covid-19.

3. Penjarahan RM5 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Negara untuk membeli vaksin Covid-19.

4. Guru membuat komen lucah di dalam kelas.

Penggantungan Parlimen di bawah pelaksanaan darurat ini adalah perkara yang sangat tidak masuk akal, memandangkan prinsip pemisahan kuasa adalah salah satu ciri utama Perlembagaan Malaysia.

Bolehkah proklamasi darurat menggantung sistem kehakiman atau kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak boleh berlengah lagi dan beliau perlulah menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang supaya negara kita boleh melihat prestasi yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 29 April 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.