#kerajaangagal10 – Muhyiddin government should resign for incompetence, ineptitude and violation of Malaysian Constitution and Rukun Negara if it could not bring the third Covid wave under full control and daily increase surges to beyond 3,000 cases with the fourth Covid wave in full swing


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Yesterday was the 12th straight day where daily increase of new Covid-19 cases have logged more than 2,000 cases, bringing the cumulative total to 395,718 cases.

Malaysia is now at the crossroads of the Covid-19 pandemic, whether we are to beat down the twelve straight days of daily increases of over 2,000 cases to below the 2,000-mark or whether the daily increase of Covid-19 cases are to surge beyond the 3,000-mark to herald the full swing-arrival of the fourth Covid-19 wave in Malaysia.

We are now ranked No. 44 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, and at this rate of daily increase, we will overtake Bulgaria (397,500 cases) to be ranked No. 43 by the end of April and overtake Saudi Arabia (413,174 cases) by early May to be ranked No. 42 in the world.

Why is Malaysia continuing to overtake other countries in the cumulative total of Covid-19 cases?

We were ranked No. 85 on Nov. 11, and we have beaten 41 countries in the past six months, while China, which was the worst country in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases early last year, is now ranked No. 95 with a cumulative total of 90,599 cases!

Fortunately, we are not in the league of the United States and the European countries which took up seven of the top 10 spots for countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, led by United States with 32.8 million cases and more than 586,000 fatalities or India, where the Covid-19 pandemic has turned the country into “hell” with record-breaking daily increases exceeding 300,000 cases for the past six days and nearly 200,000 deaths.

If India continues at the present rate of “hellish” daily increases, exceeding the daily increase in the United States by over 300,000 cases a day, India (with 17.6 million Covid-19 case) will overtake the United States (with 32.8 million cases) before July.

Although worldwide, over a billion doses of the Covid-19 vaccine had been administered across 172 countries, the rate of national vaccination campaign in Malaysia is still slow and very unsatisfactory.

Only 1.5% of Malaysia’s population has been fully vaccinated, while 2.5% of the population has been given at least one dose of vaccine.

This is in contrast to the United States, where 28.9% of the population had been fully vaccinated and 42.4% of the population given at least one dose of vaccine; the United Kingdom where 19.3% of the population had been fully vaccinated and 50.5% of the population given at least one dose of vaccine and Israel, where 55.5% of the population had been fully vaccinated and 59.5% of the population given one dose of the vaccine.

This is why I had been calling for the convening of Parliament and the State Assemblies to spearhead an “all-of-govenrment” and “whole-of-society” war against the Covid-19 pandemic to accelerate the national vaccination campaign as well as to forestall a fourth Covid-19 wave.

The Muhyiddin government should resign for incompetence, ineptitude and violation of Malaysian Constitution and Rukun Negara if it could not bring the third Covid-19 wave under full control and the daily increase surges to beyond 3,000 cases with the fourth Covid-19 wave in full swing.

The Muhyiddin government announced an Emergency and suspended Parliament to combat the third Covid-19 wave. Undoubtedly, one of the reasons for its failure in the last three months to bring the third Covid-19 wave under control is the suspension of Parliament and the violation of the Malaysian Constitution and the Rukun Negara which provided for Parliament to play the strategic “check-and-balance” role over the Executive.

The statement by the PAS President, Abdul Hadi Awang, yesterday that those who opposed the emergency were political extremists who cause more damage than suicide bombers is proof of the kakistocratic thinking and mentality of the Muhyiddin administration.

Four months of the emergency have not transformed Malaysia into a better performing nation against the Covid-19 pandemic, and in the latest monthly April 2021 Bloomberg Covid Resilence Ranking released yesterday , Malaysia fell two places, trailing far behind Singapore, Taiwan, South Korea, Japan, UAE, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand and Saudi Arabia.

Malaysia is now ranked No. 20 in the Covid Resilience Ranking – down two places from the March 2021 Ranking.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, April 27, 2021)

==============================

#kerajaangagal10 — Kerajaan Muhyiddin perlu mengundurkan diri atas ketidakcekapan dan kegagalan mentadbir serta pencabulan Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan kadar peningkatan harian kes yang terus melonjak ke arah 3,000 kes sehari

Semalam adalah hari ke-12 berturut-turut di mana peningkatan kes harian baharu Covid-19 mencatat lebih daripada 2,000 kes, menjadikan jumlah terkumpul kepada 395,718 kes.

Malaysia kini berada di persimpangan pandemik Covid-19, sama ada kita akan mengurangkan kenaikan dua belas hari berturut-turut setiap hari, dari lebih daripada 2,000 kes hingga di bawah tahap 2,000 kes atau sama ada kenaikan kes Covid-19 setiap hari akan melepasi angka 3,000 untuk menandakan kedatangan gelombang keempat penularan Covid-19 di Malaysia.

Kita kini berada di tangga ke-44 antara negara-negara di dunia dengan jumlah kes Covid-19 yang paling tertinggi, dan pada kadar peningkatan harian ini, kita akan mengatasi Bulgaria (397,500 kes) untuk berada di kedudukan ke-43 pada akhir April dan mengatasi Arab Saudi (413,174 kes) pada awal Mei untuk berada di kedudukan ke-42 di dunia.

Mengapa Malaysia terus mengatasi negara lain dalam jumlah kes Covid-19 tertinggi?

Kita berada di kedudukan ke-85 pada 11 November, dan kita telah melonjak 41 kedudukan dalam enam bulan yang lepas, sementara China, yang merupakan negara terburuk di dunia dengan jumlah kes Covid-19 paling tertinggi awal tahun lalu, kini berada di kedudukan ke-95 dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 90,599 kes!

Mujurlah, kita tidak berada sebaris dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang mengambil tujuh dari 10 tempat teratas negara-negara di dunia dengan jumlah kes keseluruhan Covid-19 tertinggi, didahului Amerika Syarikat dengan 32.8 juta kes dan lebih daripada 586,000 kematian atau India, di mana pandemik Covid-19 telah menjadikan negara ini menjadi “neraka” dengan peningkatan harian yang mencatat rekod melebihi 300,000 kes selama enam hari terakhir dan hampir 200,000 kematian.

Sekiranya India berterusan pada kadar kenaikan harian sekarang, melebihi kenaikan harian di Amerika Syarikat sebanyak lebih 300,000 kes sehari, India (dengan 17.6 juta kes Covid-19) akan mengatasi Amerika Syarikat (dengan 32.8 juta kes) sebelum bulan Julai.

Di seluruh dunia, lebih dari satu bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di 172 negara, kadar kempen vaksinasi nasional di Malaysia masih perlahan dan sangat tidak memuaskan.

Hanya 1.5% penduduk Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya, sementara 2.5% penduduk telah diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ini berbeza dengan Amerika Syarikat, di mana 28.9% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 42.4% penduduk diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin; Sementara di England 19.3% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 50.5% penduduk diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan Israel, di mana 55.5% penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya dan 59.5% penduduk diberi satu dos vaksin.

Inilah sebabnya mengapa saya menyeru agar diadakan Sidang Parlimen dan Dewan Negara untuk mempelopori strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk melawan wabak Covid-19 dengan mempercepat kempen vaksinasi kebangsaan serta untuk mencegah gelombang keempat Covid-19.

Kerajaan Muhyiddin perlu mengundurkan diri atas ketidakcekapan dan kegagalan mentadbir serta pencabulan Perlembagaan dan Rukun Negara sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan kadar peningkatan harian kes yang terus melonjak ke arah 3,000 kes sehari.

Kerajaan Muhyiddin mengumumkan Darurat dan menggantung Parlimen untuk memerangi gelombang Covid-19 yang ketiga. Tidak dinafikan, salah satu sebab kegagalannya dalam tiga bulan terakhir untuk mengendalikan gelombang ketiga Covid-19 adalah tindakannya menggantung Parlimen dan pelanggaran Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan Parlimen perlu memainkan peranan “semak dan imbang” ke atas Eksekutif.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, semalam bahawa mereka yang menentang darurat adalah pelampau politik yang menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada pengebom bunuh diri adalah bukti pemikiran dan mentaliti kakistokratik kerajaan Muhyiddin.

Empat bulan darurat masih belum dapat mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik menentang wabak Covid-19, dan pada bulan April 2021, Bloomberg Covid Resilence Ranking yang dikeluarkan semalam, Malaysia jatuh dua tangga, ketinggalan jauh di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand dan Arab Saudi.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-20 dalam Covid Resilience Ranking – turun dua tangga berbanding kedudukan pada Mac.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 27 April 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.