Opponents of DAP are clapping their hands in glee for they see DAP joining the chaos, division and disunity which had afflicted all major political parties in the last three years


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Opponents of DAP are clapping their hands in glee for they see DAP joining the chaos, division and disunity which had afflicted all major political parties in the last three years.

Until recently, the DAP has not only proved that it is the only major political party whose 42 Members of Parliament have remained intact, solid and united, spurning the “frog” culture, but the party as a whole had been purposive, disciplined and forward-looking, working for the best interests of the people and nation.

But recent days tell a very different story – DAP appears to be as chaotic, divided and disunited as the other major political parties.

This is a matter which must concern all DAP leaders, members and supporters who are serious about pursuing the Malaysian Dream of a united, progressive and prosperous world-class great Malaysian nation.

We are in politics, not for ourselves, but for the nation and for the sake of our children and children’s children.

Malaysia is in unchartered territory since the May 9, 2018, as what happened in the 14th General Election is historic and unprecedented, for we not only underwent a peaceful and democratic transition of power first time in six decades, we ended hegemonic politics where one political party could lord over the others and exercise supreme political power while the other parties were just hangers-on totally dependant on the wants, whim and fancies of this one hegemonic political party.

A new Malaysia is struggling to be born where no one political party can exercise political hegemony in the country but political power is based on a more equitable form of coalition politics arising from the coming-together of different political parties based on a consensus of what is good for Malaysia

The DAP thought that we have the people’s mandate for five years to fulfil the Pakatan Harapan’s 14th General Election promises contained in Buku Harapan, to rebuild the country with institutional reforms and change of laws to move away from the extreme, intolerant and narrow politics of race and religion of the previous era, where “ Chinese Unite”, “Indians Unite”, “Kadazans Unite” and “Ibans Unite” to purportedly serve the overriding interests of “Malays Unite”, but where the interests of “UMNO-putras” are perpetuated at the expense of all bumiputeras and Malaysians and to return to the initial Malaysian Dream as expressed by Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

We started work on restoring Malaysia as a world-class great nation, which is based on the nation-building principles of integration of the diverse races, languages, religions and cultures in Malaysia and not on assimilation, where there is separation of powers, rule of law, respect for meritocracy, human rights and environmental sustainability – as laid down in the Malaysian Constitution and Rukun Negara.

We do not want “Malays First”, “Chinese First”, “Indians First”, “Kadazans First”, “Ibans First” but “Malaysians First”!

We never expected the Pakatan Harapan government to be toppled by the Sheraton Move conspiracy in 22 months, ushering in a backdoor, incompetent, undemocratic, illegitimate and kakistocratic government, setting back the fulfilment of the Malaysian Dream.

Malaysians have yet to find a sure footing in the new Malaysia of coalition politics where there is no one political party exercising political hegemony but based on interests of the diverse races, religions and cultures in Malaysia.

For instance, the 22-month of Pakatan Harapan government was not fully in the “coalition politics” mould, as it maintained many of the characteristics of the “hegemonistic” politics of old.

We have yet to fully develop a culture of coalition politics and not hegemonistic politics, where the Prime Minister and the Cabinet Ministers are fully guided by the principles and culture of coalition politics.

Malaysia is trying to find a new political equilibrium. This is why we have an emergency and a suspension of Parliament purportedly to fight the Covid-19 pandemic, when the Covid-19 situation is getting alarming half-way through the emergency and Parliament should be convened to spearhead a full national mobilisation against Covid-19 pandemic through an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic.

This is also why there is the “Three Kingdom” phenomenon among UMNO, PAS and Bersatu in government.

UMNO does not want to be the No. 2 party in government. It wants to have the Prime Minister from UMNO.

But will Tan Sri Muhyiddin Yassin be successful in dividing UMNO by roping in the support of the UMNO Ministers in the PN government against the UMNO “court cluster”?

Time will tell.

There are those who say the Malaysian Dream is an impossible dream – that Malaysia has regressed too much in the last six decades, with many countries who were behind us overtaking us in development and world impact.

I do not think it is impossible to catch up and realise the Malaysian Dream although we are indeed fighting against time.

Provided we can unite all Malaysians, regardless of race, religion, status or region, in the pursuit of common national goals of justice, freedom, excellence and integrity, we can make up for the failures and shortfalls of the past.

We must get the Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans and Orang Asli to think “Malaysian first” although they will have multiple ethnic, religious, linguistic, cultural and regional identities. The important question is when is the “tipping point” for each ethnic group to think “Malaysian First”.

We must re-inspire, re-motivate, re-energise Malaysians in the pursuit of the Malaysian Dream to be a world-class great nation in the 15th General Election – to implement the promises for a great Malaysian nation that we have not been able to fulfil after the 14th ‘General Election.

DAP cannot continue to be seen as a chaotic, divided, disunited and undisciplined party if we want to re-inspire Malaysians in pursuit of the Malaysian Dream to be a world-class great nation.

We must set an example of confidence and hope for the future and be a beacon of light in the difficult and distracted “new politics” of Malaysia!

Let us therefore immediately project the image and fact that DAP is an united, cohesive, disciplined and forward-looking party!

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang to DAP leaders and members at Sungai Mati on Saturday, 24th April 2021 at 7 pm)


Musuh DAP sedang bertepuk tangan gembira melihat parti kita menyertai kucar kacir dan perpecahan seperti parti-parti politik lain dalam tiga tahun yang lepas

Musuh DAP sedang bertepuk tangan gembira melihat parti kita menyertai kucar kacir dan perpecahan seperti parti-parti politik lain dalam tiga tahun yang lepas.

Sehingga baru-baru ini, DAP bukan sahaja telah membuktikan ia adalah satu-satunya parti politik utama yang mana ke semua 42 orang Ahli Parlimennya kekal kukuh dan bersatu, menolak budaya “katak”, tetapi juga sebagai parti yang dilihat berdisiplin, berpandangan ke hadapan, dengan hala tuju yang jelas, dan bekerja untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tetapi hari-hari kebelakangan ini menunjukkan kisah yang berbeza — DAP kelihatan kucar kacir, berbelah bahagi, dan tidak bersatu seperti parti-parti politik utama yang lain.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP yang serius untuk mengejar Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertaraf dunia yang bersatu, progresif dan sejahtera.

Kita berada dalam politik, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi untuk negara dan demi anak-anak kita dan anak-anak mereka.

Malaysia berada dalam satu wilayah yang baharu sejak 9 Mei 2018, kerana apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah bersejarah dan belum pernah terjadi sebelumnya, kerana kita bukan sahaja melakukan peralihan kuasa secara aman dan demokratik buat pertama kali dalam enam dekad, kita mengakhiri politik hegemoni di mana satu parti politik boleh menguasai yang lain dan menggunakan kuasa politik tertinggi sementara parti-parti lain hanya bergantung pada kehendak dan keinginan parti politik hegemoni yang satu itu.

Malaysia baharu sedang berjuang untuk dilahirkan di mana tidak ada parti politik yang dapat menggunakan hegemoni politik di negara ini tetapi kekuatan politik didasarkan pada bentuk politik pakatan yang lebih adil yang timbul dari gabungan parti-parti politik yang berbeza berasaskan konsensus mengenai apa yang baik untuk Malaysia

DAP berpendapat bahawa kita mempunyai mandat rakyat selama lima tahun untuk memenuhi janji-janji Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan yang terdapat dalam Buku Harapan — untuk membangun kembali negara ini dengan reformasi institusi dan perubahan undang-undang untuk menjauhkan negara kita daripada politik perkauman dan keagamaan yang ekstrem, tidak toleran dan sempit pada era sebelumnya, di mana “Perpaduan Cina”, “Perpaduan India”, “Perpaduan Kadazan”, atau “Perpaduan Iban” diperlukan bersama dengan “Perpaduan Melayu”, sedangkan apa yang berlaku adalah hanya kepentingan “UMNO-putra” yang terbela dengan mengorbankan semua bumiputera dan rakyat Malaysia — dan kembali ke Impian Malaysia seperti yang diungkapkan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Kita memulakan usaha mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara besar bertaraf dunia, berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya di Malaysia dan bukan dengan asimilasi, di mana terdapat pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, penghormatan terhadap meritokrasi, hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar — seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.

Kita tidak mahu prinsip mendahulukan Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban, tetapi kita mahu mendahulukan keutamaan semua rakyat Malaysia!

Kita tidak menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan akan digulingkan melalui konspirasi Langkah Sheraton selepas 22 bulan, yang membawa masuk pemerintahan pintu belakang yang tidak kompeten, tidak demokratik, tidak sah dan kakistokratik, yang membantutkan usaha untuk memenuhi Impian Malaysia.

Rakyat Malaysia masih belum dapat memahami sepenuhnya politik gabungan Malaysia baharu, di mana tidak ada mana-mana parti mempunyai hegemoni politik, sebaliknya kepentingan pelbagai kaum, agama, dan budaya yang diutamakan.

Sebagai contoh, pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan tidak sepenuhnya berlaku dalam corak “politik gabungan”, kerana masih banyak unsur politik hegemoni lama.

Kita belum sepenuhnya mengembangkan budaya politik gabungan, di mana Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dipandu sepenuhnya oleh prinsip dan budaya politik gabungan.

Malaysia berusaha mencari keseimbangan politik baru. Inilah sebabnya mengapa kita mempunyai keadaan darurat dan penggantungan Parlimen kononnya untuk memerangi wabak Covid-19, ketika keadaan Covid-19 semakin membimbangkan dalam keadaan darurat dan Parlimen harus dipanggil bersidang untuk memimpin mobilisasi sepenuhnya usaha negara terhadap melawan wabak Covid- 19 melalui strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.

Inilah sebabnya mengapa terdapat fenomena “Tiga Kerajaan” di antara UMNO, PAS dan Bersatu dalam kerajaan.

UMNO tidak mahu menjadi parti No. 2 dalam kerajaan. Ia mahu mendapat Perdana Menteri dari UMNO.

Tetapi adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berjaya memecahbelahkan UMNO dengan mendapatkan sokongan daripada Menteri-menteri UMNO dalam pemerintahan PN melawan “kluster mahkamah” UMNO?

Masa akan menentukan.

Ada pihak yang mengatakan Impian Malaysia adalah impian yang mustahil — bahawa Malaysia telah mengalami kemunduran terlalu banyak dalam enam dekad terakhir, dengan banyak negara yang berada di belakang kita telah mengatasi kita dari segi pembangunan dan impak di dunia.

Saya rasa tidak mustahil untuk mengejar dan merealisasikan Impian Malaysia walaupun kita benar-benar kesuntukan masa.

Dengan syarat kita dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, status atau wilayah, dalam mencapai tujuan keadilan, kebebasan, keunggulan dan integriti nasional, kita dapat menebus kegagalan dan kekurangan masa lalu.

Kita perlu meyakinkan semua orang Melayu, Cina, India, Kazadan, Iban, dan Orang Asli untuk melihat diri mereka pertamanya sebagai rakyat Malaysia, walaupun mereka juga mempunyai pelbagai identiti etnik, agama, bahasa, budaya, dan wilayah. Persoalan utamanya, bilakah setiap kumpulan etnik ini akan melihat diri mereka sebagai pertamanya, rakyat Malaysia.

Kita mesti kembali memberi inspirasi, memotivasi, memberi semangat semula kepada rakyat Malaysia dalam usaha mencapai Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia pada Pilihan Raya Umum ke-15 — untuk melaksanakan janji-janji untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang hebat yang kita belum dapat penuhi selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

DAP tidak boleh terus dilihat sebagai parti yang huru-hara, berpecah belah, tidak bersatu dan tidak berdisiplin jika kita mahu memberi inspirasi semula kepada rakyat Malaysia dalam mengejar Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang hebat di dunia.

Kita harus memberikan contoh keyakinan dan harapan untuk masa depan dan menjadi sinar cahaya dalam “politik baharu” Malaysia yang sukar dan terganggu!

Oleh itu, marilah kita segera mengukuhkan imej kita dan membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti yang bersatu padu, berdisiplin, dan berpandangan ke hadapan!

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang kepada pemimpin dan ahli DAP di Sungai Mati pada hari Sabtu, 24 April 2021, pada jam 7 petang)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.